Dr Naseem kongsi detik hiba berkhidmat untuk pesakit kronik di Hospital Gaza

Dr Naseem kongsi detik hiba berkhidmat untuk pesakit kronik di Hospital Gaza | Awani Skip to main content Search LIVE Video Malaysia Dunia Politik Hiburan Bisnes Sukan Rancangan Gaya Hidup Lain-Lain Teknologi Podcast Select language BM | EN Search Live Log in [Terkini] Umat Islam di Malaysia sambut Aidilfitri Sabtu Malaysia MPOB lancar portal harga minyak masak terpakai, perkasa ekonomi kitaran Malaysia Nahas dua kenderaan di Jeli ragut nyawa anak Editor Kanan Astro AWANI Malaysia Kebahagiaan perlukan ketabahan dan belas kasihan dalam menghadapi cabaran global Advertisement Dunia Dr Naseem kongsi detik hiba berkhidmat untuk pesakit kronik di Hospital Gaza Seth Akmal 20/03/2026 | 18:20 MYT “Dari sudut emosi, perasaan itu sangat berat; sedih, kecewa, malah kadangkala timbul rasa bersalah kerana tidak dapat membantu sepenuhnya seperti yang diharapkan,” kata Dr Naseem. – Gambar ihsan MERCY Malaysia. KUALA LUMPUR: Pakar Maksilofasial, Dr Naseem Ghazali, merupakan antara lima pakar perubatan dari Malaysia yang berkhidmat di Hospital Al-Shifa, Gaza selama tiga minggu pada Februari lalu.Berpengalaman sebagai pakar perunding pembedahan mulut, maksilofasial serta kepala dan leher, beliau menyifatkan pengalaman pertama berkhidmat di zon konflik jauh lebih mencabar.Advertisement “Kita menerima pesakit yang mengalami jangkitan melibatkan benda asing dalam badan, seperti luka akibat serpihan bom yang tertanam dalam tempoh yang lama.“Saya juga agak terkejut melihat jumlah kes ketumbuhan, sama ada jinak atau ganas, di bahagian kepala dan leher pesakit ternyata lebih tinggi daripada jangkaan,” katanya ketika wawancara bersama Astro AWANI secara dalam talian semalam.Dr Naseem turut mengesahkan kebanyakan pesakit kerap mengalami jangkitan gigi dan muka akibat kesukaran mendapatkan rawatan di zon darurat tersebut.Namun apa yang mendukacitakan beliau ialah petugas kesihatan berdepan kesukaran kerana kekurangan peralatan untuk merawat pesakit.Malah, di sebalik tanggungjawab, keterbatasan peralatan dan kepakaran menyebabkan beberapa pesakit tidak dapat dirawat sepenuhnya.“Ada pesakit yang memerlukan rawatan susulan selepas pembedahan, seperti fisioterapi untuk pemulihan. Persoalannya, adakah perkhidmatan itu tersedia untuk menyokong mereka? Hakikatnya, dalam banyak keadaan, ia tidak mencukupi,” katanya.Di sebalik segala kepayahan dalam tempoh singkat itu, Dr Naseem bersama barisan pakar lain termasuk seorang ketua pasukan, pakar obstetrik dan ginekologi, pakar maksilofasial serta seorang jururawat pakar terus komited menjalankan tugas mereka. Image Kebanyakan pesakit kerap mengalami jangkitan gigi dan muka akibat kesukaran mendapatkan rawatan di zon darurat tersebut. – Gambar ihsan MERCY Malaysia Menurut beliau, hampir 40 hingga 50 pesakit sehari berjaya dirawat di satu-satunya hospital yang menyediakan rawatan maksilofasial di Gaza.“Dari sudut emosi, perasaan itu sangat berat; sedih, kecewa, malah kadangkala timbul rasa bersalah kerana tidak dapat membantu sepenuhnya seperti yang diharapkan.“Namun, dalam saat-saat itu, kita belajar untuk berserah kepada Allah dan menerima hakikat bahawa ada batasan yang tidak mampu kita atasi,” katanya.Pada masa sama, Dr Naseem turut berkongsi pengalaman menyampaikan ilmu kepada pelajar di sebuah fakulti pergigian dalam suasana cemas, namun kehadiran pelajar tetap memberangsangkan.“Salah satu matlamat kami bukan sekadar membantu setakat yang mampu di lapangan, tetapi juga memberi tumpuan kepada pembangunan kapasiti.“Ini bermaksud kami berusaha meningkatkan pengetahuan, kemahiran dan keupayaan masyarakat tempatan,” katanya lagi.Kini beliau berkhidmat di Shrewsbury and Telford Hospital NHS Trust (SaTH) di United Kingdom, selain berpengalaman luas membantu mangsa konflik di Kemboja, Nepal dan Maghribi.Namun untuk misi kali ini, beliau berkhidmat di bawah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) MERCY Humanitarian United Kingdom selaku wakil MERCY Malaysia bagi Unit Pasukan Perubatan Kecemasan, yang berada di bawah koordinasi Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dan Kementerian Kesihatan Gaza.  Topic Berkaitan #Palestine #Mercy Must Watch Video Cara lain mengikuti berita kami Baca Artikel Penuh Berita Terkini Malaysia MPOB lancar portal harga minyak masak terpakai, perkasa ekonomi kitaran 7 minutes ago Malaysia Nahas dua kenderaan di Jeli ragut nyawa anak Editor Kanan Astro AWANI 28 minutes ago Malaysia Kebahagiaan perlukan ketabahan dan belas kasihan dalam menghadapi cabaran global 37 minutes ago Dunia Konflik Asia Barat: Prabowo gesa tingkat kewaspadaan, guna tenaga secara berhemat 1 hour ago Dunia Penduduk Tehran berbelanja sambut Aidilfitri dan Nowruz di sebalik ketegangan serantau 2 hours ago Malaysia Ahmad Zahid seru perkukuh silaturahim sempena Aidilfitri 2 hours ago Advertisement NEWSLETTER Dapatkan Berita Terkini Berita, sorotan utama, dan segala dari Awani terus ke peti masuk anda. E-mel anda Close LAMAN HIBURAN LAIN POLISI PRIVASI TERMA PENGGUNAAN IKLAN BERSAMA KAMI PELABUR © 2026 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved. Gempak Dapatkan cerita gosip artis & berita hiburan terkini, serta program tempatan Awani Dapatkan berita hari ini dan berita terkini Malaysia, Dunia, Sukan, Hiburan, Teknologi, Gaya Hidup, Automotif, Politik, Foto, Video dan Siaran Langsung TV Xuan Astro’s Chinese channel programme updates, events, celebrity trends, entertainment Hotspot Mandarin news and infotainment platform that takes you to the leading topics Stadium Astro Catch the latest news and updates on local and global sporting events Ulagam Indian entertainment, events hub highlighting Indian top shows and news Rojak Daily Featuring Entertainment, Lifestyle and Kaw!, Malay video section and more Njoi Choose and pay for what you watch with our prepaid service, NJOI. Syok Enjoy Malaysia`s best radio, videos, podcasts, prizes and more! Get SYOK, everything got! Sooka Watch TV shows you sooka online or via app for FREE! Astro Rewards Exclusive privileges and promotions for Astro Subscribers

Tinggalkan Balasan

Alamat email Anda tidak akan dipublikasikan. Ruas yang wajib ditandai *