Konflik Asia Barat: Iran kecam PBB gagal bertindak terhadap pembunuhan berprofil tinggi | Awani Skip to main content Search LIVE Video Malaysia Dunia Politik Hiburan Bisnes Sukan Rancangan Gaya Hidup Lain-Lain Teknologi Podcast Select language BM | EN Search Live Log in [Terkini] Umat Islam di Malaysia sambut Aidilfitri Sabtu Malaysia Polis Kota Kinabalu rekod kerugian lebih RM11 juta akibat penipuan dalam talian Malaysia Kerajaan MADANI jamin bekalan asas mencukupi – Mustapha Sakmud Malaysia Reformasi perumahan perkukuh tadbir urus, sasar sifar projek sakit menjelang 2030 – Nga Advertisement Dunia Konflik Asia Barat: Iran kecam PBB gagal bertindak terhadap pembunuhan berprofil tinggi Astro AWANI 19/03/2026 | 18:00 MYT Amir Saeid Iravani (foto) mengemukakan bantahan rasmi menerusi sepucuk surat yang mendakwa sikap tidak berpendirian badan antarabangsa tersebut hanya akan menggalakkan lagi tindakan agresif Israel. -Gambar fail NEW YORK: Iran membidas kegagalan Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang didakwa berdiam diri terhadap siri pembunuhan berprofil tinggi melibatkan pegawai kanan keselamatan dan perisikan republik itu, awal pagi tadi.Duta Besar Iran ke PBB, Amir Saeid Iravani, mengemukakan bantahan rasmi menerusi sepucuk surat yang mendakwa sikap tidak berpendirian badan antarabangsa tersebut hanya akan menggalakkan lagi tindakan agresif Israel.Advertisement Menurut agensi berita Mehr, Amir Saeid Iravani menegaskan bahawa ketiadaan tindakan tegas terhadap serangan bersasar itu boleh menjadikan amalan pembunuhan pemimpin negara sebagai satu norma berbahaya dalam hubungan antarabangsa.“Sekiranya perkara ini dibiarkan tanpa sebarang kawalan, siri pembunuhan ini boleh menjadi satu kebiasaan dan akan merebak ke negara-negara lain pada masa hadapan,” kata Amir Saeid Iravani dalam surat tersebut.Beliau menambah bahawa kegagalan Majlis Keselamatan menangani isu berkaitan kedaulatan wilayah Iran hanya akan memburukkan keadaan keselamatan di Asia Barat yang kini sudah berada pada tahap kritikal.Bantahan itu dibuat selepas Iran mengesahkan kematian Setiausaha Majlis Keselamatan Negara Tertinggi, Ali Larijani, serta Komander Basij, Gholamreza Soleimani, dalam serangan udara Israel di Tehran pada Isnin.Selain itu, Menteri Pertahanan Israel turut mendakwa bahawa Menteri Perisikan Iran, Esmail Khatib, turut terkorban dalam operasi susulan malam tadi.Tehran secara konsisten menuntut Majlis Keselamatan PBB mengambil langkah perlu bagi menghentikan apa yang disifatkan sebagai siri pembunuhan oleh pakatan Amerika Syarikat dan Israel sejak konflik bermula pada 28 Feb lalu.Sehingga kini, Majlis Keselamatan masih belum mengeluarkan sebarang resolusi atau kenyataan rasmi berhubung dakwaan pembunuhan terbaharu ini, ketika ketegangan di Asia Barat terus memuncak dengan ancaman serangan balas daripada Iran. Topic Berkaitan #Iran #PBB #Ali Larijani #gholamreza soleimani #Esmail Khatib #israel #Asia Barat #Konflik Iran-Israel Must Watch Video Cara lain mengikuti berita kami Baca Artikel Penuh Berita Terkini Malaysia Polis Kota Kinabalu rekod kerugian lebih RM11 juta akibat penipuan dalam talian 12 minutes ago Malaysia Kerajaan MADANI jamin bekalan asas mencukupi – Mustapha Sakmud 27 minutes ago Malaysia Reformasi perumahan perkukuh tadbir urus, sasar sifar projek sakit menjelang 2030 – Nga 42 minutes ago Malaysia Umat Islam di Malaysia sambut Aidilfitri Sabtu 1 hour ago Berita Kenaikan diesel wajar ditangguh sehingga selepas Aidilfitri – Ketua pembangkang 1 hour ago Malaysia Indeks Kebahagiaan Malaysia meningkat kepada 81 peratus – Ipsos 1 hour ago Advertisement NEWSLETTER Dapatkan Berita Terkini Berita, sorotan utama, dan segala dari Awani terus ke peti masuk anda. E-mel anda Close LAMAN HIBURAN LAIN POLISI PRIVASI TERMA PENGGUNAAN IKLAN BERSAMA KAMI PELABUR © 2026 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved. Gempak Dapatkan cerita gosip artis & berita hiburan terkini, serta program tempatan Awani Dapatkan berita hari ini dan berita terkini Malaysia, Dunia, Sukan, Hiburan, Teknologi, Gaya Hidup, Automotif, Politik, Foto, Video dan Siaran Langsung TV Xuan Astro’s Chinese channel programme updates, events, celebrity trends, entertainment Hotspot Mandarin news and infotainment platform that takes you to the leading topics Stadium Astro Catch the latest news and updates on local and global sporting events Ulagam Indian entertainment, events hub highlighting Indian top shows and news Rojak Daily Featuring Entertainment, Lifestyle and Kaw!, Malay video section and more Njoi Choose and pay for what you watch with our prepaid service, NJOI. Syok Enjoy Malaysia`s best radio, videos, podcasts, prizes and more! Get SYOK, everything got! Sooka Watch TV shows you sooka online or via app for FREE! Astro Rewards Exclusive privileges and promotions for Astro Subscribers
Konflik Asia Barat: Iran kecam PBB gagal bertindak terhadap pembunuhan berprofil tinggi
