Hampir 700,000 penduduk Lubnan hilang tempat tinggal dalam tempoh lebih seminggu – UNHCR

Hampir 700,000 penduduk Lubnan hilang tempat tinggal dalam tempoh lebih seminggu – UNHCR | Awani Skip to main content Search LIVE Video Malaysia Dunia Politik Hiburan Bisnes Sukan Rancangan Gaya Hidup Lain-Lain Teknologi Podcast Select language BM | EN Search Live Log in Malaysia Google perkenal pengesahan bagi iklan perkhidmatan kewangan di Malaysia mulai 14 April 2026 Malaysia Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini Politik Wanita UMNO wujudkan jawatankuasa khas teliti pelaksanaan Rumah Bangsa Advertisement Dunia Hampir 700,000 penduduk Lubnan hilang tempat tinggal dalam tempoh lebih seminggu – UNHCR Bernama 10/03/2026 | 23:22 MYT Amaran pemindahan dikeluarkan pada 2 Mac untuk penduduk di lebih 53 kampung serta kawasan padat penduduk. – Gambar fail GENEVA: Hampir 700,000 orang hilang tempat tinggal di seluruh Lubnan dalam tempoh lebih seminggu susulan konflik yang semakin meruncing, menurut agensi pelarian Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNCHR) pada Selasa, lapor Anadolu Ajansi.Karolina Lindholm Billing, wakil UNHCR di Lubnan, memberitahu pemberita di Geneva bahawa krisis itu menyebabkan keluarga hilang tempat tinggal sekelip mata akibat serangan. Amaran pemindahan dikeluarkan pada 2 Mac untuk penduduk di lebih 53 kampung serta kawasan padat penduduk.Advertisement “Kehidupan terjejas dalam skala yang amat besar,” katanya.Menurut pihak berkuasa Lubnan, lebih 667,000 orang mendaftar di platform kehilangan tempat tinggal dalam talian kerajaan, iaitu peningkatan lebih 100,000 orang dalam masa sehari sahaja, dengan jumlah yang terus meningkat.Kira-kira 120,000 orang yang hilang tempat tinggal kini berlindung di tapak kolektif yang ditetapkan oleh kerajaan, kata Billing, manakala ramai lagi tinggal bersama saudara-mara atau sedang mencari tempat berteduh selepas melarikan diri dari rumah dengan hanya membawa sedikit barangan.Keganasan itu juga mencetuskan pergerakan rentas sempadan ke negara jiran, Syria. Pihak berkuasa Syria melaporkan yang lebih 78,000 warga Syria dan lebih 7,700 warga Lubnan memasuki Syria sejak peningkatan konflik bermula, katanya.Billing berkata banyak keluarga hilang tempat tinggal berulang kali selepas konflik yang berlaku pada 2024, menyebabkan orang awam trauma dan ketakutan.Wakil UNHCR itu berkata pihaknya menghantar kira-kira 168,000 barangan bantuan kecemasan kepada lebih 63,000 orang yang kehilangan tempat tinggal di lebih 270 pusat perlindungan, namun memberi amaran yang respons bantuan di Lubnan hanya menerima pembiayaan sebanyak 14 peratus.”Setiap hari konflik berterusan, lebih banyak penderitaan dirasai ratusan ribu orang awam, manakala Lubnan dan rantau itu semakin tidak stabil,” beliau memberi amaran.”Orang awam mesti dilindungi pada setiap masa dan akses kemanusiaan yang selamat tanpa halangan mesti dijamin agar bantuan dapat sampai kepada mereka yang paling memerlukan,” katanya.– BERNAMA-ANADOLU Topic Berkaitan #hilang tempat tinggal #Lubnan #konflik #PBB bidas Brunei Must Watch Video Cara lain mengikuti berita kami Baca Artikel Penuh Berita Terkini Malaysia Google perkenal pengesahan bagi iklan perkhidmatan kewangan di Malaysia mulai 14 April 2026 36 minutes ago Malaysia Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini 53 minutes ago Politik Wanita UMNO wujudkan jawatankuasa khas teliti pelaksanaan Rumah Bangsa 1 hour ago Dunia Hampir 700,000 penduduk Lubnan hilang tempat tinggal dalam tempoh lebih seminggu – UNHCR 1 hour ago Malaysia Lebih 700 mangsa banjir di Sabah dan Sarawak pindah ke PPS 1 hour ago Malaysia Kerajaan kekalkan dasar sedia ada, teliti kesan konflik geopolitik terhadap ekonomi 2 hours ago Advertisement NEWSLETTER Dapatkan Berita Terkini Berita, sorotan utama, dan segala dari Awani terus ke peti masuk anda. E-mel anda Close LAMAN HIBURAN LAIN POLISI PRIVASI TERMA PENGGUNAAN IKLAN BERSAMA KAMI PELABUR © 2026 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved. Gempak Dapatkan cerita gosip artis & berita hiburan terkini, serta program tempatan Awani Dapatkan berita hari ini dan berita terkini Malaysia, Dunia, Sukan, Hiburan, Teknologi, Gaya Hidup, Automotif, Politik, Foto, Video dan Siaran Langsung TV Xuan Astro’s Chinese channel programme updates, events, celebrity trends, entertainment Hotspot Mandarin news and infotainment platform that takes you to the leading topics Stadium Astro Catch the latest news and updates on local and global sporting events Ulagam Indian entertainment, events hub highlighting Indian top shows and news Rojak Daily Featuring Entertainment, Lifestyle and Kaw!, Malay video section and more Njoi Choose and pay for what you watch with our prepaid service, NJOI. Syok Enjoy Malaysia`s best radio, videos, podcasts, prizes and more! Get SYOK, everything got! Sooka Watch TV shows you sooka online or via app for FREE! Astro Rewards Exclusive privileges and promotions for Astro Subscribers

Tinggalkan Balasan

Alamat email Anda tidak akan dipublikasikan. Ruas yang wajib ditandai *