MBO Cinemas tutup operasi secara kekal

MBO Cinemas tutup operasi secara kekal | Awani Skip to main content Search LIVE Video Malaysia Dunia Politik Hiburan Bisnes Sukan Rancangan Gaya Hidup Lain-Lain Teknologi Podcast Select language BM | EN Search Live Log in Malaysia WQH 2026: Ketika dunia bergolak, orang beriman harus kembali kepada Al-Quran – Sultan Pahang Hiburan MBO Cinemas tutup operasi secara kekal Malaysia Kajian skim pembantu tadbir perkukuh laluan kerjaya, bukan kenaikan gred automatik – KPPA Advertisement Hiburan MBO Cinemas tutup operasi secara kekal Bernama 11/03/2026 | 14:50 MYT Syarikat itu merakamkan penghargaan kepada pelanggan atas sokongan selama ini dan memaklumkan kenangan di pawagam mereka amat bermakna kepada organisasi tersebut. – Sumber foto MBO Cinema KUALA LUMPUR: Rangkaian pawagam MBO Cinemas mengumumkan akan menutup operasi secara kekal selepas berpuluh tahun beroperasi di seluruh negara. Menerusi kenyataan dimuat naik di akaun media sosial, syarikat itu memaklumkan keputusan tersebut dibuat dengan “berat hati”, menandakan pengakhiran kewujudan jangka panjang mereka dalam industri pawagam Malaysia. Advertisement  “Selepas bertahun-tahun yang menakjubkan, MBO Cinemas kini akan menutup operasi secara kekal. Tayangan sudah berakhir,” menurut kenyataan itu.Syarikat itu merakamkan penghargaan kepada pelanggan atas sokongan selama ini dan memaklumkan kenangan di pawagam mereka amat bermakna kepada organisasi tersebut.“Ia suatu penghormatan terbesar kami untuk berkhidmat kepada anda, penonton kami dan menjadi sebahagian daripada pengalaman sinematik anda.“Semua sorakan dan gelak tawa di dewan yang penuh sehingga kepada detik sunyi semasa adegan menyentuh hati amat bermakna kepada kami,” menurut kenyataan itu.MBO Cinemas berterima kasih kepada pelanggan atas sokongan berterusan sepanjang mereka beroperasi.“Daripada kami semua di MBO Cinemas, terima kasih kerana memenuhi tempat duduk dan hati kami,” menurut kenyataan itu.Rangkaian pawagam itu menutup cawangan di Malaysia pada 2020 berikutan pandemik COVID-19 dan kembali beroperasi pada tahun berikutnya di bawah pengurusan baharu selepas Golden Screen Cinemas memperoleh asetnya.MBO Cinemas mengendalikan lapan cawangan di Selangor, Melaka, Perak dan Johor.– BERNAMA   Topic Berkaitan #MBO #pawagam #tamat operasi #sokongan Must Watch Video Cara lain mengikuti berita kami Baca Artikel Penuh Berita Terkini Malaysia WQH 2026: Ketika dunia bergolak, orang beriman harus kembali kepada Al-Quran – Sultan Pahang 8 minutes ago Hiburan MBO Cinemas tutup operasi secara kekal 18 minutes ago Malaysia Kajian skim pembantu tadbir perkukuh laluan kerjaya, bukan kenaikan gred automatik – KPPA 33 minutes ago Malaysia Jajaran sisihan ECRL ke Pelabuhan Kuantan siap hujung tahun ini  48 minutes ago Malaysia Agong berkenan tunai zakat RM10 juta 1 hour ago Dunia Konflik Asia Barat: Lima maut dalam serangan udara Israel di selatan Lubnan 1 hour ago Advertisement NEWSLETTER Dapatkan Berita Terkini Berita, sorotan utama, dan segala dari Awani terus ke peti masuk anda. E-mel anda Close LAMAN HIBURAN LAIN POLISI PRIVASI TERMA PENGGUNAAN IKLAN BERSAMA KAMI PELABUR © 2026 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved. Gempak Dapatkan cerita gosip artis & berita hiburan terkini, serta program tempatan Awani Dapatkan berita hari ini dan berita terkini Malaysia, Dunia, Sukan, Hiburan, Teknologi, Gaya Hidup, Automotif, Politik, Foto, Video dan Siaran Langsung TV Xuan Astro’s Chinese channel programme updates, events, celebrity trends, entertainment Hotspot Mandarin news and infotainment platform that takes you to the leading topics Stadium Astro Catch the latest news and updates on local and global sporting events Ulagam Indian entertainment, events hub highlighting Indian top shows and news Rojak Daily Featuring Entertainment, Lifestyle and Kaw!, Malay video section and more Njoi Choose and pay for what you watch with our prepaid service, NJOI. Syok Enjoy Malaysia`s best radio, videos, podcasts, prizes and more! Get SYOK, everything got! Sooka Watch TV shows you sooka online or via app for FREE! Astro Rewards Exclusive privileges and promotions for Astro Subscribers

Tinggalkan Balasan

Alamat email Anda tidak akan dipublikasikan. Ruas yang wajib ditandai *