AS kerah pasukan udara serangan untuk buka semula Selat Hormuz – Laporan | Awani Skip to main content Search LIVE Video Malaysia Dunia Politik Hiburan Bisnes Sukan Rancangan Gaya Hidup Lain-Lain Teknologi Podcast Select language BM | EN Search Live Log in [Terkini] Umat Islam di Malaysia sambut Aidilfitri Sabtu Dunia 10 maut, 59 cedera dalam kebakaran kilang alat ganti automotif di Daejeon Dunia Juri putuskan Elon Musk mengelirukan pelabur Twitter dalam pengambilalihan 2022 Dunia Konflik Asia Barat: Trump bertegas tolak gencatan senjata, Khamenei sambut Nowruz dengan amaran keras Advertisement Dunia AS kerah pasukan udara serangan untuk buka semula Selat Hormuz – Laporan Bernama 21/03/2026 | 00:07 MYT Amerika Syarikat (AS) dan sekutunya mengerahkan pasukan udara serangan, termasuk pesawat serangan A-10 dan helikopter Apache, bagi menyasarkan tentera laut Iran serta dron sebagai sebahagian daripada operasi untuk memulihkan laluan perkapalan melalui Selat Hormuz. – Foto REUTERS/Ammar Awad MOSCOW: Amerika Syarikat (AS) dan sekutunya mengerahkan pasukan udara serangan, termasuk pesawat serangan A-10 dan helikopter Apache, bagi menyasarkan tentera laut Iran serta dron sebagai sebahagian daripada operasi untuk memulihkan laluan perkapalan melalui Selat Hormuz, lapor The Wall Street Journal memetik pegawai tentera AS, menurut Sputnik/RIA Novosti.Pesawat A-10 dilaporkan menyerang bot berkelajuan tinggi di selat tersebut, manakala helikopter Apache terlibat dalam memusnahkan dron yang didakwa digunakan Iran untuk menyerang kapal dan infrastruktur di rantau itu, menurut laporan akhbar berkenaan pada Khamis.Advertisement “Pesawat A-10 Warthog kini beroperasi di sepanjang sayap selatan, menyasarkan bot tempur laju di Selat Hormuz,” kata Jeneral Tentera Udara AS Dan Caine kepada pemberita sambil menambah bahawa helikopter Apache “telah menyertai pertempuran di sayap selatan”.Kempen itu merupakan sebahagian daripada pelan pelbagai fasa Pentagon untuk mengurangkan ancaman yang ditimbulkan oleh bot laju, periuk api dan peluru berpandu jelajah Iran, tambah laporan itu.Pada 28 Feb, AS dan Israel melancarkan serangan ke atas sasaran di Iran termasuk di Tehran, yang menyebabkan kerosakan dan korban awam. Iran bertindak balas dengan menyerang wilayah Israel serta fasiliti tentera AS di rantau Asia Barat.Peningkatan ketegangan terhadap Iran telah menyebabkan laluan perkapalan di Selat Hormuz terhenti secara de facto, iaitu laluan penting bagi penghantaran minyak dan gas asli cecair dari negara Teluk Parsi ke pasaran global, sekali gus menjejaskan eksport dan pengeluaran minyak di rantau itu.– BERNAMA-SPUTNIK/RIA NOVOSTI Topic Berkaitan #Amerika Syarikat #pasukan udara serangan #selat hormuz #helikopter Apache Must Watch Video Cara lain mengikuti berita kami Baca Artikel Penuh Berita Terkini Dunia 10 maut, 59 cedera dalam kebakaran kilang alat ganti automotif di Daejeon 1 hour ago Dunia Juri putuskan Elon Musk mengelirukan pelabur Twitter dalam pengambilalihan 2022 1 hour ago Dunia Konflik Asia Barat: Trump bertegas tolak gencatan senjata, Khamenei sambut Nowruz dengan amaran keras 1 hour ago Malaysia Jenazah anak Editor Kanan Astro AWANI disemadi hari ini 1 hour ago Malaysia Agong, Raja Permaisuri sampai ucapan Aidilfitri 2 hours ago Malaysia Anak muda turun padang bantu miskin bandar ketika Ramadan 2 hours ago Advertisement NEWSLETTER Dapatkan Berita Terkini Berita, sorotan utama, dan segala dari Awani terus ke peti masuk anda. E-mel anda Close LAMAN HIBURAN LAIN POLISI PRIVASI TERMA PENGGUNAAN IKLAN BERSAMA KAMI PELABUR © 2026 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved. Gempak Dapatkan cerita gosip artis & berita hiburan terkini, serta program tempatan Awani Dapatkan berita hari ini dan berita terkini Malaysia, Dunia, Sukan, Hiburan, Teknologi, Gaya Hidup, Automotif, Politik, Foto, Video dan Siaran Langsung TV Xuan Astro’s Chinese channel programme updates, events, celebrity trends, entertainment Hotspot Mandarin news and infotainment platform that takes you to the leading topics Stadium Astro Catch the latest news and updates on local and global sporting events Ulagam Indian entertainment, events hub highlighting Indian top shows and news Rojak Daily Featuring Entertainment, Lifestyle and Kaw!, Malay video section and more Njoi Choose and pay for what you watch with our prepaid service, NJOI. Syok Enjoy Malaysia`s best radio, videos, podcasts, prizes and more! Get SYOK, everything got! Sooka Watch TV shows you sooka online or via app for FREE! Astro Rewards Exclusive privileges and promotions for Astro Subscribers
AS kerah pasukan udara serangan untuk buka semula Selat Hormuz – Laporan
