Kes samun berkumpulan: Dua lagi individu ditahan 

Kes samun berkumpulan: Dua lagi individu ditahan  | Awani Skip to main content Search LIVE Video Malaysia Dunia Politik Hiburan Bisnes Sukan Rancangan Gaya Hidup Lain-Lain Teknologi Podcast Select language BM | EN Search Live Log in [LANGSUNG] Ikuti Sidang Media Khas oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim Dunia Ancaman keselamatan di Selat Hormuz akibat serangan AS-Israel, Iran beritahu India Malaysia Lokasi tanah runtuh diisytihar kawasan bencana, satu PPS dibuka Malaysia PDRM umum pertukaran 11 pegawai kanan Advertisement Malaysia Kes samun berkumpulan: Dua lagi individu ditahan  Astro AWANI 11/03/2026 | 13:38 MYT Ketua Polis Selangor Datuk Shazeli Kahar ketika sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor, hari ini berhubung dua sindiket pengedaran dadah jenis syabu dan bunga ganja lebih 200 kilogram (kg) bernilai RM14.6 juta di beberapa kawasan di negeri itu pada awal bulan ini. – Foto Bernama SHAH ALAM: Polis menahan dua lagi individu berhubung kes samun berkumpulan membabitkan enam lelaki termasuk dua pegawai kanan dan seorang anggota polis di daerah Gombak pada 27 Feb lepas.Ketua Polis Selangor Datuk Shazeli Kahar berkata kedua-dua suspek itu kini dalam tempoh reman bagi membantu siasatan.  Advertisement “Kesemua suspek yang terlibat telah berjaya ditangkap polis, dengan dua suspek terakhir ditahan 10 Mac lepas dan sedang menerima tempoh tahanan reman untuk siasatan.“Kertas siasatan telah dihantar ke Pejabat Penasihat Undang-Undang Bukit Aman untuk dikaji dan meminta pendapat kerana melibatkan suspek yang bertugas sebagai anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM),” katanya pada sidang media di Bangunan Mes Pegawai Kanan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor, di sini hari ini.Beliau turut memaklumkan perancang utama kes samun berkumpulan ialah orang awam dan kesemua suspek saling mengenali antara satu sama lain.  Sebelum ini, menurut laporan dua pegawai kanan dan seorang anggota polis antara enam lelaki yang ditahan dalam siri tangkapan bermula 2 Mac bagi membantu siasatan kes samun berkumpulan di daerah Gombak pada 27 Feb. Dalam pada itu, Shazeli berkata polis sudah memperoleh beberapa petunjuk positif dalam siasatan insiden berhubung insiden khianat membakar kenderaan serta ugutan jenayah di kawasan perumahan Taman Kinrara, Puchong, yang berlaku semalam dan hari ini.Beliau berkata pihaknya memberikan jaminan siasatan dijalankan secara telus dan adil kepada semua pihak tanpa sebarang unsur penganiayaan.Shazeli turut menasihatkan masyarakat supaya menghentikan sebarang spekulasi dan provokasi terutama yang menyentuh berkaitan isu agama, raja dan kaum (3R).“Saya memberikan peringatan tegas Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang terlibat dalam memainkan dan menyebarkan sebarang isu itu,” katanya.Semalam, Shazeli dilaporkan berkata polis telah membuka tiga kertas siasatan berhubung insiden khianat membakar kenderaan serta ugutan jenayah di kawasan perumahan Taman Kinrara, Puchong, yang berlaku pada 9 dan 10 Mac lepas.Dua kertas siasatan dibuka di bawah Seksyen 427 dan Seksyen 506 Kanun Keseksaan bagi kesalahan khianat serta ugutan jenayah, manakala satu lagi di bawah Seksyen 435 kanun sama berkaitan khianat dengan api melibatkan kenderaan.– BERNAMA   Topic Berkaitan #Shazeli Kahar #samun berkumpulan #Gombak #3R #KHIANAT Must Watch Video Cara lain mengikuti berita kami Baca Artikel Penuh Berita Terkini Dunia Ancaman keselamatan di Selat Hormuz akibat serangan AS-Israel, Iran beritahu India 3 minutes ago Malaysia Lokasi tanah runtuh diisytihar kawasan bencana, satu PPS dibuka 18 minutes ago Malaysia PDRM umum pertukaran 11 pegawai kanan 33 minutes ago Malaysia Saman fitnah: Rita Rudaini perlu fail pembelaan 6 April 48 minutes ago Malaysia WQH 2026: Ketika dunia bergolak, orang beriman harus kembali kepada Al-Quran – Sultan Pahang 1 hour ago Hiburan MBO Cinemas tutup operasi secara kekal 1 hour ago Advertisement NEWSLETTER Dapatkan Berita Terkini Berita, sorotan utama, dan segala dari Awani terus ke peti masuk anda. E-mel anda Close LAMAN HIBURAN LAIN POLISI PRIVASI TERMA PENGGUNAAN IKLAN BERSAMA KAMI PELABUR © 2026 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved. Gempak Dapatkan cerita gosip artis & berita hiburan terkini, serta program tempatan Awani Dapatkan berita hari ini dan berita terkini Malaysia, Dunia, Sukan, Hiburan, Teknologi, Gaya Hidup, Automotif, Politik, Foto, Video dan Siaran Langsung TV Xuan Astro’s Chinese channel programme updates, events, celebrity trends, entertainment Hotspot Mandarin news and infotainment platform that takes you to the leading topics Stadium Astro Catch the latest news and updates on local and global sporting events Ulagam Indian entertainment, events hub highlighting Indian top shows and news Rojak Daily Featuring Entertainment, Lifestyle and Kaw!, Malay video section and more Njoi Choose and pay for what you watch with our prepaid service, NJOI. Syok Enjoy Malaysia`s best radio, videos, podcasts, prizes and more! Get SYOK, everything got! Sooka Watch TV shows you sooka online or via app for FREE! Astro Rewards Exclusive privileges and promotions for Astro Subscribers

Tinggalkan Balasan

Alamat email Anda tidak akan dipublikasikan. Ruas yang wajib ditandai *