Senjata Tenaga Terarah (LASER): Satu Pengenalan – MajalahSains 23 °c Kuala Lumpur 26 ° Sat 27 ° Sun 27 ° Mon 25 ° Tue Wednesday, March 11, 2026 Cart / RM0.00 No products in the cart. No Result View All Result e-ISSN : 2682-8456 Laman Utama Siapa Kami HANTAR ARTIKEL & F.A.Q Kategori Alam Semulajadi Astronomi & Kosmologi Berita & Peristiwa Bicara Saintis Sains untuk Manusia Suara Saintis Muda Events Featured Fiksyen, Buku & Filem Fizik Kimia Komputer & IT Luar Negara Matematik Perubatan & Kesihatan Rencana Sejarah & Falsafah Teknologi & Kejuruteraan Tempatan Tenaga Tokoh Pengiklanan Sains Shop Pengajian Tinggi Biografi Umum Siri-Ingin Tahu Mengapa Sains Penting Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains Kitaran Hidup Gaya Hidup Sihat Sains Dalam Kehidupan Sains Itu Menyeronokkan Careers Laman Utama Siapa Kami HANTAR ARTIKEL & F.A.Q Kategori Alam Semulajadi Astronomi & Kosmologi Berita & Peristiwa Bicara Saintis Sains untuk Manusia Suara Saintis Muda Events Featured Fiksyen, Buku & Filem Fizik Kimia Komputer & IT Luar Negara Matematik Perubatan & Kesihatan Rencana Sejarah & Falsafah Teknologi & Kejuruteraan Tempatan Tenaga Tokoh Pengiklanan Sains Shop Pengajian Tinggi Biografi Umum Siri-Ingin Tahu Mengapa Sains Penting Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains Kitaran Hidup Gaya Hidup Sihat Sains Dalam Kehidupan Sains Itu Menyeronokkan Careers No Result View All Result No Result View All Result Senjata Tenaga Terarah (LASER): Satu Pengenalan Senjata Tenaga Terarah (LASER): Satu Pengenalan by Editor 11/03/2026 in Berita & Peristiwa, Bicara Saintis, Fizik 0 0 0 Penulis: Dr. Imran Mustafa Abdul Khudus Pensyarah Kanan Fizik, Jabatan Fizik Universiti Malaya (UM) Sejak beberapa minggu yang lalu, dunia dikejutkan dengan serangan AS dan sekutu rapatnya Israel terhadap Iran, atas alasan yang Iran membangunkan persenjataan nuklear. Iran sebagai sebuah negara berdaulat melancarkan serangan balas terhadap Israel dan pengkalan-pengkalan tentera A.S di Timur Tengah menggunakan dron dan peluru berpandu, yang sebahagiannya dipintas oleh sistem pertahanan Israel yang dinamakan ‘Iron Dome’. Ada laporan menyatakan bahawa terdapat suatu teknik persenjataan baharu yang digunakan oleh ‘Iron Dome’ Israel ini yang dipanggil Directed Energy Weapon atau Senjata Tenaga LASER Terarah (STT). Apa sebenarnya STT ini? Secara amnya, STT ini adalah satu kelas senjata yang menggunakan radiasi kuasa tinggi terarah untuk menghapuskan ancaman. Di dalam filem fiksyen terkenal Starwars, senjata jenis ini banyak digunakan dalam aksi peperangan yang dipaparkan. Makalah ini cuba menghuraikan serba ringkas teknologi asas STT dan apa cabaran-cabaran yang wujud dalam pembikinan dan penggunaannya. Rajah 1: Skematik STT Laser (Imej janaan AI) Salah satu daya tarikan utama pembangunan STT berbanding senjata konvensional ialah faktor kos operasinya. Sebuah peluru berpandu pertahanan seperti yang digunakan dalam sistem Iron Dome boleh mencecah jutaan Dolar Amerika setiap satu dan ia hanya boleh digunakan sekali sahaja pada masa ia dilancarkan. Sebaliknya, setiap “tembakan” laser hanya memerlukan tenaga elektrik, yang kosnya boleh dianggarkan kurang daripada RM 50 setiap tembakan. Dalam senario serangan berkumpulan oleh puluhan atau ratusan dron murah, perbezaan kos ini menjadi sangat kritikal; pasukan lawan boleh menggunakan dron murah untuk memaksa pihak bertahan membalas dengan peluru berpandu berharga ratusan ribu ringgit, satu strategi yang secara ekonominya akan melemahkan pertahanan. STT berpotensi mengurangkan kos perbelanjaan perang lantas memberi kelebihan dari segi ekonomi. Teknologi