Peranan Jangkitan Virus dalam Perkembangan Kanser – MajalahSains 23 °c Kuala Lumpur 26 ° Sat 27 ° Sun 27 ° Mon 25 ° Tue Friday, March 20, 2026 Cart / RM0.00 No products in the cart. No Result View All Result e-ISSN : 2682-8456 Laman Utama Siapa Kami HANTAR ARTIKEL & F.A.Q Kategori Alam Semulajadi Astronomi & Kosmologi Berita & Peristiwa Bicara Saintis Sains untuk Manusia Suara Saintis Muda Events Featured Fiksyen, Buku & Filem Fizik Kimia Komputer & IT Luar Negara Matematik Perubatan & Kesihatan Rencana Sejarah & Falsafah Teknologi & Kejuruteraan Tempatan Tenaga Tokoh Pengiklanan Sains Shop Pengajian Tinggi Biografi Umum Siri-Ingin Tahu Mengapa Sains Penting Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains Kitaran Hidup Gaya Hidup Sihat Sains Dalam Kehidupan Sains Itu Menyeronokkan Careers Laman Utama Siapa Kami HANTAR ARTIKEL & F.A.Q Kategori Alam Semulajadi Astronomi & Kosmologi Berita & Peristiwa Bicara Saintis Sains untuk Manusia Suara Saintis Muda Events Featured Fiksyen, Buku & Filem Fizik Kimia Komputer & IT Luar Negara Matematik Perubatan & Kesihatan Rencana Sejarah & Falsafah Teknologi & Kejuruteraan Tempatan Tenaga Tokoh Pengiklanan Sains Shop Pengajian Tinggi Biografi Umum Siri-Ingin Tahu Mengapa Sains Penting Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains Kitaran Hidup Gaya Hidup Sihat Sains Dalam Kehidupan Sains Itu Menyeronokkan Careers No Result View All Result No Result View All Result Peranan Jangkitan Virus dalam Perkembangan Kanser Peranan Jangkitan Virus dalam Perkembangan Kanser by Editor 15/03/2026 in Berita & Peristiwa, Perubatan & Kesihatan 0 0 0 Penulis: Dr. Ting Choo Yuen Pensyarah Kanan, Jabatan Patologi, Fakulti Perubatan, Universiti Malaya Apakah itu virus? Virus ialah organisma yang sangat kecil, terdiri daripada bahan genetik sama ada DNA atau RNA, dan dikelilingi oleh lapisan protein. Virus memerlukan perumah yang hidup, seperti manusia atau haiwan, untuk hidup dan membiak (Villarreal, L. P., 2004). Walaupun kebanyakan virus tidak menyebabkan kanser, terdapat tujuh jenis virus yang telah terbukti boleh menyebabkan beberapa jenis kanser pada manusia (atau dikenali sebagai virus onkogenik). Virus tersebut ialah Virus Hepatitis B (HBV), Virus Hepatitis C (HCV), Virus Epstein–Barr (EBV), virus papilloma (HPV), virus Herpesvirus-8 (HHV-8), Merkel cell polyomavirus (MCPyV), dan human T-cell lymphotropic virus type 1 (HTLV-1). Secara ringkasnya, hanya sebahagian kecil virus sahaja yang diketahui boleh menyebabkan kanser pada manusia. Bagaimana ia boleh menyebabkan kanser? Kebanyakan orang yang dijangkiti virus onkogenik tidak akan mengalami kanser, walaupun jangkitan virus tersebut boleh kekal dalam badan selama bertahun-tahun atau bahkan berdekad sebelum kanser muncul (Xiao et al., 2025). Individu yang mempunyai sistem imun yang lemah, seperti pesakit HIV, penerima pemindahan organ, pesakit diabetes mellitus yang tidak terkawal, mereka yang menerima terapi kortikosteroid (ubat anti-radang) untuk tempoh jangka panjang, atau pesakit yang sudah mempunyai kanser, mempunyai risiko yang jauh lebih tinggi untuk mendapat kanser selepas jangkitan tersebut (Schulz, 2009). Berikut ialah beberapa virus yang boleh menyebabkan kanser: 1-Virus Hepatitis B (HBV) dan Risiko Kanser Hati Virus Hepatitis B merupakan salah satu penyebab kanser hati. Kajian menunjukkan bahawa kira-kira 10-25% pesakit dengan jangkitan kronik virus Hepatitis B meninggal dunia akibat kanser hati atau sirosis hati (McGlynn KA., 2015). Apa yang berlaku ialah virus HBV mengintegrasikan DNA-nya ke dalam sel hati manusia, merangsang pembiakan virus dan menyebabkan mutasi pada sel hati. Jangkitan HBV yang berpanjangan juga menyebabkan keradangan yang didorong oleh sistem imun, seterusnya membawa kepada fibrosis pada tisu hati. Keadaan ini merosakkan sel hati dan meningkatkan risiko kanser, dengan Individu yang dijangkiti sejak lahir atau pada awal kanak-kanak menghadapi risiko paling tinggi (Jiang Y, et al., 2021). 