Google perkenal pengesahan bagi iklan perkhidmatan kewangan di Malaysia mulai 14 April 2026 | Awani Skip to main content Search LIVE Video Malaysia Dunia Politik Hiburan Bisnes Sukan Rancangan Gaya Hidup Lain-Lain Teknologi Podcast Select language BM | EN Search Live Log in Malaysia Google perkenal pengesahan bagi iklan perkhidmatan kewangan di Malaysia mulai 14 April 2026 Malaysia Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini Politik Wanita UMNO wujudkan jawatankuasa khas teliti pelaksanaan Rumah Bangsa Advertisement Malaysia Google perkenal pengesahan bagi iklan perkhidmatan kewangan di Malaysia mulai 14 April 2026 Bernama 11/03/2026 | 00:15 MYT Bermula 14 April 2026, pengiklan produk dan perkhidmatan kewangan terpilih dikehendaki melengkapkan proses pengesahan sebelum mereka boleh menyiarkan iklan di platform Google. – Gambar fail KUALA LUMPUR: Google memperkenalkan Pengesahan Perkhidmatan Kewangan (FSV), iaitu keperluan pensijilan baharu untuk pengiklan perkhidmatan kewangan yang bertujuan meningkatkan perlindungan kepada rakyat Malaysia daripada penipuan kewangan.Dalam satu kenyataan pada Selasa, Google berkata FSV menambah lapisan keselamatan baharu kepada dasar perkhidmatan dan produk kewangan sedia ada dengan memastikan hanya penyedia perkhidmatan kewangan yang sah dan berlesen sahaja boleh menjangkau pengguna di Malaysia dan menayangkan iklan di platform Google.Advertisement “Bermula 14 April 2026, pengiklan produk dan perkhidmatan kewangan terpilih dikehendaki melengkapkan proses pengesahan sebelum mereka boleh menyiarkan iklan di platform Google,” kata Google sambil menambah permohonan untuk pengesahan boleh dibuat melalui rakan pematuhan mereka, G2, bermula Selasa (10 Mac).Google berkata sebagai sebahagian daripada proses pengesahan itu, pengiklan perkhidmatan kewangan perlu membuktikan bahawa mereka diberi kuasa oleh pihak berkuasa Malaysia seperti Bank Negara Malaysia (BNM), Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) dan Lembaga Perkhidmatan Kewangan Labuan (LFSA).Merujuk data daripada Kementerian Dalam Negeri Malaysia, Google berkata penipuan kewangan semakin meningkat di Malaysia dengan kerugian akibat penipuan kewangan mencecah RM2.77 bilion pada 2025 sahaja.Pengarah Urusan Negara Google Malaysia Ben King berkata penipu sentiasa mengubah taktik mereka bagi mengelak daripada dikesan.“Itulah sebabnya kami sedang memperkukuh sistem pertahanan kami bagi memastikan hanya penyedia kewangan yang sah sahaja boleh menjangkau pengguna di Google,” katanya.Pengarah Urusan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) Abdul Karim Fakir Ali berkata inisiatif Google itu merupakan langkah kritikal dalam menghalang penipuan kewangan daripada menjangkaui rakyat Malaysia.– BERNAMA Topic Berkaitan #Google # FSV #pengesahan #perkhidmatan kewangan #penipuan Must Watch Video Cara lain mengikuti berita kami Baca Artikel Penuh Berita Terkini Malaysia Google perkenal pengesahan bagi iklan perkhidmatan kewangan di Malaysia mulai 14 April 2026 37 minutes ago Malaysia Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini 53 minutes ago Politik Wanita UMNO wujudkan jawatankuasa khas teliti pelaksanaan Rumah Bangsa 1 hour ago Dunia Hampir 700,000 penduduk Lubnan hilang tempat tinggal dalam tempoh lebih seminggu – UNHCR 1 hour ago Malaysia Lebih 700 mangsa banjir di Sabah dan Sarawak pindah ke PPS 1 hour ago Malaysia Kerajaan kekalkan dasar sedia ada, teliti kesan konflik geopolitik terhadap ekonomi 2 hours ago Advertisement NEWSLETTER Dapatkan Berita Terkini Berita, sorotan utama, dan segala dari Awani terus ke peti masuk anda. E-mel anda Close LAMAN HIBURAN LAIN POLISI PRIVASI TERMA PENGGUNAAN IKLAN BERSAMA KAMI PELABUR © 2026 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved. Gempak Dapatkan cerita gosip artis & berita hiburan terkini, serta program tempatan Awani Dapatkan berita hari ini dan berita terkini Malaysia, Dunia, Sukan, Hiburan, Teknologi, Gaya Hidup, Automotif, Politik, Foto, Video dan Siaran Langsung TV Xuan Astro’s Chinese channel programme updates, events, celebrity trends, entertainment Hotspot Mandarin news and infotainment platform that takes you to the leading topics Stadium Astro Catch the latest news and updates on local and global sporting events Ulagam Indian entertainment, events hub highlighting Indian top shows and news Rojak Daily Featuring Entertainment, Lifestyle and Kaw!, Malay video section and more Njoi Choose and pay for what you watch with our prepaid service, NJOI. Syok Enjoy Malaysia`s best radio, videos, podcasts, prizes and more! Get SYOK, everything got! Sooka Watch TV shows you sooka online or via app for FREE! Astro Rewards Exclusive privileges and promotions for Astro Subscribers
Google perkenal pengesahan bagi iklan perkhidmatan kewangan di Malaysia mulai 14 April 2026
