Suami pelakon didakwa tipu jual tanah kurnia tidak wujud, gelaran Datuk palsu | Awani Skip to main content Search LIVE Video Malaysia Dunia Politik Hiburan Bisnes Sukan Rancangan Gaya Hidup Lain-Lain Teknologi Podcast Select language BM | EN Search Live Log in Malaysia WQH 2026: Ketika dunia bergolak, orang beriman harus kembali kepada Al-Quran – Sultan Pahang Hiburan MBO Cinemas tutup operasi secara kekal Malaysia Kajian skim pembantu tadbir perkukuh laluan kerjaya, bukan kenaikan gred automatik – KPPA Advertisement Malaysia Suami pelakon didakwa tipu jual tanah kurnia tidak wujud, gelaran Datuk palsu Sinar Harian 11/03/2026 | 11:50 MYT Mohd Apri Hazreen (dua, kiri) dibawa ke Mahkamah Sesyen Seremban hari ini. – Foto Sinar Harian SEREMBAN: Suami kepada seorang pelakon wanita mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini pada Rabu atas pertuduhan menipu seorang lelaki membabitkan urusan penjualan tanah kurniaan tidak wujud membabitkan kerugian lebih RM200,000 tahun lalu.Tertuduh, Mohd Apri Hazreen Mohd Sapri, 41, membuat pengakuan itu di hadapan Hakim, Mohamad Kamil Nizam selepas kertas pertuduhan dibacakan.Advertisement Mengikut pertuduhan, tertuduh telah menipu seorang lelaki berusia 56 tahun dengan memperdayakannya untuk membuat pembayaran sebanyak RM270,811 secara dalam talian ke akaun milik seorang wanita berusia 35 tahun untuk mendapat tanah kurniaan negeri Selangor yang tidak wujud.Tertuduh telah mendorong mangsa menyerahkan wang tersebut yang mana mangsa tidak akan menyerahkannya sekiranya tidak diperdayakan sedemikian.Kesalahan terbabit dilakukan pada 2 April 2025 hingga 13 November 2025 di sebuah bank di daerah ini.Selain itu, tertuduh turut mengaku tidak bersalah di hadapan Majistret, Nurul Saqinah Rosli atas pertuduhan menipu seorang lelaki berusia 49 tahun dengan memperdayakannya untuk membuat pembayaran sebanyak RM23,120 bagi urusan mendapatkan darjah kebesaran membawa gelaran Datuk yang tidak wujud.Kesalahan itu dilakukan antara 22 Januari 2025 hingga 9 November 2025 di sebuah pejabat di Seremban 2 di sini.Kedua-dua pertuduhan didakwa di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan, sabit kesalahan boleh dihukum penjara minimum satu tahun dan tidak lebih 10 tahun, sebat dan denda.Tertuduh yang tidak diwakili peguam merayu jaminan yang minimum kerana isterinya tidak bekerja selain perlu menanggung sembilan anak.Katanya, dia juga menghidap sakit jantung, kencing manis, darah tinggi dan gout.Mahkamah Sesyen menetapkan jaminan RM25,000 dengan seorang penjamin yang bukan isteri tertuduh manakala Mahkamah Majistret RM3,000.Tertuduh turut diarahkan menyerahkan pasport, melaporkan diri di balai polis berhampiran setiap bulan serta tidak mengganggu saksi pendakwaan hingga kes selesai.Tarikh sebutan semula kes 15 April depan.Sebelum inj media melaporkan tertuduh dengan pelakon wanita itu ditahan untuk siasatan berhubung kes penipuan penjualan tanah lot kurnia membabitkan kerugian RM1.5 juta.Beberapa hari selepas itu polis daerah ini memaklumkan tertuduh turut disiasat berkaitan kes tipu tawaran Datuk sebelum disiasat pula oleh polis Kuala Lumpur berhubung kes tipu pelaburan lembu. – Sinar Harian Topic Berkaitan #pelakon wanita #suami pelakon #Mahkamah Sesyen Seremban #Azar Azmi #penjualan tanah kurniaan #penipuan Must Watch Video Cara lain mengikuti berita kami Baca Artikel Penuh Berita Terkini Malaysia WQH 2026: Ketika dunia bergolak, orang beriman harus kembali kepada Al-Quran – Sultan Pahang 8 minutes ago Hiburan MBO Cinemas tutup operasi secara kekal 18 minutes ago Malaysia Kajian skim pembantu tadbir perkukuh laluan kerjaya, bukan kenaikan gred automatik – KPPA 33 minutes ago Malaysia Jajaran sisihan ECRL ke Pelabuhan Kuantan siap hujung tahun ini 48 minutes ago Malaysia Agong berkenan tunai zakat RM10 juta 1 hour ago Dunia Konflik Asia Barat: Lima maut dalam serangan udara Israel di selatan Lubnan 1 hour ago Advertisement NEWSLETTER Dapatkan Berita Terkini Berita, sorotan utama, dan segala dari Awani terus ke peti masuk anda. E-mel anda Close LAMAN HIBURAN LAIN POLISI PRIVASI TERMA PENGGUNAAN IKLAN BERSAMA KAMI PELABUR © 2026 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved. Gempak Dapatkan cerita gosip artis & berita hiburan terkini, serta program tempatan Awani Dapatkan berita hari ini dan berita terkini Malaysia, Dunia, Sukan, Hiburan, Teknologi, Gaya Hidup, Automotif, Politik, Foto, Video dan Siaran Langsung TV Xuan Astro’s Chinese channel programme updates, events, celebrity trends, entertainment Hotspot Mandarin news and infotainment platform that takes you to the leading topics Stadium Astro Catch the latest news and updates on local and global sporting events Ulagam Indian entertainment, events hub highlighting Indian top shows and news Rojak Daily Featuring Entertainment, Lifestyle and Kaw!, Malay video section and more Njoi Choose and pay for what you watch with our prepaid service, NJOI. Syok Enjoy Malaysia`s best radio, videos, podcasts, prizes and more! Get SYOK, everything got! Sooka Watch TV shows you sooka online or via app for FREE! Astro Rewards Exclusive privileges and promotions for Astro Subscribers
Suami pelakon didakwa tipu jual tanah kurnia tidak wujud, gelaran Datuk palsu
