Anak muda turun padang bantu miskin bandar ketika Ramadan | Awani Skip to main content Search LIVE Video Malaysia Dunia Politik Hiburan Bisnes Sukan Rancangan Gaya Hidup Lain-Lain Teknologi Podcast Select language BM | EN Search Live Log in [Terkini] Umat Islam di Malaysia sambut Aidilfitri Sabtu Malaysia Agong, Raja Permaisuri sampai ucapan Aidilfitri Malaysia Anak muda turun padang bantu miskin bandar ketika Ramadan Dunia Konflik Asia Barat: Serangan Iran ke atas pangkalan tentera AS sebabkan kerosakan AS$800 juta Advertisement Malaysia Anak muda turun padang bantu miskin bandar ketika Ramadan Seth Akmal 21/03/2026 | 07:01 MYT Kemuncak majlis Malam Tujuh Likur menyaksikan para sukarelawan Dapur Jalanan Kuala Lumpur berarak di Jalan Petaling pada minggu lalu. – Astro AWANI/Shahir Omar KUALA LUMPUR: Aktivisme anak muda merupakan ekspresi golongan remaja yang tidak pernah terhenti, hatta ketika berada dalam bulan suci Ramadan.Bersempena minggu terakhir Ramadan, sukarelawan Dapur Jalanan Kuala Lumpur (DJKL) sekali lagi melaksanakan program Malam Tujuh Likur bagi berkongsi kebahagiaan bersama golongan rentan di ibu kota pada minggu lalu.Advertisement DJKL yang telah beroperasi sejak 2013 dan lazimnya menjalankan aktiviti pada setiap Ahad akan menghentikan operasi sepanjang bulan Ramadan namun, program Malam Tujuh Likur tetap diteruskan setiap tahun bagi membantu golongan yang memerlukan. Image Pengunjung yang hadir turut berpeluang bermain bunga api selepas selesai menjamu warga miskin kota. Gambar Astro AWANI/Shahir Omar. Seawal jam 6 petang, para sukarelawan telah berada di Jalan Panggung di tengah ibu kota bagi menyediakan juadah berbuka puasa seperti nasi arab, martabak dan minuman yang telah disiapkan lebih awal.Aktiviti seperti ini sering menjadi ruang kepada golongan muda, khususnya Generasi Z, untuk melibatkan diri dalam kerja-kerja kebajikan dan gerak kerja sosial.Raja Rania Farhanah R. Zainal Abidin berusia 21 tahun berperanan selaku koordinator sukarelawan berpendapat walaupun sumbangan DJKL mungkin dilihat kecil namun ia tetap dapat membantu golongan rentan.“Apabila saya dapat melibatkan diri dengan DJKL saya gembira dapat berinteraksi dengan komuniti (warga miskin kota) seolah-olah niat untuk membantu mereka terlaksana,” kata Rania.Manakala, Khairom Muzaffar Baharom, 28 tahun berkerjaya sebagai akauntan di sektor swasta menyifatkan peranannya di DJKL cukup memberikan kepuasan walau tanpa pulangan.“Saya berpendapat kerana latar belakang daripada dunia korporat menyebabkan saya terpanggil untuk membantu warga miskin kota, pulangan aktiviti kami ini bukan berbentuk wang, sebaliknya kepuasan dari sudut kerohanian,” kata Khairom. Image Seawal jam 6 petang para sukarelawan menyediakan juadah berbuka puasa. Gambar Astro AWANI/Shahir Omar. Pada majlis kali ini, DJKL turut berkongsi barangan keperluan antaranya kain pelikat, kain batik, tuala kecil, minyak wangi, syampu, sabun, berus dan ubat gigi, beg barangan serta tuala wanita, dengan jumlah keseluruhan sebanyak 1,010 unit.Kemuncak majlis tersebut diserikan dengan perarakan para sukarelawan yang mengelilingi Jalan Petaling di tengah ibu kota.Kawasan yang lazimnya sibuk dengan aktiviti pelancongan dan perniagaan itu kali ini disemarakkan dengan cahaya obor pelita yang dibawa para sukarelawan, sekali gus menghidupkan suasana desa di tengah-tengah bandar. Topic Berkaitan #Dapur Jalanan #miskin #Gen Z #Ramadan Must Watch Video Cara lain mengikuti berita kami Baca Artikel Penuh Berita Terkini Malaysia Agong, Raja Permaisuri sampai ucapan Aidilfitri 58 minutes ago Malaysia Anak muda turun padang bantu miskin bandar ketika Ramadan 1 hour ago Dunia Konflik Asia Barat: Serangan Iran ke atas pangkalan tentera AS sebabkan kerosakan AS$800 juta 1 hour ago Dunia Konflik Asia Barat: Qatar, Jordan dan Mesir kecam serangan Israel di selatan Syria 1 hour ago Dunia Iran beri amaran: Pegawai AS, Israel tidak lagi selamat 1 hour ago Dunia Puteri Mahkota Norway akhirnya bersuara, dakwa diperdaya dan dimanipulasi Epstein 1 hour ago Advertisement NEWSLETTER Dapatkan Berita Terkini Berita, sorotan utama, dan segala dari Awani terus ke peti masuk anda. E-mel anda Close LAMAN HIBURAN LAIN POLISI PRIVASI TERMA PENGGUNAAN IKLAN BERSAMA KAMI PELABUR © 2026 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved. Gempak Dapatkan cerita gosip artis & berita hiburan terkini, serta program tempatan Awani Dapatkan berita hari ini dan berita terkini Malaysia, Dunia, Sukan, Hiburan, Teknologi, Gaya Hidup, Automotif, Politik, Foto, Video dan Siaran Langsung TV Xuan Astro’s Chinese channel programme updates, events, celebrity trends, entertainment Hotspot Mandarin news and infotainment platform that takes you to the leading topics Stadium Astro Catch the latest news and updates on local and global sporting events Ulagam Indian entertainment, events hub highlighting Indian top shows and news Rojak Daily Featuring Entertainment, Lifestyle and Kaw!, Malay video section and more Njoi Choose and pay for what you watch with our prepaid service, NJOI. Syok Enjoy Malaysia`s best radio, videos, podcasts, prizes and more! Get SYOK, everything got! Sooka Watch TV shows you sooka online or via app for FREE! Astro Rewards Exclusive privileges and promotions for Astro Subscribers
Anak muda turun padang bantu miskin bandar ketika Ramadan
