Hakim Danish 'ulang kaji' litar Brazil buru keputusan cemerlang | Awani Skip to main content Search LIVE Video Malaysia Dunia Politik Hiburan Bisnes Sukan Rancangan Gaya Hidup Lain-Lain Teknologi Podcast Select language BM | EN Search Live Log in Malaysia Google perkenal pengesahan bagi iklan perkhidmatan kewangan di Malaysia mulai 14 April 2026 Malaysia Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini Politik Wanita UMNO wujudkan jawatankuasa khas teliti pelaksanaan Rumah Bangsa Advertisement Sukan Hakim Danish 'ulang kaji' litar Brazil buru keputusan cemerlang Bernama 10/03/2026 | 21:55 MYT Pelumba muda negara itu telah meneliti video bagi memahami karakter litar itu kerana ini adalah kali pertama beliau dan kebanyakan pelumba lain beraksi di litar berkenaan. – Bernama PUTRAJAYA: Pelumba muda negara Muhammad Hakim Danish Ramli sudah membuat “ulang kaji” awal Litar Autodromo Antarabangsa Ayrton Senna, Goiania menjelang pusingan kedua Kejuaraan Motosikal Dunia (MotoGP) Grand Prix (GP) Brazil musim ini.Muhammad Hakim Danish yang lebih dikenali sebagai Hakim Danish berkata beliau telah meneliti video bagi memahami karakter litar itu kerana ini adalah kali pertama beliau dan kebanyakan pelumba lain beraksi di litar berkenaan.Advertisement “Untuk Brazil ni, litar yang baharu untuk semua orang dan saya pun dah tengok melalui video dekat telefon dan saya belajar daripada situ. Saya tengok pun litar agak baik dan saya harapkan dapat catat keputusan yang baik,” katanya pada Majlis Berbuka Puasa media bersama Kumpulan MKA di sini hari ini. Dalam pada itu, pelumba berusia 18 tahun itu berkata fokus utama kini adalah memperbaiki beberapa kelemahan yang dikenal pasti selepas perlumbaan pembuka musim di Thailand.“Apa yang saya boleh lihat, pada perlumbaan pertama di Thailand, masih banyak lagi ruang yang saya perlu perbaiki, termasuk tunggangan saya dan juga pelarasan pada motosikal,” katanya. Beliau berkata aspek pelarasan motosikal, terutama bahagian casis dan pengendalian ketika membrek menjadi antara perkara yang perlu dipertingkatkan.Pusingan kedua Kejuaraan Motosikal Dunia musim ini dijadualkan berlangsung di Litar Autodromo Antarabangsa Ayrton Senna, Goiania di Brazil dari 20 hingga 22 Mac ini.– BERNAMA Topic Berkaitan #Hakim Danish #Brazil #kaji #MotoGP Must Watch Video Cara lain mengikuti berita kami Baca Artikel Penuh Berita Terkini Malaysia Google perkenal pengesahan bagi iklan perkhidmatan kewangan di Malaysia mulai 14 April 2026 37 minutes ago Malaysia Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini 53 minutes ago Politik Wanita UMNO wujudkan jawatankuasa khas teliti pelaksanaan Rumah Bangsa 1 hour ago Dunia Hampir 700,000 penduduk Lubnan hilang tempat tinggal dalam tempoh lebih seminggu – UNHCR 1 hour ago Malaysia Lebih 700 mangsa banjir di Sabah dan Sarawak pindah ke PPS 1 hour ago Malaysia Kerajaan kekalkan dasar sedia ada, teliti kesan konflik geopolitik terhadap ekonomi 2 hours ago Advertisement NEWSLETTER Dapatkan Berita Terkini Berita, sorotan utama, dan segala dari Awani terus ke peti masuk anda. E-mel anda Close LAMAN HIBURAN LAIN POLISI PRIVASI TERMA PENGGUNAAN IKLAN BERSAMA KAMI PELABUR © 2026 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved. Gempak Dapatkan cerita gosip artis & berita hiburan terkini, serta program tempatan Awani Dapatkan berita hari ini dan berita terkini Malaysia, Dunia, Sukan, Hiburan, Teknologi, Gaya Hidup, Automotif, Politik, Foto, Video dan Siaran Langsung TV Xuan Astro’s Chinese channel programme updates, events, celebrity trends, entertainment Hotspot Mandarin news and infotainment platform that takes you to the leading topics Stadium Astro Catch the latest news and updates on local and global sporting events Ulagam Indian entertainment, events hub highlighting Indian top shows and news Rojak Daily Featuring Entertainment, Lifestyle and Kaw!, Malay video section and more Njoi Choose and pay for what you watch with our prepaid service, NJOI. Syok Enjoy Malaysia`s best radio, videos, podcasts, prizes and more! Get SYOK, everything got! Sooka Watch TV shows you sooka online or via app for FREE! Astro Rewards Exclusive privileges and promotions for Astro Subscribers
Hakim Danish 'ulang kaji' litar Brazil buru keputusan cemerlang
