Emirates maklum penerbangan berjadual terakhir dari Algeria pada 3 Feb 2027 | Awani Skip to main content Search LIVE Video Malaysia Dunia Politik Hiburan Bisnes Sukan Rancangan Gaya Hidup Lain-Lain Teknologi Podcast Select language BM | EN Search Live Log in Malaysia CEO baharu diharap teruskan agenda pengukuhan FELCRA – Ahmad Zahid Malaysia Jumlah mangsa banjir di Beaufort meningkat Dunia Parti Nasionalis Bangladesh umum bentuk kerajaan menjelang Ahad Advertisement Bisnes Emirates maklum penerbangan berjadual terakhir dari Algeria pada 3 Feb 2027 Bernama 14/02/2026 | 09:30 MYT Foto: Emirates ISTANBUL: Emirates pada Jumaat memaklumkan bahawa penerbangan berjadual terakhirnya dari Algeria ditetapkan pada 3 Feb 2027, dan operasi antara kedua-dua negara masih berjalan seperti biasa buat masa ini, lapor Anadolu Ajansi, memetik akhbar tempatan.Syarikat penerbangan milik kerajaan itu berkata penerbangan ke dan dari Algeria beroperasi mengikut jadual yang diluluskan, tanpa kesan serta-merta terhadap perkhidmatan.Advertisement Ia menasihatkan pelanggan yang mempunyai tempahan supaya meneruskan rancangan perjalanan seperti biasa, susulan keputusan Algeria minggu lalu untuk memulakan prosedur menggantung perkhidmatan udara antara kedua-dua negara.Emirates berkata ia akan “mematuhi sepenuhnya sebarang arahan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa berkaitan dan akan memaklumkan pelanggan, kakitangan serta rakan kongsi mengenai sebarang perubahan sekiranya keadaan berubah.”Syarikat penerbangan itu memaklumkan penerbangan terakhir yang kini dalam jadualnya ialah EK757, berlepas dari Algeria pada 3 Feb 2027. Ia memohon maaf atas sebarang kesulitan dan menggesa pelanggan yang rancangan perjalanan mereka mungkin terjejas selepas tarikh itu supaya mempertimbangkan aturan alternatif melalui ejen tempahan masing-masing.Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Umum berkata kira-kira seminggu lalu bahawa tiada “kesan serta-merta” terhadap penerbangan selepas Algeria mengumumkan langkah untuk membatalkan perjanjian perkhidmatan udara dua hala.Pihak berkuasa itu berkata ia menerima “pemberitahuan” rasmi daripada Algeria dan memaklumkan bahawa “langkah itu mengikut prosedur yang ditetapkan dalam perjanjian antarabangsa,” sambil menambah operasi akan diteruskan sepanjang tempoh notis yang ditetapkan oleh undang-undang.Agensi berita negara Algeria, APS, berkata perjanjian perkhidmatan udara itu ditandatangani di Abu Dhabi pada 13 Mei 2013 dan diratifikasi melalui dekri presiden pada 30 Dis 2014. Pihak berkuasa Algeria tidak mendedahkan alasan bagi keputusan tersebut.Di bawah Perkara 22 perjanjian itu, mana-mana pihak perlu memaklumkan penamatan kepada pihak satu lagi melalui saluran diplomatik serta turut memaklumkan Setiausaha Agung Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO).Perjanjian itu membenarkan pihak berkuasa penerbangan kedua-dua negara melantik satu atau lebih syarikat penerbangan untuk mengendalikan laluan yang dipersetujui dan memperuntukkan penggantungan atau pembatalan lesen operasi sekiranya berlaku pelanggaran undang-undang serta peraturan yang berkuat kuasa.– BERNAMA-ANADOLU Topic Berkaitan #Emirates #ALGERIA #penerbangan berjadual #gantung perkhidmatan udara Must Watch Video Cara lain mengikuti berita kami Baca Kisah Penuh Berita Terkini Malaysia CEO baharu diharap teruskan agenda pengukuhan FELCRA – Ahmad Zahid 22 minutes ago Malaysia Jumlah mangsa banjir di Beaufort meningkat 32 minutes ago Dunia Parti Nasionalis Bangladesh umum bentuk kerajaan menjelang Ahad 42 minutes ago Bisnes Ringgit dijangka diniagakan tinggi minggu depan, dipacu momentum pertumbuhan kukuh 52 minutes ago Dunia Tentera AS bunuh tiga orang dalam serangan terbaharu ke atas bot di Caribbean 1 hour ago Malaysia Maritim Malaysia berjaya selamatkan 1,786 mangsa menerusi 256 operasi sepanjang 2025 1 hour ago Advertisement NEWSLETTER Dapatkan Berita Terkini Berita, sorotan utama, dan segala dari Awani terus ke peti masuk anda. E-mel anda Close LAMAN HIBURAN LAIN POLISI PRIVASI TERMA PENGGUNAAN IKLAN BERSAMA KAMI PELABUR © 2026 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved. Gempak Dapatkan cerita gosip artis & berita hiburan terkini, serta program tempatan Awani Dapatkan berita hari ini dan berita terkini Malaysia, Dunia, Sukan, Hiburan, Teknologi, Gaya Hidup, Automotif, Politik, Foto, Video dan Siaran Langsung TV Xuan Astro’s Chinese channel programme updates, events, celebrity trends, entertainment Hotspot Mandarin news and infotainment platform that takes you to the leading topics Stadium Astro Catch the latest news and updates on local and global sporting events Ulagam Indian entertainment, events hub highlighting Indian top shows and news Rojak Daily Featuring Entertainment, Lifestyle and Kaw!, Malay video section and more Njoi Choose and pay for what you watch with our prepaid service, NJOI. Syok Enjoy Malaysia`s best radio, videos, podcasts, prizes and more! Get SYOK, everything got! Sooka Watch TV shows you sooka online or via app for FREE! Astro Rewards Exclusive privileges and promotions for Astro Subscribers
Emirates maklum penerbangan berjadual terakhir dari Algeria pada 3 Feb 2027
