Aliran trafik ke utara sesak, kemalangan maut di Tapah burukkan keadaan

Aliran trafik ke utara sesak, kemalangan maut di Tapah burukkan keadaan | Awani Skip to main content Search LIVE Video Malaysia Dunia Politik Hiburan Bisnes Sukan Rancangan Gaya Hidup Lain-Lain Teknologi Podcast Select language BM | EN Search Live Log in [Terkini] Umat Islam di Malaysia sambut Aidilfitri Sabtu Malaysia Polis Kota Kinabalu rekod kerugian lebih RM11 juta akibat penipuan dalam talian Malaysia Kerajaan MADANI jamin bekalan asas mencukupi – Mustapha Sakmud Malaysia Reformasi perumahan perkukuh tadbir urus, sasar sifar projek sakit menjelang 2030 – Nga Advertisement Malaysia Aliran trafik ke utara sesak, kemalangan maut di Tapah burukkan keadaan Bernama 19/03/2026 | 18:15 MYT Aliran trafik di lebuh raya utama negara keluar dari Lembah Klang dilaporkan mengalami kesesakan petang ini berikutan pertambahan mendadak jumlah kenderaan susulan cuti Aidilfitri. – BERNAMA KUALA LUMPUR: Aliran trafik di lebuh raya utama negara keluar dari Lembah Klang dilaporkan mengalami kesesakan petang ini berikutan pertambahan mendadak jumlah kenderaan susulan cuti Aidilfitri.Jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) ketika dihubungi Bernama berkata bagi arah utara, kesesakan paling ketara dikesan adalah di laluan Tapah menuju ke Gopeng susulan berlaku satu insiden kemalangan maut di kilometer (KM) 296.7.Advertisement “Walaupun urusan pembersihan di lokasi kemalangan telah selesai, faktor cuaca hujan di kawasan berkenaan menyumbang kepada kelembapan pergerakan kenderaan,” katanya ketika dihubungi Bernama, hari ini.Selain itu, trafik dilaporkan bergerak perlahan di laluan Bukit Lanjan ke Rawang, Taiping ke Bukit Merah, Jawi ke Bandar Cassia serta Juru menuju ke Bertam.Bagi laluan ke arah selatan, pergerakan kenderaan perlahan bermula dari Universiti Putra Malaysia (UPM) ke Kajang serta Bandar Sri Putra ke Hentian Rehat dan Rawat (R&R) Seremban.Aliran trafik yang tinggi turut menyebabkan kesesakan di laluan Port Dickson ke Senawang, Pedas Linggi ke Simpang Ampat serta di kawasan Kulai menuju ke Sedenak.Sementara itu, di pantai timur, kesesakan berlaku di Plaza Tol Gombak sehingga Bukit Tinggi, manakala di Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2) pula, trafik dilaporkan perlahan di laluan Cheneh menuju ke Chukai serta di sekitar Plaza Tol Kuala Terengganu.Pihak LLM menjangkakan aliran trafik akan terus meningkat hingga tengah malam ini memandangkan hari ini ialah hari terakhir tawaran diskaun tol 50 peratus.Kerajaan sebelum ini mengumumkan diskaun tol bersempena dengan sambutan Aidilfitri tahun ini yang berkuat kuasa mulai 12.01 tengah malam semalam (18 Mac) dan tawaran diskaun akan berakhir pada jam 11:59 malam ini.Pengguna dinasihatkan supaya merancang perjalanan dengan teliti dan mendapatkan maklumat trafik terkini menerusi talian bebas tol LLM 1-800-88-7752 bagi mengelakkan terperangkap dalam kesesakan panjang.– BERNAMA  Topic Berkaitan #LLM #PLUS #trafik sesak #Aidilfitri Must Watch Video Cara lain mengikuti berita kami Baca Artikel Penuh Berita Terkini Malaysia Polis Kota Kinabalu rekod kerugian lebih RM11 juta akibat penipuan dalam talian 16 minutes ago Malaysia Kerajaan MADANI jamin bekalan asas mencukupi – Mustapha Sakmud 31 minutes ago Malaysia Reformasi perumahan perkukuh tadbir urus, sasar sifar projek sakit menjelang 2030 – Nga 46 minutes ago Malaysia Umat Islam di Malaysia sambut Aidilfitri Sabtu 1 hour ago Berita Kenaikan diesel wajar ditangguh sehingga selepas Aidilfitri – Ketua pembangkang 1 hour ago Malaysia Indeks Kebahagiaan Malaysia meningkat kepada 81 peratus – Ipsos 1 hour ago Advertisement NEWSLETTER Dapatkan Berita Terkini Berita, sorotan utama, dan segala dari Awani terus ke peti masuk anda. E-mel anda Close LAMAN HIBURAN LAIN POLISI PRIVASI TERMA PENGGUNAAN IKLAN BERSAMA KAMI PELABUR © 2026 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved. Gempak Dapatkan cerita gosip artis & berita hiburan terkini, serta program tempatan Awani Dapatkan berita hari ini dan berita terkini Malaysia, Dunia, Sukan, Hiburan, Teknologi, Gaya Hidup, Automotif, Politik, Foto, Video dan Siaran Langsung TV Xuan Astro’s Chinese channel programme updates, events, celebrity trends, entertainment Hotspot Mandarin news and infotainment platform that takes you to the leading topics Stadium Astro Catch the latest news and updates on local and global sporting events Ulagam Indian entertainment, events hub highlighting Indian top shows and news Rojak Daily Featuring Entertainment, Lifestyle and Kaw!, Malay video section and more Njoi Choose and pay for what you watch with our prepaid service, NJOI. Syok Enjoy Malaysia`s best radio, videos, podcasts, prizes and more! Get SYOK, everything got! Sooka Watch TV shows you sooka online or via app for FREE! Astro Rewards Exclusive privileges and promotions for Astro Subscribers

Tinggalkan Balasan

Alamat email Anda tidak akan dipublikasikan. Ruas yang wajib ditandai *