Puteri Mahkota Norway akhirnya bersuara, dakwa diperdaya dan dimanipulasi Epstein

Puteri Mahkota Norway akhirnya bersuara, dakwa diperdaya dan dimanipulasi Epstein | Awani Skip to main content Search LIVE Video Malaysia Dunia Politik Hiburan Bisnes Sukan Rancangan Gaya Hidup Lain-Lain Teknologi Podcast Select language BM | EN Search Live Log in [Terkini] Umat Islam di Malaysia sambut Aidilfitri Sabtu Dunia 10 maut, 59 cedera dalam kebakaran kilang alat ganti automotif di Daejeon Dunia Juri putuskan Elon Musk mengelirukan pelabur Twitter dalam pengambilalihan 2022 Dunia Konflik Asia Barat: Trump bertegas tolak gencatan senjata, Khamenei sambut Nowruz dengan amaran keras Advertisement Dunia Puteri Mahkota Norway akhirnya bersuara, dakwa diperdaya dan dimanipulasi Epstein Astro AWANI 21/03/2026 | 06:15 MYT Mette-Marit menegaskan tidak mengetahui sepenuhnya sejarah jenayah Epstein ketika mereka berhubung. – Foto fail/REUTERS OSLO: Puteri Mahkota Norway, Mette-Marit, akhirnya tampil memberi penjelasan selepas tujuh minggu kontroversi, dengan mengakui beliau berasa “dimanipulasi dan diperdaya” oleh pesalah seks Amerika Syarikat (AS), Jeffrey Epstein.Dalam wawancara 20 minit bersama penyiar nasional NRK, Mette-Marit, yang kelihatan sebak beberapa kali, berkata beliau amat kesal pernah mengenali Epstein.Advertisement “Saya berasa sangat dimanipulasi… Sudah tentu saya berharap saya tidak pernah bertemu dengannya,” katanya.Pendedahan pada Januari lalu bahawa beliau berbalas ratusan e‑mel dengan Epstein antara 2011 dan 2014, termasuk pernah menginap di rumah Epstein di Florida, mencetuskan tekanan hebat ke atas institusi diraja Norway.Puteri Mahkota mengakui beliau gagal menyemak latar belakang Epstein dengan teliti dan terlalu mempercayai individu tersebut, walaupun ketika itu Epstein sudah pernah dihukum atas jenayah seksual.Ketika ditemu bual bersama suaminya, Putera Mahkota Haakon, beliau menegaskan tidak mengetahui sepenuhnya sejarah jenayah Epstein ketika mereka berhubung.“Saya tidak tahu beliau seorang pesalah seks atau pemangsa,” katanya sambil menambah bahawa beliau menyedari ‘sesuatu yang tidak kena’ pada hari terakhir beliau berada di rumah Epstein dan menghubungi suaminya kerana berasa tidak selamat.Walaupun begitu, hubungan e‑mel antara mereka berlanjutan selepas insiden tersebut, sesuatu yang kini sangat dikesalinya.Pakar istana Norway berpendapat wawancara itu menimbulkan lebih banyak persoalan kerana Puteri Mahkota tidak menjelaskan sepenuhnya sifat hubungan tersebut, termasuk mengapa istana dan kementerian luar tidak dimaklumkan.Kontroversi ini turut menambah beban kepada Mette-Marit, 52, yang bergelut dengan penyakit paru-paru pulmonary fibrosis, ketika rakyat mempertikaikan kemampuannya menggalas peranan ratu suatu hari nanti.“Saya hidup dengan penyakit serius. Kesihatan sayalah yang menentukan sama ada saya boleh meneruskan tugas ini,” katanya.  Topic Berkaitan #Mette-Marit #Jeffrey Epstein #dimanipulasi #diperdaya Must Watch Video Cara lain mengikuti berita kami Baca Artikel Penuh Berita Terkini Dunia 10 maut, 59 cedera dalam kebakaran kilang alat ganti automotif di Daejeon 1 hour ago Dunia Juri putuskan Elon Musk mengelirukan pelabur Twitter dalam pengambilalihan 2022 1 hour ago Dunia Konflik Asia Barat: Trump bertegas tolak gencatan senjata, Khamenei sambut Nowruz dengan amaran keras 1 hour ago Malaysia Jenazah anak Editor Kanan Astro AWANI disemadi hari ini 1 hour ago Malaysia Agong, Raja Permaisuri sampai ucapan Aidilfitri 2 hours ago Malaysia Anak muda turun padang bantu miskin bandar ketika Ramadan 2 hours ago Advertisement NEWSLETTER Dapatkan Berita Terkini Berita, sorotan utama, dan segala dari Awani terus ke peti masuk anda. E-mel anda Close LAMAN HIBURAN LAIN POLISI PRIVASI TERMA PENGGUNAAN IKLAN BERSAMA KAMI PELABUR © 2026 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved. Gempak Dapatkan cerita gosip artis & berita hiburan terkini, serta program tempatan Awani Dapatkan berita hari ini dan berita terkini Malaysia, Dunia, Sukan, Hiburan, Teknologi, Gaya Hidup, Automotif, Politik, Foto, Video dan Siaran Langsung TV Xuan Astro’s Chinese channel programme updates, events, celebrity trends, entertainment Hotspot Mandarin news and infotainment platform that takes you to the leading topics Stadium Astro Catch the latest news and updates on local and global sporting events Ulagam Indian entertainment, events hub highlighting Indian top shows and news Rojak Daily Featuring Entertainment, Lifestyle and Kaw!, Malay video section and more Njoi Choose and pay for what you watch with our prepaid service, NJOI. Syok Enjoy Malaysia`s best radio, videos, podcasts, prizes and more! Get SYOK, everything got! Sooka Watch TV shows you sooka online or via app for FREE! Astro Rewards Exclusive privileges and promotions for Astro Subscribers

Tinggalkan Balasan

Alamat email Anda tidak akan dipublikasikan. Ruas yang wajib ditandai *