Majoriti rakyat AS tolak perang di Iran – Tinjauan | Awani Skip to main content Search LIVE Video Malaysia Dunia Politik Hiburan Bisnes Sukan Rancangan Gaya Hidup Lain-Lain Teknologi Podcast Select language BM | EN Search Live Log in Malaysia Google perkenal pengesahan bagi iklan perkhidmatan kewangan di Malaysia mulai 14 April 2026 Malaysia Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini Politik Wanita UMNO wujudkan jawatankuasa khas teliti pelaksanaan Rumah Bangsa Advertisement Dunia Majoriti rakyat AS tolak perang di Iran – Tinjauan Bernama 10/03/2026 | 21:43 MYT Kebanyakan pengundi menjangka konflik itu akan berlarutan selama beberapa bulan atau lebih lama, dan bukannya berakhir dalam masa terdekat. – Reuters ANKARA: Satu tinjauan nasional baharu di Amerika Syarikat (AS) mendapati lebih separuh rakyat AS menentang tindakan ketenteraan semasa terhadap Iran dengan 62 peratus berpendapat pentadbiran Presiden Donald Trump tidak memberikan penjelasan menyeluruh mengenai serangan itu, lapor Anadolu Ajansi.Tinjauan nasional oleh Quinnipiac University mendapati 53 peratus responden menentang serangan yang sedang berlangsung manakala 40 peratus menyokongnya.Advertisement Pengundi daripada Parti Demokrat didapati sangat menentang tindakan ketenteraan itu (89 peratus), manakala penyokong Parti Republikan pula menyokongnya (85 peratus).Menurut tinjauan itu, 74 peratus responden menentang penghantaran tentera darat Amerika ke Iran, sementara hanya 20 peratus menyokong cadangan itu.Kebanyakan pengundi menjangka konflik itu akan berlarutan selama beberapa bulan atau lebih lama, dan bukannya berakhir dalam masa terdekat.Dasar luar Trump menerima 40 peratus kadar kelulusan dan 57 peratus tidak bersetuju. Setiausaha Negara Marco Rubio memperoleh 40 peratus kelulusan dan 47 peratus tidak bersetuju terhadap prestasi beliau, manakala Setiausaha Pertahanan Pete Hegseth menerima 37 peratus kelulusan dan 52 peratus tidak bersetuju.Bagaimanapun, pengundi berbelah bahagi mengenai pembunuhan Pemimpin Agung Iran Ayatollah Ali Khamenei pada hari pertama serangan bersama Israel-Amerika Syarikat ke atas Tehran dengan 48 peratus berpendapat tindakan itu wajar manakala 43 peratus tidak bersetuju.Tinjauan itu dijalankan antara 6 hingga 8 Mac melibatkan 1,002 pengundi berdaftar yang dikenal pasti sendiri.– BERNAMA-ANADOLU Topic Berkaitan #tinjauan #rakyat Amerika #bantah #tindakan ketenteraan #Iran Must Watch Video Cara lain mengikuti berita kami Baca Artikel Penuh Berita Terkini Malaysia Google perkenal pengesahan bagi iklan perkhidmatan kewangan di Malaysia mulai 14 April 2026 36 minutes ago Malaysia Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini 53 minutes ago Politik Wanita UMNO wujudkan jawatankuasa khas teliti pelaksanaan Rumah Bangsa 1 hour ago Dunia Hampir 700,000 penduduk Lubnan hilang tempat tinggal dalam tempoh lebih seminggu – UNHCR 1 hour ago Malaysia Lebih 700 mangsa banjir di Sabah dan Sarawak pindah ke PPS 1 hour ago Malaysia Kerajaan kekalkan dasar sedia ada, teliti kesan konflik geopolitik terhadap ekonomi 2 hours ago Advertisement NEWSLETTER Dapatkan Berita Terkini Berita, sorotan utama, dan segala dari Awani terus ke peti masuk anda. E-mel anda Close LAMAN HIBURAN LAIN POLISI PRIVASI TERMA PENGGUNAAN IKLAN BERSAMA KAMI PELABUR © 2026 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved. Gempak Dapatkan cerita gosip artis & berita hiburan terkini, serta program tempatan Awani Dapatkan berita hari ini dan berita terkini Malaysia, Dunia, Sukan, Hiburan, Teknologi, Gaya Hidup, Automotif, Politik, Foto, Video dan Siaran Langsung TV Xuan Astro’s Chinese channel programme updates, events, celebrity trends, entertainment Hotspot Mandarin news and infotainment platform that takes you to the leading topics Stadium Astro Catch the latest news and updates on local and global sporting events Ulagam Indian entertainment, events hub highlighting Indian top shows and news Rojak Daily Featuring Entertainment, Lifestyle and Kaw!, Malay video section and more Njoi Choose and pay for what you watch with our prepaid service, NJOI. Syok Enjoy Malaysia`s best radio, videos, podcasts, prizes and more! Get SYOK, everything got! Sooka Watch TV shows you sooka online or via app for FREE! Astro Rewards Exclusive privileges and promotions for Astro Subscribers
Majoriti rakyat AS tolak perang di Iran – Tinjauan
