Tak sangka PM Anwar masih ingat – Sahabat

Tak sangka PM Anwar masih ingat – Sahabat | Awani Skip to main content Search LIVE Video Malaysia Dunia Politik Hiburan Bisnes Sukan Rancangan Gaya Hidup Lain-Lain Teknologi Podcast Select language BM | EN Search Live Log in [Terkini] Umat Islam di Malaysia sambut Aidilfitri Sabtu Malaysia MPOB lancar portal harga minyak masak terpakai, perkasa ekonomi kitaran Malaysia Nahas dua kenderaan di Jeli ragut nyawa anak Editor Kanan Astro AWANI Malaysia Kebahagiaan perlukan ketabahan dan belas kasihan dalam menghadapi cabaran global Advertisement Malaysia Tak sangka PM Anwar masih ingat – Sahabat Bernama 20/03/2026 | 18:15 MYT Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menziarahi penduduk Bahri Osman, 82, di Kampung Pelet di sini hari ini. – Foto Bernama BUKIT MERTAJAM: Seorang warga emas dari Kampung Pelet di sini terharu menerima kunjungan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ke kediamannya, sekali gus mengimbau kembali persahabatan lama mereka.Hashim Hamid, 78, berkata Anwar yang juga kenalan lamanya ketika mereka sama-sama aktif dalam UMNO pada 1990-an dan sering bertemu dalam majlis membabitkan parti ialah seorang pemimpin yang mesra rakyat dan tidak kekok bergaul meskipun memegang jawatan tinggi.Advertisement “Beliau seorang yang sangat cergas, malah antara kenangan manis yang masih diingati adalah ketika  kehadiran Anwar dan isteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail ke majlis perkahwinan anak sulung pakcik pada 1995.“Biarpun sudah lebih 30 tahun berlalu, pakcik tak sangka beliau (Anwar) masih ingat dekat pakcik. Terharu bila diberitahu beliau nak datang ke rumah hari ini,” kata bekas Ketua UMNO Cawangan Kampung Pelet itu ketika ditemui pemberita di kediamannya, hari ini.Terdahulu, Anwar selepas menunaikan solat Jumaat di Masjid Jamek As-Syakirin, sempat meluangkan masa selama kira-kira 15 minit menyantuni dua keluarga termasuk Hashim pada Program Ziarah Komuniti Permatang Pasir bersempena dengan lawatan kerja sehari beliau di Pulau Pinang.Meskipun tahap kesihatannya merosot selepas menghidap kencing manis sejak 15 tahun lepas, Hashim yang pernah berkhidmat sebagai askar wataniah masih mempunyai ingatan yang kuat dan menzahirkan rasa gembira dapat bertemu Perdana Menteri.Sementara itu, Raihani Bahari, 49, mengakui terkejut dengan kehadiran Perdana Menteri menziarahi bapanya Bahari Osman, 82, yang terlantar kerana penyakit darah tinggi.“Ayah baru keluar hospital Selasa lepas dan kini terpaksa bergantung kepada tangki oksigen. Sebenarnya pagi semalam saya ke Pusat Khidmat Rakyat Permatang Pauh di Yayasan Aman nak mohon bantuan kerusi roda untuk ayah.“Namun, tak sangka pula hari ini Perdana Menteri sendiri nak datang jumpa ayah. Rasa macam tak percaya mulanya ingat ada orang nak scam tapi rupanya betul, memang rezeki ayah,” katanya.Anak kedua daripada lima beradik itu berkata bapanya menghidap penyakit itu sejak 20 tahun lepas dan tinggal berdua bersama ibunya Puteh Man, 75.– BERNAMA Topic Berkaitan #anwar ibrahim #ziarah #kenalan #Kampung Pelet Must Watch Video Cara lain mengikuti berita kami Baca Artikel Penuh Berita Terkini Malaysia MPOB lancar portal harga minyak masak terpakai, perkasa ekonomi kitaran 3 minutes ago Malaysia Nahas dua kenderaan di Jeli ragut nyawa anak Editor Kanan Astro AWANI 24 minutes ago Malaysia Kebahagiaan perlukan ketabahan dan belas kasihan dalam menghadapi cabaran global 33 minutes ago Dunia Konflik Asia Barat: Prabowo gesa tingkat kewaspadaan, guna tenaga secara berhemat 1 hour ago Dunia Penduduk Tehran berbelanja sambut Aidilfitri dan Nowruz di sebalik ketegangan serantau 2 hours ago Malaysia Ahmad Zahid seru perkukuh silaturahim sempena Aidilfitri 2 hours ago Advertisement NEWSLETTER Dapatkan Berita Terkini Berita, sorotan utama, dan segala dari Awani terus ke peti masuk anda. E-mel anda Close LAMAN HIBURAN LAIN POLISI PRIVASI TERMA PENGGUNAAN IKLAN BERSAMA KAMI PELABUR © 2026 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved. Gempak Dapatkan cerita gosip artis & berita hiburan terkini, serta program tempatan Awani Dapatkan berita hari ini dan berita terkini Malaysia, Dunia, Sukan, Hiburan, Teknologi, Gaya Hidup, Automotif, Politik, Foto, Video dan Siaran Langsung TV Xuan Astro’s Chinese channel programme updates, events, celebrity trends, entertainment Hotspot Mandarin news and infotainment platform that takes you to the leading topics Stadium Astro Catch the latest news and updates on local and global sporting events Ulagam Indian entertainment, events hub highlighting Indian top shows and news Rojak Daily Featuring Entertainment, Lifestyle and Kaw!, Malay video section and more Njoi Choose and pay for what you watch with our prepaid service, NJOI. Syok Enjoy Malaysia`s best radio, videos, podcasts, prizes and more! Get SYOK, everything got! Sooka Watch TV shows you sooka online or via app for FREE! Astro Rewards Exclusive privileges and promotions for Astro Subscribers

Tinggalkan Balasan

Alamat email Anda tidak akan dipublikasikan. Ruas yang wajib ditandai *