Ringgit dijangka diniagakan tinggi minggu depan, dipacu momentum pertumbuhan kukuh | Awani Skip to main content Search LIVE Video Malaysia Dunia Politik Hiburan Bisnes Sukan Rancangan Gaya Hidup Lain-Lain Teknologi Podcast Select language BM | EN Search Live Log in Malaysia Jumlah mangsa banjir di Beaufort meningkat Dunia Parti Nasionalis Bangladesh umum bentuk kerajaan menjelang Ahad Bisnes Ringgit dijangka diniagakan tinggi minggu depan, dipacu momentum pertumbuhan kukuh Advertisement Bisnes Ringgit dijangka diniagakan tinggi minggu depan, dipacu momentum pertumbuhan kukuh Bernama 14/02/2026 | 10:20 MYT Mata wang tempatan kini berlegar sekitar RM3.90 berbanding dolar AS, namun berpotensi menguji paras rintangan serta-merta pada RM3.87 minggu depan. – Gambar hiasan KUALA LUMPUR: Ringgit dijangka diniagakan lebih kukuh dan kekal pada sekitar paras 3.90 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) minggu hadapan, disokong oleh momentum pertumbuhan ekonomi domestik yang teguh seterusnya mempengaruhi sentimen pasaran.Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd, Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata mata wang tempatan kini berlegar sekitar RM3.90 berbanding dolar AS, namun berpotensi menguji paras rintangan serta-merta pada RM3.87 minggu depan.Advertisement “Rentetan pertumbuhan kukuh akan terus membentuk sentimen pelabur minggu depan, yang akan memberi manfaat kepada ringgit dalam jangka masa terdekat,” katanya kepada Bernama.Kenanga Investment Bank Bhd (Kenanga IB) pula berpandangan kelemahan dolar AS kekal sebagai pemacu utama pengukuhan ringgit.Bank pelaburan itu menambah Indeks Dolar AS (DXY) susut di bawah paras 97.0 apabila pasaran memilih untuk menjual pegangan berbanding terus mengekalkannya.“Tumpuan akan beralih kepada proses pengesahan data inflasi AS menerusi beberapa semakan.“Pelabur akan meneliti minit mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Rizab Persekutuan AS (FOMC) bagi mendapatkan petunjuk mengenai pasaran guna tenaga yang tepu manakala angka inflasi kekal penting bagi penetapan semula kadar faedah,” menurutnya menerusi nota penyelidikan.Data eksport dan Indeks Harga Pengguna (IHP) Malaysia akan menguji sama ada kelembapan luaran memberi kesan kepada perdagangan, tambahnya.Kenanga IB menjelaskan data positif AS tidak lagi menjamin kekuatan berterusan dolar AS kerana aliran kepelbagaian strategik dan jangkaan pertumbuhan yang disemak semula telah meningkatkan kecenderungan pasaran untuk merealisasikan keuntungan ketika kenaikan.“Bagi ringgit, hala tuju luaran dolar AS kekal dominan manakala kemampanan domestik berperanan sebagai sokongan. Pemulihan berterusan dolar AS memerlukan kadar inflasi yang lebih stabil dan hasil sebenar yang lebih tinggi,” menurutnya.Sebelum ini, Bank Negara Malaysia melaporkan mata wang tempatan melonjak 3.9 peratus berbanding dolar AS pada suku keempat 2025, dipacu oleh faktor luaran dan domestik.Pada Khamis, ringgit mencecah 3.8995 berbanding dolar AS, menghampiri paras tertinggi dalam tempoh hampir lapan tahun, kali terakhir dicatatkan ketika 23 April, 2018 pada 3.8965/8995.Berasaskan minggu ke minggu, ringgit meningkat untuk ditutup lebih kukuh pada 3.9060/9115 berbanding dolar AS daripada 3.9440/9525 pada Jumaat minggu lepas.Ringgit juga ditutup lebih tinggi kebanyakannya berbanding beberapa mata wang utama minggu ini.Unit domestik susut berbanding yen Jepun kepada 2.5435/5474 daripada 2.5111/5167 ketika ditutup Jumaat minggu lepas, namun mengukuh berbanding pound British kepada 5.3211/3286 daripada 5.3548/3663.Ringgit turut meningkat berbanding euro kepada 4.6325/6390 daripada 4.6508/6608.Ringgit juga lebih stabil kebanyakannya berbanding mata wang negara ASEAN.Mata wang tempatan meningkat berbanding dolar Singapura kepada 3.0904/0950 daripada 3.0965/1034 pada Jumaat minggu lepas dan lebih tinggi berbanding rupiah Indonesia kepada 231.9/232.4 daripada 233.6/234.3.Ringgit naik berbanding peso Filipina kepada 6.73/6.74 daripada 6.73/6.75 sebelum ini namun, turun berbanding baht Thailand kepada 12.5607/5849 daripada 12.4609/4933.– BERNAMA Topic Berkaitan #Ringgit #dolar AS #dagangan #mata wang asing Must Watch Video Cara lain mengikuti berita kami Baca Kisah Penuh Berita Terkini Malaysia CEO baharu diharap teruskan agenda pengukuhan FELCRA – Ahmad Zahid 13 minutes ago Malaysia Jumlah mangsa banjir di Beaufort meningkat 23 minutes ago Dunia Parti Nasionalis Bangladesh umum bentuk kerajaan menjelang Ahad 33 minutes ago Bisnes Ringgit dijangka diniagakan tinggi minggu depan, dipacu momentum pertumbuhan kukuh 43 minutes ago Dunia Tentera AS bunuh tiga orang dalam serangan terbaharu ke atas bot di Caribbean 53 minutes ago Malaysia Maritim Malaysia berjaya selamatkan 1,786 mangsa menerusi 256 operasi sepanjang 2025 1 hour ago Advertisement NEWSLETTER Dapatkan Berita Terkini Berita, sorotan utama, dan segala dari Awani terus ke peti masuk anda. E-mel anda Close LAMAN HIBURAN LAIN POLISI PRIVASI TERMA PENGGUNAAN IKLAN BERSAMA KAMI PELABUR © 2026 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved. Gempak Dapatkan cerita gosip artis & berita hiburan terkini, serta program tempatan Awani Dapatkan berita hari ini dan berita terkini Malaysia, Dunia, Sukan, Hiburan, Teknologi, Gaya Hidup, Automotif, Politik, Foto, Video dan Siaran Langsung TV Xuan Astro’s Chinese channel programme updates, events, celebrity trends, entertainment Hotspot Mandarin news and infotainment platform that takes you to the leading topics Stadium Astro Catch the latest news and updates on local and global sporting events Ulagam Indian entertainment, events hub highlighting Indian top shows and news Rojak Daily Featuring Entertainment, Lifestyle and Kaw!, Malay video section and more Njoi Choose and pay for what you watch with our prepaid service, NJOI. Syok Enjoy Malaysia`s best radio, videos, podcasts, prizes and more! Get SYOK, everything got! Sooka Watch TV shows you sooka online or via app for FREE! Astro Rewards Exclusive privileges and promotions for Astro Subscribers
Ringgit dijangka diniagakan tinggi minggu depan, dipacu momentum pertumbuhan kukuh
