Literasi Penjagaan sebagai Sains Kehidupan: Keperluan Baharu Masyarakat Malaysia

Literasi Penjagaan sebagai Sains Kehidupan: Keperluan Baharu Masyarakat Malaysia – MajalahSains 23 °c Kuala Lumpur 26 ° Sat 27 ° Sun 27 ° Mon 25 ° Tue Wednesday, March 11, 2026 Cart / RM0.00 No products in the cart. No Result View All Result e-ISSN : 2682-8456 Laman Utama Siapa Kami HANTAR ARTIKEL & F.A.Q Kategori Alam Semulajadi Astronomi & Kosmologi Berita & Peristiwa Bicara Saintis Sains untuk Manusia Suara Saintis Muda Events Featured Fiksyen, Buku & Filem Fizik Kimia Komputer & IT Luar Negara Matematik Perubatan & Kesihatan Rencana Sejarah & Falsafah Teknologi & Kejuruteraan Tempatan Tenaga Tokoh Pengiklanan Sains Shop Pengajian Tinggi Biografi Umum Siri-Ingin Tahu Mengapa Sains Penting Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains Kitaran Hidup Gaya Hidup Sihat Sains Dalam Kehidupan Sains Itu Menyeronokkan Careers Laman Utama Siapa Kami HANTAR ARTIKEL & F.A.Q Kategori Alam Semulajadi Astronomi & Kosmologi Berita & Peristiwa Bicara Saintis Sains untuk Manusia Suara Saintis Muda Events Featured Fiksyen, Buku & Filem Fizik Kimia Komputer & IT Luar Negara Matematik Perubatan & Kesihatan Rencana Sejarah & Falsafah Teknologi & Kejuruteraan Tempatan Tenaga Tokoh Pengiklanan Sains Shop Pengajian Tinggi Biografi Umum Siri-Ingin Tahu Mengapa Sains Penting Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains Kitaran Hidup Gaya Hidup Sihat Sains Dalam Kehidupan Sains Itu Menyeronokkan Careers No Result View All Result No Result View All Result Literasi Penjagaan sebagai Sains Kehidupan: Keperluan Baharu Masyarakat Malaysia Literasi Penjagaan sebagai Sains Kehidupan: Keperluan Baharu Masyarakat Malaysia by Editor 10/03/2026 in Berita & Peristiwa, Perubatan & Kesihatan 0 0 0 Penulis: Profesor Madya Dr. Haliza Hasan¹, Profesor Dr Muhammad Lokman Mad Isa2 & Profesor Dr Razitasham Safii¹ ¹Pensyarah Kanan, Kulliah Kejururawatan, International Islamic University Malaysia (IIUM) ²Pengarah, Institute of Planetary Survival for Sustainable Well-being (PLANETIIUM), International Islamic University Malaysia (IIUM) ³Pensyarah Kanan, Kulliah of Medicine,International Islamic University Malaysia (IIUM) Malaysia sedang memasuki fasa perubahan demografi dan beban penyakit yang ketara. Isunya bukan sekadar “kerja petugas kesihatan”; sebaliknya ia menjadi kemahiran asas keluarga, komuniti, majikan, guru, sukarelawan, dan sesiapa sahaja yang hidup bersama individu yang memerlukan penjagaan khas. Bila lebih ramai orang ada pengetahuan dan kemahiran mengurus orang berkeperluan khas (OKU), warga emas, dan penyakit tidak berjangkit (Non- Communicable Diseases (NCDs)), ini boleh meningkatkan kualiti hidup, mengurangkan kebergantungan kepada sistem kesihatan, dan mengurangkan kos mengupah penjaga secara formal. Realiti Malaysia: Statistik yang perlu kita tahu Orang Kurang Upaya (OKU) Orang Kurang Upaya (OKU) atau juga dipanggil dengan istilah yang lebih positif adalah orang berkebolehan khas yang mencatatkan peningkatan dari setahun ke setahun, iaitu, pada tahun 2024, terdapat 805,509 OKU berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat, iaitu bersamaan 2.4% daripada populasi negara Malaysia. Bagaimanapun, angka itu bukanlah angka sebenar kerana pendaftaran OKU adalah bersifat sukarela. Justeru, mungkin angka yang sebenar adalah lebih tinggi daripada yang dilaporkan. Warga Emas atau Penuaan Penduduk Anggaran penduduk semasa menunjukkan Malaysia semakin menua: pada 2025, 8.0% penduduk berumur 65 tahun ke atas (± 2.7 juta