PM Anwar seru rakyat sambut Aidilfitri secara sederhana | Awani Skip to main content Search LIVE Video Malaysia Dunia Politik Hiburan Bisnes Sukan Rancangan Gaya Hidup Lain-Lain Teknologi Podcast Select language BM | EN Search Live Log in [Terkini] Umat Islam di Malaysia sambut Aidilfitri Sabtu Dunia Penduduk Tehran berbelanja sambut Aidilfitri dan Nowruz di sebalik ketegangan serantau Malaysia Ahmad Zahid seru perkukuh silaturahim sempena Aidilfitri Malaysia PM Anwar luang masa baca kad raya daripada pelajar Advertisement Malaysia PM Anwar seru rakyat sambut Aidilfitri secara sederhana Bernama 20/03/2026 | 18:08 MYT Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bersalaman dengan orang ramai pada program santai akhir Ramadan bersama pimpinan komuniti Permatang Pauh di sini hari ini. – Foto Bernama BUKIT MERTAJAM: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru rakyat Malaysia agar menyambut Aidilfitri secara sederhana dan berhemah dengan mengambil kira cabaran ekonomi semasa serta ketidaktentuan global.Beliau berkata meskipun sambutan Hari Raya Aidilfitri adalah tradisi penting masyarakat Islam di negara ini, rakyat disaran mengelakkan pembaziran dan mengutamakan keperluan asas.Advertisement “Memang kita mahu menyambut Aidilfitri, tetapi saya ingin menasihatkan supaya bersederhana. Jika kebiasaannya menyediakan tujuh jenis kuih, mungkin boleh dikurangkan kepada empat. Begitu juga dengan penyediaan ketupat, tidak perlu berlebihan.“Kita perlu sentiasa beringat dan menyimpan sedikit sebagai langkah berjaga-jaga,” katanya ketika berucap pada program Santai Akhir Ramadan Bersama Pimpinan Komuniti Permatang Pauh di Dewan Orang Ramai Permatang Pasir, di sini, hari ini.Beliau berkata situasi global termasuk konflik antarabangsa memberi kesan kepada kestabilan ekonomi, khususnya membabitkan bekalan minyak dan gas.“Tengok sahaja peperangan yang berlaku, ia memberi kesan kepada harga minyak dan gas. Kita masih mampu bertahan kerana pengurusan yang baik, namun rakyat perlu terus berwaspada dan berbelanja secara berhemah,” katanya.Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata amalan berjimat cermat penting bagi memastikan kestabilan kewangan isi rumah, terutama ketika berdepan kenaikan harga barangan akibat gangguan rantaian bekalan global.Beliau yang dalam lawatan kerja singkat ke Pulau Pinang hari ini turut mengingatkan bahawa Ramadan seharusnya menjadi medan latihan untuk membentuk disiplin diri, termasuk dalam mengawal perbelanjaan.Umat Islam di Malaysia dijangka menyambut Aidilfitri esok.– BERNAMA Topic Berkaitan #anwar ibrahim #Aidilfitri #sederhana #Ekonomi Must Watch Video Cara lain mengikuti berita kami Baca Artikel Penuh Berita Terkini Dunia Penduduk Tehran berbelanja sambut Aidilfitri dan Nowruz di sebalik ketegangan serantau 1 hour ago Malaysia Ahmad Zahid seru perkukuh silaturahim sempena Aidilfitri 1 hour ago Malaysia PM Anwar luang masa baca kad raya daripada pelajar 1 hour ago Dunia China komited teruskan usaha pengantaraan bagi tamatkan konflik di Asia Barat 1 hour ago Dunia Dr Naseem kongsi detik hiba berkhidmat untuk pesakit kronik di Hospital Gaza 1 hour ago Malaysia Tak sangka PM Anwar masih ingat – Sahabat 1 hour ago Advertisement NEWSLETTER Dapatkan Berita Terkini Berita, sorotan utama, dan segala dari Awani terus ke peti masuk anda. E-mel anda Close LAMAN HIBURAN LAIN POLISI PRIVASI TERMA PENGGUNAAN IKLAN BERSAMA KAMI PELABUR © 2026 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved. Gempak Dapatkan cerita gosip artis & berita hiburan terkini, serta program tempatan Awani Dapatkan berita hari ini dan berita terkini Malaysia, Dunia, Sukan, Hiburan, Teknologi, Gaya Hidup, Automotif, Politik, Foto, Video dan Siaran Langsung TV Xuan Astro’s Chinese channel programme updates, events, celebrity trends, entertainment Hotspot Mandarin news and infotainment platform that takes you to the leading topics Stadium Astro Catch the latest news and updates on local and global sporting events Ulagam Indian entertainment, events hub highlighting Indian top shows and news Rojak Daily Featuring Entertainment, Lifestyle and Kaw!, Malay video section and more Njoi Choose and pay for what you watch with our prepaid service, NJOI. Syok Enjoy Malaysia`s best radio, videos, podcasts, prizes and more! Get SYOK, everything got! Sooka Watch TV shows you sooka online or via app for FREE! Astro Rewards Exclusive privileges and promotions for Astro Subscribers
PM Anwar seru rakyat sambut Aidilfitri secara sederhana
