20 kru Thailand diselamatkan selepas kapal kargo diserang di Selat Hormuz, 3 hilang

20 kru Thailand diselamatkan selepas kapal kargo diserang di Selat Hormuz, 3 hilang | Awani Skip to main content Search LIVE Video Malaysia Dunia Politik Hiburan Bisnes Sukan Rancangan Gaya Hidup Lain-Lain Teknologi Podcast Select language BM | EN Search Live Log in Malaysia Polis nasihat majikan pantau tatacara pekerja bawa peralatan tajam Malaysia Kabinet lulus projek pembangunan terminal ketiga Pelabuhan Klang di Pulau Carey Malaysia Ramadan medan tingkat keprihatinan kepada golongan kurang bernasib baik – Dr Wan Azizah Advertisement Dunia 20 kru Thailand diselamatkan selepas kapal kargo diserang di Selat Hormuz, 3 hilang Bernama 11/03/2026 | 23:17 MYT Kapal Mayuree Naree terkena serangan di bahagian buritan sejurus selepas berlepas dari Pelabuhan Khalifa di Emiriah Arab Bersatu. – Reuters BANGKOK: Sebuah kapal kargo berdaftar di Thailand diserang di Selat Hormuz pada Rabu, dengan 20 kru diselamatkan manakala tiga lagi dilaporkan hilang, menurut pihak berkuasa Thailand.Jabatan Marin dan Tentera Laut Diraja Thailand memaklumkan bahawa kapal Mayuree Naree, milik Precious Shipping Public Company Limited, terkena serangan di bahagian buritan sejurus selepas berlepas dari Pelabuhan Khalifa di Emiriah Arab Bersatu.Advertisement Terdapat 23 kru Thailand di atas kapal tersebut ketika kejadian berlaku.Timbalan jurucakap Kementerian Luar Panidone Pachimsawat berkata pihak kedutaan telah menyelaraskan tindakan dengan Kementerian Luar Oman bagi memudahkan bantuan segera.”Dua puluh kru Thailand diselamatkan oleh Tentera Laut Diraja Oman, sementara usaha diteruskan untuk mengesan tiga lagi yang masih hilang,” katanya kepada pemberita pada Rabu.Beliau menambah bahawa kru yang diselamatkan telah dibawa ke darat di Khasab, Oman.Panidone berkata Kementerian Luar terus menyelaraskan tindakan dengan pihak berkuasa berkaitan bagi membantu mencari tiga kru yang hilang itu dan mendapatkan fakta sebenar mengenai kejadian tersebut.Trafik perkapalan melalui Selat Hormuz telah berkurangan secara mendadak sejak Amerika Syarikat dan Israel melancarkan serangan udara ke atas Iran pada 28 Feb, dengan beberapa kapal menjadi sasaran di dalam atau berhampiran laluan air itu sejak beberapa hari kebelakangan ini.Agensi keselamatan maritim Britain, UKMTO, menyatakan kira-kira 10 kapal di dalam atau berhampiran Selat Hormuz telah diserang.Pertubuhan Maritim Antarabangsa (IMO) menyatakan di laman sesawangnya pada 6 Mac bahawa sembilan serangan ke atas kapal di selat tersebut direkodkan dalam tempoh seminggu, termasuk empat insiden yang mengorbankan tujuh orang.– BERNAMA Topic Berkaitan #Mayuree Naree #Thailand #kapal kargo #serangan #selat hormuz #Panidone Pachimsawat Must Watch Video Cara lain mengikuti berita kami Baca Artikel Penuh Berita Terkini Malaysia Polis nasihat majikan pantau tatacara pekerja bawa peralatan tajam 1 minute ago Malaysia Kabinet lulus projek pembangunan terminal ketiga Pelabuhan Klang di Pulau Carey 11 minutes ago Malaysia Ramadan medan tingkat keprihatinan kepada golongan kurang bernasib baik – Dr Wan Azizah 26 minutes ago Dunia Pezeshkian gesa komuniti antarabangsa kecam jenayah AS-Israel 41 minutes ago Malaysia Media main peranan bangkitkan semangat kebangsaan, perkukuh pertahanan negara 56 minutes ago Malaysia Konflik Asia Barat: Langkah penjimatan untuk pastikan dana diguna bagi keperluan luar jangka 1 hour ago Advertisement NEWSLETTER Dapatkan Berita Terkini Berita, sorotan utama, dan segala dari Awani terus ke peti masuk anda. E-mel anda Close LAMAN HIBURAN LAIN POLISI PRIVASI TERMA PENGGUNAAN IKLAN BERSAMA KAMI PELABUR © 2026 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved. Gempak Dapatkan cerita gosip artis & berita hiburan terkini, serta program tempatan Awani Dapatkan berita hari ini dan berita terkini Malaysia, Dunia, Sukan, Hiburan, Teknologi, Gaya Hidup, Automotif, Politik, Foto, Video dan Siaran Langsung TV Xuan Astro’s Chinese channel programme updates, events, celebrity trends, entertainment Hotspot Mandarin news and infotainment platform that takes you to the leading topics Stadium Astro Catch the latest news and updates on local and global sporting events Ulagam Indian entertainment, events hub highlighting Indian top shows and news Rojak Daily Featuring Entertainment, Lifestyle and Kaw!, Malay video section and more Njoi Choose and pay for what you watch with our prepaid service, NJOI. Syok Enjoy Malaysia`s best radio, videos, podcasts, prizes and more! Get SYOK, everything got! Sooka Watch TV shows you sooka online or via app for FREE! Astro Rewards Exclusive privileges and promotions for Astro Subscribers

Tinggalkan Balasan

Alamat email Anda tidak akan dipublikasikan. Ruas yang wajib ditandai *