Laser STT boleh dibahagikan kepada dua bahagian: laser dan pancaran radio berkuasa tinggi. Dari sudut bahasa, LASER merupakan akronim untuk “Light Amplification by Stimulated Emission of Radiation” (LASER) ataupun Penguat Cahaya oleh Radiasi Pancaran Terangsang. Laser adalah sumber cahaya luar biasa yang agak berbeza daripada mentol lampu atau lampu mentol denyar. Laser menghasilkan pancaran cahaya yang sempit. Dan jenis cahaya ini berguna dalam banyak teknologi dan alatan berteknologi tinggi bahkan ianya mungkin digunakan di rumah anda. Cahaya bergerak dalam bentuk gelombang, dan jarak antara dua puncak gelombang dipanggil panjang gelombang. Setiap “warna” mempunyai panjang gelombang yang berbeza. Sebagai contoh, cahaya biru mempunyai panjang gelombang yang lebih pendek daripada cahaya merah. Cahaya matahari, ataupun cahaya daripada lampu mentol yang biasa terdiri daripada cahaya dengan banyak panjang gelombang yang berbeza. Mata kita melihat campuran pelbagai panjang gelombang ini sebagai cahaya putih. Laser sangat berbeza dan tidak berlaku secara semula jadi. Laser menghasilkan jalur sempit cahaya di mana semua gelombang cahaya mempunyai panjang gelombang yang sangat serupa. Gelombang cahaya laser bergerak bersama-sama dengan puncak gelombang yang sama, atau dalam fasa. Ini menyebabkan pancaran sangat sempit dan cahaya laser sangat terang, membolehkan ianya difokuskan kepada kawasan yang sangat kecil. Rajah 2: Perbezaan Cahaya Putih dan Laser. Cahaya Putih : Terdiri daripada pelbagai warna (berbilang panjang gelombang) yang bergerak secara tidak seragam (fasa rawak / tidak koheren). Laser (Kanan): Terdiri daripada satu warna sahaja (panjang gelombang tunggal) yang bergerak secara serentak dan sejajar (koheren). Laser memerlukan tiga komponen utama: 2 cermin yang berbeza kebolehpantulan, sumber tenaga (samada cahaya ataupun elektrik) dan medium penguat cahaya (gain medium). Apabila cahaya laser telah dihasilkan, kuasanya boleh ditingkatkan dengan menggunakan penguat (amplifier) yang menggunakan hanya sumber tenaga dan medium penguat cahaya. Rajah 3: Skematik asas sistem laser – penguat untuk menghasilkan laser berkuasa tinggi Laser untuk STT Secara amnya, kita boleh membahagikan jenis laser kepada dua, seperti dalam Rajah 4. Untuk STT, apa yang diperlukan adalah tenaga laser yang tinggi yang boleh merosakkan satu objek dari jarak yang jauh. Ini memerlukan analisis mod operasi yang sesuai untuk jenis kerosakan yang dibuat, seperti yang diberikan dalam Jadual 1. Rajah 4: Pengkelasan jenis laser menurut tiga kriteria berbeza Pengionan runtuhan dan pecahan dielektrik sebetulnya merupakan jenis kerosakan yang lebih mendalam sifatnya, tetapi memerlukan kawalan yang tinggi terhadap denyutan yang dibuat. Maka secara amnya, kerosakan terma sudah memadai untuk merosakkan sesuatu bahan. ‘Kerosakan terma’ ini mengakibatkan kebakaran atau kecairan pada sesuatu bahan dan menghasilkan lubang sebesar saiz alur laser tersebut. Jadi kebiasannya laser jenis gentian optik (fibre optic laser) ataupun laser keadaan pepejal (solid state laser) akan digunakan untuk STT. Jadual 1: Rejim Kerosakan Teraruh Laser untuk tempoh denyutan berbeza. CW adalah continuous wave ataupun gelombang berterusan. Fizik Kemusnahan: Mencairkan Sasaran
Related Posts
‘Smart underwear’ measures how often humans fart
‘Smart underwear’ measures how often humans fart
Dies ke-78, FKG UGM Memperkuat Sosiopreneur di Bidang Kedokteran Gigi
Dies ke-78, FKG UGM Memperkuat Sosiopreneur di Bidang Kedokteran Gigi
The right sounds may turn sleep into a problem-solving tool
The right sounds may turn sleep into a problem-solving tool