orang), meningkat daripada 2024. Ini bermakna lebih ramai keluarga akan berhadapan dengan isu mobiliti, demensia, jatuh (falls), ubat-ubatan, pemakanan dan penjagaan jangka panjang (long-term care). Penyakit Tidak Berjangkit (Non-Communicable Diseases (NCDs) Penyakit tidak berjangkit seperti diabetes, hipertensi, kolesterol tinggi, obesiti juga dilaporkan meningkat yang mana data daripada Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO, 2023) dan National Health and Morbidity Survey (NHMS) pada tahun 2023 melaporkan bilangan pesakit diabetes melibatkan 15.6% orang dewasa (± 1 dalam 6 orang), hipertensi: 29.2% orang dewasa (± 1 dalam 3 orang), kolesterol tinggi: 33.3% orang dewasa, berat badan berlebihan dan obesiti: 54.4% orang dewasa. Malah trend ini semakin meningkat disebabkan pelbagai faktor yang mempengaruhi. Selain prevalen, beban komplikasi daripada NCDs juga memberi kesan besar kepada ekonomi dan sistem kesihatan yang melibatkan kos penjagaan dan ubatan. Sebab-sebab berlakunya Perubahan Keperluan Kurang upaya boleh berlaku disebabkan oleh perlbagai faktor samada disebabkan konginetal (sejak lahir), kemalangan, kecederaan, pemakanan dan kesan terdedah kepada bahan kimia. Kerosakan yang dialami akan mempengaruhi perkembangan mental dan fizikal individu yang akan menyebakan kerosakan sistem tubuh badan secara sementara atau kekal jika melebihi tempoh enam bulan. Begitu juga dengan proses penuaan yang berlaku secara semula jadi dan tidak boleh dikawal dengan cara pembedahan sekalipun. Bagaimanapun, penuaan secara sihat mampu mengurangkan risiko komplikasi seperti masalah jatuh dan demensia. Menjalani kehidupan di hari tua secara sihat bermula dengan pemilihan pemakanan sihat, senaman ringan yang konsisten dan juga pengambilan ubatan atau suplemen secara konsisten dapat membantu mengurangkan risiko masalah disebabkan oleh proses penuaan dan juga meningkatkan kualiti hidup. Manakala penyakit kronik boleh dikatakan sebagai pembunuh senyap kerana penyakit tidak berjangkit ini sangat berbahaya jika tidak dicegah lebih awal. Penyakit tidak berjangkit seperti diabetes, hipertensi, tinggi kolesterol dan obesiti berlaku disebabkan oleh pelbagai faktor seperti faktor fisiologi, keturunan, usia, pemakanan dan gaya hidup individu itu sendiri. Komplikasi yang akan dialami Kajian menunjukkan individu dengan diabetes yang tidak dipantau berisiko mengalami luka yang sukar sembuh dan jangkitan. Tanpa pengetahuan dan kemahiran penjagaan yang betul, individu berkeperluan khas, warga emas dan mereka yang mempunyai penyakit kronik boleh mengalami komplikasi yang serius serta berpanjangan dan amputasi. Manakala hipertensi dan kolesterol tinggi yang tidak terkawal boleh mencetuskan strok atau serangan jantung secara mengejut. Selain itu, durasi hospitalisasi juga meningkat. Ini akan meningkatkan bebanan ekonomi individu, pesakit dan ahli keluarga. Dalam kalangan warga emas yang berumur 60 tahun ke atas, risiko mengalami masalah kurang upaya adalah lebih daripada 25 peratus. Kekurangan kemahiran mengurus mobiliti dan persekitaran meningkatkan risiko jatuh, patah tulang, dan hilang keupayaan berdikari. Komplikasi juga boleh berlaku akibat pengurusan ubat yang tidak selamat, seperti dos berlebihan atau interaksi ubat, yang sering membawa kepada kemasukan ke jabatan kecemasan. Lebih membimbangkan, tekanan emosi dan keletihan penjaga akibat penjagaan tanpa sokongan boleh menjejaskan kesinambungan rawatan di rumah. Kesemua komplikasi ini

Tinggalkan Balasan

Alamat email Anda tidak akan dipublikasikan. Ruas yang wajib ditandai *