Pelabuhan perketat pemeriksaan kontena susulan pergerakan terjejas di Selat Hormuz – Anthony | Awani Skip to main content Search LIVE Video Malaysia Dunia Politik Hiburan Bisnes Sukan Rancangan Gaya Hidup Lain-Lain Teknologi Podcast Select language BM | EN Search Live Log in Bisnes Pelabuhan perketat pemeriksaan kontena susulan pergerakan terjejas di Selat Hormuz – Anthony Malaysia Lembaga Disiplin JPA teliti laporan siasatan pemilikan saham Azam Baki – KSN Bisnes Konflik Asia Barat: Kos operasi penerbangan naik, VM2026 bakal terkesan Advertisement Bisnes Pelabuhan perketat pemeriksaan kontena susulan pergerakan terjejas di Selat Hormuz – Anthony Bernama 10/03/2026 | 15:05 MYT Sebagai langkah awal, kerajaan akan mempermudah pemindahan kontena kosong dari kawasan pelabuhan bagi mengelakkan kesesakan, manakala pihak pengurusan pelabuhan akan melaksanakan pemeriksaan lebih menyeluruh. – Gambar hiasan Kerajaan akan melaksanakan beberapa langkah mitigasi bagi memastikan operasi pelabuhan negara tidak terjejas susulan konflik antara Amerika Syarikat-Israel ke atas Iran yang menjejaskan pergerakan maritim di Selat Hormuz, kata Menteri Pengangkutan Anthony Loke.Beliau berkata perkara itu dibincangkan dalam pertemuan bersama pihak pengurusan pelabuhan, syarikat perkapalan serta pihak berkuasa industri maritim negara pagi ini bagi merencanakan langkah segera menghadapi kemungkinan gangguan kepada rantaian logistik global.Advertisement “Berdasarkan pengalaman sebelum ini, krisis sedemikian sering menyebabkan kesesakan pelabuhan di negara kita kerana kontena ke kawasan konflik akan dibiarkan oleh syarikat perkapalan, sekali gus menjejaskan operasi harian import dan eksport, seterusnya kilang-kilang kita,” katanya dalam hantaran di Facebook miliknya hari ini.Selat Hormuz, yang terletak di antara Iran dan Oman, merupakan antara laluan perkapalan minyak paling penting di dunia, dengan kira-kira satu perlima daripada penggunaan minyak global melalui laluan sempit itu setiap hari. Anthony berkata sebagai langkah awal, kerajaan akan mempermudah pemindahan kontena kosong dari kawasan pelabuhan bagi mengelakkan kesesakan, manakala pihak pengurusan pelabuhan akan melaksanakan pemeriksaan lebih menyeluruh.Beliau berkata langkah itu bagi memastikan kontena yang destinasinya tidak jelas tidak diturunkan di pelabuhan negara.Katanya Kementerian Pengangkutan turut mengambil maklum cabaran kos bahan api yang dihadapi oleh pelabuhan tempatan dan akan bekerjasama bagi mewujudkan mekanisme untuk menangani isu tersebut ketika berlakunya krisis.Anthony berkata kerajaan juga sedang berusaha membantu kapal-kapal Malaysia yang terkandas di Asia Barat akibat risiko serangan sekiranya mereka meneruskan pelayaran.“Dalam menghadapi krisis nasional, semua pemegang taruh mesti bekerjasama dan saling membantu untuk melindungi kepentingan negara,” katanya.– BERNAMA Topic Berkaitan #Perang Iran-Israel 2026 #Konflik Timur Tengah Terkini #ANTHONY LOKE #Selat Hormuz Ditutup Must Watch Video Cara lain mengikuti berita kami Baca Artikel Penuh Berita Terkini Bisnes Pelabuhan perketat pemeriksaan kontena susulan pergerakan terjejas di Selat Hormuz – Anthony 6 minutes ago Malaysia Lembaga Disiplin JPA teliti laporan siasatan pemilikan saham Azam Baki – KSN 12 minutes ago Bisnes Konflik Asia Barat: Kos operasi penerbangan naik, VM2026 bakal terkesan 18 minutes ago Malaysia Cuti sekolah tambahan sempena Aidilfitri 27 minutes ago Malaysia Mahkamah Persekutuan dengar rayuan Syed Saddiq berhubung peruntukan Parlimen Muar 30 minutes ago Malaysia Kedutaan Malaysia di Doha bantu rakyat Malaysia terkandas ke Jeddah 59 minutes ago Advertisement NEWSLETTER Dapatkan Berita Terkini Berita, sorotan utama, dan segala dari Awani terus ke peti masuk anda. E-mel anda Close LAMAN HIBURAN LAIN POLISI PRIVASI TERMA PENGGUNAAN IKLAN BERSAMA KAMI PELABUR © 2026 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved. Gempak Dapatkan cerita gosip artis & berita hiburan terkini, serta program tempatan Awani Dapatkan berita hari ini dan berita terkini Malaysia, Dunia, Sukan, Hiburan, Teknologi, Gaya Hidup, Automotif, Politik, Foto, Video dan Siaran Langsung TV Xuan Astro’s Chinese channel programme updates, events, celebrity trends, entertainment Hotspot Mandarin news and infotainment platform that takes you to the leading topics Stadium Astro Catch the latest news and updates on local and global sporting events Ulagam Indian entertainment, events hub highlighting Indian top shows and news Rojak Daily Featuring Entertainment, Lifestyle and Kaw!, Malay video section and more Njoi Choose and pay for what you watch with our prepaid service, NJOI. Syok Enjoy Malaysia`s best radio, videos, podcasts, prizes and more! Get SYOK, everything got! Sooka Watch TV shows you sooka online or via app for FREE! Astro Rewards Exclusive privileges and promotions for Astro Subscribers
Pelabuhan perketat pemeriksaan kontena susulan pergerakan terjejas di Selat Hormuz – Anthony