2-Virus Epstein–Barr (EBV) Virus Epstein–Barr ialah sejenis virus herpes yang menyebabkan penyakit mononukleosis berjangkit. Virus ini merebak melalui air liur, contohnya melalui batuk, bersin, atau perkongsian minuman dan peralatan makan. Virus Epstein–Barr boleh kekal dalam tubuh manusia untuk tempoh yang lama atau sepanjang hayat (Kraus, R. J. et al., 2001). Virus ini hidup dalam sel manusia yang dipanggil B-limfosit (Küppers, R. B. et al., 2003). Kajian telah menemui virus Epstein–Barr dalam tisu kanser pesakit limfoma, terutamanya dalam kalangan pesakit warga emas (Castillo, J. J. et al., 2011). Malah, virus Epstein–Barr berkait rapat dengan patogenesis atau pembentukan kanser limfoma sel T dan limfoma sel B (Jones, J. F. et al., 1988; Shibusawa, M. et al., 2021). Selain limfoma, virus Epstein–Barr (EBV) juga meningkatkan risiko kanser nasofaring (kanser di bahagian belakang hidung dan tekak) (Lu et al., 2025) dan kanser gastrik (sekitar 10% kes; Fukayama et al., 2008).Kajian menunjukkan bahawa kanser gastrik yang positif EBV mempunyai tahap protein PD-L1 yang tinggi. Protein ini membolehkan sel kanser mengelak daripada diserang oleh sistem imun. Selain itu, PD-L1 juga didapati menyekat aktiviti sel T limfosit, iaitu sel penting dalam sistem pertahanan badan (Sasaki et al., 2019). 3-Virus papillomavirus Virus papilloma (HPV), yang tergolong dalam keluarga Papillomaviridae, ianya dinamakan papillomavirus kerana ia menyebabkan ketuat atau papilloma (Lutzner, M. A., 1983). HPV boleh membiak pada mulut, tekak dan faraj, dan ia merebak melalui sentuhan kulit ke kulit (Hadi, A., et al., 2023). Terdapat sekurang-kurangnya 12 jenis HPV berisiko tinggi (HPV 16, 18, 31, 33, 35, 39, 45, 51, 52, 58 dan 59) yang boleh menyebabkan kanser. Dalam kalangan jenis ini, HPV16 dan HPV18 adalah penyumbang utama kepada kebanyakan kes kanser yang dikaitan dengan jangkitan HPV (De Martel, C. et al., 2022). Apabila sistem imun seseorang kuat, kebanyakan jangkitan HPV akan hilang dengan sendirinya tanpa menyebabkan kanser kerana sistem imun mampu mengawal virus tersebut. Namun begitu, apabila sistem imun menjadi lemah, jangkitan virus HPV akan kekal bertahun-tahun dalam badan dan akhirnya membawa kepada pembentukan sel kanser (Szymonowicz, K. A., & Chen, J., 2020). 4-Virus Hepatitis C (HCV) Penularan virus Hepatitis C (HCV) berlaku melalui pendedahan kepada darah yang dijangkiti. Sebagai contohnya, perkongsian jarum dalam kalangan penagih dadah, penggunaan peralatan tatu yang tidak disterilkan, atau perkongsian barangan peribadi seperti pisau cukur (Stroffolini, T., & Stroffolini, G., 2024). Apabila seseorang dijangkiti HCV, mereka selalunya tidak menunjukkan sebarang simptom pada peringkat awal jangkitan. Oleh itu, jangkitan ini sering tidak didiagnosis sehingga tanda-tanda kerosakan hati mula muncul. Antara gejala jangkitan HCV termasuk demam, keletihan melampau, air kencing berwarna gelap, jau
Related Posts
Antisipasi Kemarau Panjang, Petani Perlu Mitigasi Risiko Gagal Tanam dan Panen
Antisipasi Kemarau Panjang, Petani Perlu Mitigasi Risiko Gagal Tanam dan Panen
Apa Saja Berita Terkini Hari Ini yang Mengguncang Dunia?
Apa Saja Berita Terkini Hari Ini yang Mengguncang Dunia?
Gempa 6.0 magnitud gegar pesisir pantai timur laut Jepun, tiada amaran tsunami dikeluarkan
Gempa 6.0 magnitud gegar pesisir pantai timur laut Jepun, tiada amaran tsunami dikeluarkan
