FIFA jangka pendapatan AS$14 bilion bagi kitaran 2027–2030

FIFA jangka pendapatan AS$14 bilion bagi kitaran 2027–2030 | Awani Skip to main content Search LIVE Video Malaysia Dunia Politik Hiburan Bisnes Sukan Rancangan Gaya Hidup Lain-Lain Teknologi Podcast Select language BM | EN Search Live Log in [Terkini] Umat Islam di Malaysia sambut Aidilfitri Sabtu Malaysia Caj tukar duit raya jatuh haram jika pertukaran libatkan tambahan nilai – Mufti WP Dunia "Saya masih hidup…" – Benjamin Netanyahu jawab spekulasi kematian Dunia FIFA jangka pendapatan AS$14 bilion bagi kitaran 2027–2030 Advertisement Dunia FIFA jangka pendapatan AS$14 bilion bagi kitaran 2027–2030 Astro AWANI 20/03/2026 | 07:30 MYT Pemandangan Stadium Banorte atau dikenali sebagai Stadium Azteca yang dirakamkan melalui dron. Stadium itu akan menjadi tuan rumah perlawanan pembukaan Piala Dunia FIFA 2026 dan bakal menjadi stadium pertama dalam sejarah yang menganjurkan tiga edisi Piala Dunia (1970, 1986, 2026), di Mexico City, Mexico, 17 Mac 2026. – Gambar fail Reuters PARIS: Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) meramalkan pendapatan rekod sebanyak AS$14 bilion bagi kitaran 2027–2030, menurut kenyataan selepas mesyuarat Majlis pada Khamis, sekali gus menonjolkan kekuatan kewangan Piala Dunia lelaki ketika Presidennya, Gianni Infantino, menyeru keamanan di tengah ketegangan geopolitik global.Pendapatan yang dijangka itu dan diluluskan sebulat suara sebagai sebahagian daripada Laporan Tahunan FIFA 2025, akan dilaburkan semula ke dalam pembangunan bola sepak. Advertisement Pembiayaan pembangunan melalui program FIFA Forward dijangka mencecah AS$2.7 bilion pada kitaran seterusnya — peningkatan lapan kali ganda berbanding tempoh sebelum 2016.“Inilah bukan sekadar angka, tetapi hasil yang nyata,” kata Infantino, sambil menambah bahawa kejayaan Piala Dunia membawa kepada lebih banyak peluang untuk pemain lelaki, wanita, dan remaja, peningkatan infrastruktur serta akses teknologi yang lebih meluas dalam kalangan semua ahli gabungan FIFA.FIFA berkata, Piala Dunia kekal sebagai sumber pendapatan utama, membolehkan apa yang digambarkan Infantino sebagai “sumber luar biasa” disalurkan kembali kepada pembangunan global.Pengumuman unjuran kewangan itu dibuat ketika Infantino sekali lagi menekankan peranan bola sepak dalam memupuk perpaduan.“FIFA tidak boleh menyelesaikan konflik geopolitik, tetapi kami komited menggunakan kuasa bola sepak dan Piala Dunia FIFA untuk membina jambatan dan menggalakkan keamanan ketika memikirkan mereka yang menderita akibat peperangan yang sedang berlaku,” katanya.Beliau turut memaklumkan, FIFA menjangkakan Piala Dunia lelaki berformat baharu dengan 48 pasukan akan berlangsung seperti dijadualkan dan menyeru semua pasukan bertanding dengan “semangat permainan adil dan saling menghormati.”Pada Rabu, ketua bola sepak Iran, Mehdi Taj berkata, pasukan kebangsaan Iran tetap meneruskan persiapan ke Piala Dunia dan tidak berniat menarik diri daripada kejohanan itu, sambil memaklumkan bahawa mereka telah meminta agar perlawanan mereka dimainkan di Mexico. – Agensi Must Watch Video Cara lain mengikuti berita kami Baca Artikel Penuh Berita Terkini Malaysia Caj tukar duit raya jatuh haram jika pertukaran libatkan tambahan nilai – Mufti WP 33 minutes ago Dunia "Saya masih hidup…" – Benjamin Netanyahu jawab spekulasi kematian 1 hour ago Dunia FIFA jangka pendapatan AS$14 bilion bagi kitaran 2027–2030 1 hour ago Dunia Konflik Asia Barat: Presiden Iran beri amaran, pencerobohan AS terhadap Iran bakal runtuhkan sistem perundangan dunia 1 hour ago Malaysia Remaja pecah gegendang telinga, patah hidung akibat mercun bola 2 hours ago Bisnes Anak syarikat Eonmetall cadang jual tanah di Klang berharga RM273.28 juta 2 hours ago Advertisement NEWSLETTER Dapatkan Berita Terkini Berita, sorotan utama, dan segala dari Awani terus ke peti masuk anda. E-mel anda Close LAMAN HIBURAN LAIN POLISI PRIVASI TERMA PENGGUNAAN IKLAN BERSAMA KAMI PELABUR © 2026 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved. Gempak Dapatkan cerita gosip artis & berita hiburan terkini, serta program tempatan Awani Dapatkan berita hari ini dan berita terkini Malaysia, Dunia, Sukan, Hiburan, Teknologi, Gaya Hidup, Automotif, Politik, Foto, Video dan Siaran Langsung TV Xuan Astro’s Chinese channel programme updates, events, celebrity trends, entertainment Hotspot Mandarin news and infotainment platform that takes you to the leading topics Stadium Astro Catch the latest news and updates on local and global sporting events Ulagam Indian entertainment, events hub highlighting Indian top shows and news Rojak Daily Featuring Entertainment, Lifestyle and Kaw!, Malay video section and more Njoi Choose and pay for what you watch with our prepaid service, NJOI. Syok Enjoy Malaysia`s best radio, videos, podcasts, prizes and more! Get SYOK, everything got! Sooka Watch TV shows you sooka online or via app for FREE! Astro Rewards Exclusive privileges and promotions for Astro Subscribers

Tinggalkan Balasan

Alamat email Anda tidak akan dipublikasikan. Ruas yang wajib ditandai *