Proton lancar Proton X90 2026 dengan sistem pacuan baharu bagi prestasi dan keyakinan pemanduan

Proton lancar Proton X90 2026 dengan sistem pacuan baharu bagi prestasi dan keyakinan pemanduan | Awani Skip to main content Search LIVE Video Malaysia Dunia Politik Hiburan Bisnes Sukan Rancangan Gaya Hidup Lain-Lain Teknologi Podcast Select language BM | EN Search Live Log in Malaysia 1.16 juta isi rumah terima manfaat inisiatif Bank Makanan sejak 2020 – Armizan Malaysia Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini Malaysia Raja Permaisuri Agong berkenan santuni anak yatim, asnaf pada majlis berbuka puasa Advertisement Bisnes Proton lancar Proton X90 2026 dengan sistem pacuan baharu bagi prestasi dan keyakinan pemanduan Astro AWANI 11/03/2026 | 23:45 MYT Proton Holdings Bhd telah melancarkan Proton X90 2026, kenderaan utiliti sukan (SUV) tujuh tempat duduk yang dipertingkatkan dengan sistem pacuan baharu bagi mengukuhkan lagi prestasi dan keyakinan pemanduannya. – Foto Facebook Proton Cars SUBANG JAYA: Proton Holdings Bhd telah melancarkan Proton X90 2026, kenderaan utiliti sukan (SUV) tujuh tempat duduk yang dipertingkatkan dengan sistem pacuan baharu bagi mengukuhkan lagi prestasi dan keyakinan pemanduannya.Pengeluar kereta nasional itu melalui satu kenyataan memberitahu X90 dengan kemas kini terbaharu ini mengekalkan kelebihan ruang, keselesaan dan praktikalnya sambil menyampaikan pengalaman pemanduan yang lebih terperinci untuk perjalanan harian dan jarak jauh.Advertisement Proton X90 2026 boleh didapati dalam tiga varian iaitu Lite, Prime dan Prime X, ia menawarkan fleksibiliti pelanggan untuk memilih model yang paling sesuai dengan gaya hidup serta keperluan mereka.“Harga atas jalan tanpa insurans ialah RM122,800 untuk 1.5TD Prime X, RM116,800 untuk 1.5TD Prime, dan RM106,800 untuk 1.5TD Lite di Semenanjung Malaysia, manakala di Malaysia Timur, masing-masing dijual pada harga RM124,800, RM118,800 dan RM108,800,” katanya.Sementara itu, Proton berkata setiap pembelian Proton X90 2026 didatangkan dengan pakej pemilikan standard yang direka untuk memberikan keyakinan sejak hari pertama.Pakej itu merangkumi waranti lima tahun dengan perbatuan tanpa had dan lima tahun perkhidmatan buruh percuma; pilihan pembiayaan sehingga sembilan tahun dengan kadar faedah bermula dari 1.95 peratus setahun termasuk sokongan bernilai RM4,000 untuk pembatalan pendaftaran kenderaan lama yang ditukar.“Bagi meraikan pelancaran itu, Proton menawarkan pakej pelancaran khas kepada 2,000 pelanggan pertama yang mendaftar kenderaan mereka sebelum 30 Jun 2026, termasuk rebat RM7,000 berserta faedah pemilikan tambahan.“Selepas rebat, harga dikurangkan kepada RM115,800, RM109,800 dan RM99,800 di Semenanjung Malaysia atau RM117,800, RM111,800 dan RM101,800, masing-masing di Malaysia Timur,” katanya.“Faedah lain ialah sokongan nilai tukar tambah sehingga RM3,000 untuk pelanggan yang menukar kenderaan sedia ada mereka; perlindungan yang dipertingkat termasuk perlindungan bahaya khas, perlindungan bantuan banjir sehingga RM2,000 dan perlindungan kemalangan peribadi penumpang sehingga RM15,000 seorang sehingga empat penumpang,” katanya lagi. — BERNAMA  Topic Berkaitan #Proton X90 2026 #proton #sistem pacuan baharu #keyakinan pemanduan Must Watch Video Cara lain mengikuti berita kami Baca Artikel Penuh Berita Terkini Malaysia 1.16 juta isi rumah terima manfaat inisiatif Bank Makanan sejak 2020 – Armizan 6 minutes ago Malaysia Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini 38 minutes ago Malaysia Raja Permaisuri Agong berkenan santuni anak yatim, asnaf pada majlis berbuka puasa 40 minutes ago Malaysia Ibu Ida Nerina meninggal dunia akibat sakit tua 40 minutes ago Malaysia Cadangan pengeluaran Akaun 2 melalui i-Lindung sedang diteliti – MOF 47 minutes ago Bisnes Proton lancar Proton X90 2026 dengan sistem pacuan baharu bagi prestasi dan keyakinan pemanduan 52 minutes ago Advertisement NEWSLETTER Dapatkan Berita Terkini Berita, sorotan utama, dan segala dari Awani terus ke peti masuk anda. E-mel anda Close LAMAN HIBURAN LAIN POLISI PRIVASI TERMA PENGGUNAAN IKLAN BERSAMA KAMI PELABUR © 2026 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved. Gempak Dapatkan cerita gosip artis & berita hiburan terkini, serta program tempatan Awani Dapatkan berita hari ini dan berita terkini Malaysia, Dunia, Sukan, Hiburan, Teknologi, Gaya Hidup, Automotif, Politik, Foto, Video dan Siaran Langsung TV Xuan Astro’s Chinese channel programme updates, events, celebrity trends, entertainment Hotspot Mandarin news and infotainment platform that takes you to the leading topics Stadium Astro Catch the latest news and updates on local and global sporting events Ulagam Indian entertainment, events hub highlighting Indian top shows and news Rojak Daily Featuring Entertainment, Lifestyle and Kaw!, Malay video section and more Njoi Choose and pay for what you watch with our prepaid service, NJOI. Syok Enjoy Malaysia`s best radio, videos, podcasts, prizes and more! Get SYOK, everything got! Sooka Watch TV shows you sooka online or via app for FREE! Astro Rewards Exclusive privileges and promotions for Astro Subscribers

Tinggalkan Balasan

Alamat email Anda tidak akan dipublikasikan. Ruas yang wajib ditandai *