Rumah Terbuka Aidilfitri semai semangat muhibah

Rumah Terbuka Aidilfitri semai semangat muhibah | Awani Skip to main content Search LIVE Video Malaysia Dunia Politik Hiburan Bisnes Sukan Rancangan Gaya Hidup Lain-Lain Teknologi Podcast Select language BM | EN Search Live Log in [Terkini] Umat Islam di Malaysia sambut Aidilfitri Sabtu Dunia Lapangan Terbang Soekarno-Hatta Indonesia kekal 10 terbaik dunia bagi perkhidmatan Imigresen Dunia AS “hampir capai” objektif di Iran, pertimbang kurangkan operasi ketenteraan – Trump Malaysia Guan Eng henti kenyataan awam isu cukai tanah Pulau Pinang Advertisement Malaysia Rumah Terbuka Aidilfitri semai semangat muhibah Bernama 21/03/2026 | 17:00 MYT Lebih 20,000 pengunjung membanjiri Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Menteri Besar Johor yang berlangsung di kediaman rasminya di Saujana, hari ini. – Foto Bernama KUALA LUMPUR: Tradisi rumah terbuka Aidilfitri terus menyemai semangat muhibah dengan sambutan di beberapa negeri berlangsung meriah.Di SARAWAK, orang ramai membanjiri pekarangan Astana Negeri, Kuching bermula 9 pagi bagi menghadiri Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri anjuran Yang Dipertua Negeri Sarawak Tun Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar serta Toh Puan Fauziah Mohd Sanusi.Advertisement Tetamu daripada pelbagai lapisan masyarakat, usia, kaum dan agama disajikan dengan aneka juadah selain mengambil peluang untuk beramah mesra dengan pemimpin negeri.Di JOHOR, rakyat pelbagai kaum mengunjungi Rumah Terbuka Aidilfitri Menteri Besar Datuk Onn Hafiz Ghazi di Saujana, Johor Bahru seawal 8 pagi.Orang ramai dijamu dengan pelbagai juadah tradisional dan moden termasuk ketupat, lemang, rendang, soto dan mi rebus selain kuih-muih dan pelbagai minuman.Di NEGERI SEMBILAN, Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz Tuanku Munawir dan Tunku Ampuan Besar Tuanku Aishah Rohani berangkat ke Majlis Istana Terbuka Aidilfitri di Istana Besar Seri Menanti, Kuala Pilah.Hadir sama Menteri Besar Datuk Seri Aminuddin Harun dan barisan Exco kerajaan negeri.Majlis dimeriahkan dengan pelbagai juadah tradisional selain pengunjung turut mengambil peluang merakam kenangan di pekarangan istana. Image Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz Tuanku Munawir (tengah) berkenan beramah mesra bersama tetamu kenamaan pada Majlis Istana Terbuka sempena Aidilfitri di Istana Besar Seri Menanti, hari ini. – Foto Bernama Sementara itu, di PERLIS, kira-kira 8,000 tetamu menghadiri Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri @ Istana Arau yang berlangsung dalam suasana meriah dan penuh muhibah.Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail berkenan mencemar duli menyantuni pengunjung serta menyampaikan duit raya dengan diiringi Raja Perempuan Perlis Tuanku Tengku Fauziah Almarhum Tengku Abdul Rashid dan kerabat diraja.Majlis dimeriahkan dengan pelbagai juadah tradisional dan rata-rata pengunjung menyifatkan penganjurannya sebagai pengalaman bermakna yang mengeratkan hubungan rakyat dengan institusi diraja.Pengunjung Mohd Faizal Ahmad, 35, dari Kangar berkata teruja dapat hadir dengan keluarga kerana berpeluang merasai suasana rumah terbuka di istana.Di PERAK, keberangkatan tiba Sultan Perak Sultan Nazrin Shah dan Raja Permaisuri Perak Tuanku Zara Salim pada 3.10 petang menyerikan majlis sambutan Aidilfitri peringkat negeri di Stadium Indera Mulia, Ipoh.Baginda berdua turut berkenan menyampaikan sumbangan duit raya kepada 69 kanak-kanak daripada Persatuan Anak-Anak Yatim Soleha Tanjung Tualang, The Salvation Army Ipoh Childrens Home Care Centre, The Salvation Army Ipoh Boy’s Home Care Centre dan Rumah Kanak-Kanak Sultan Abdul Aziz, Kuala Kangsar.Selain itu, Sultan Nazrin dan Tuanku Zara berkenan meninjau gerai-gerai di pekarangan stadium serta menyantuni orang ramai yang hadir sebelum berangkat pulang. Image Sultan Perak Sultan Nazrin Shah bersama Raja Permaisuri Perak Tuanku Zara Salim berkenan berangkat ke Sambutan Hari Raya Aidilfitri Negeri Perak Tahun 2026 di Stadium Indera Mulia di sini, hari ini. – Foto Bernama — BERNAMA Topic Berkaitan #Aidilfitri #Rumah terbuka #meriah Must Watch Video Cara lain mengikuti berita kami Baca Artikel Penuh Berita Terkini Dunia Lapangan Terbang Soekarno-Hatta Indonesia kekal 10 terbaik dunia bagi perkhidmatan Imigresen 15 minutes ago Dunia AS “hampir capai” objektif di Iran, pertimbang kurangkan operasi ketenteraan – Trump 1 hour ago Malaysia Guan Eng henti kenyataan awam isu cukai tanah Pulau Pinang 1 hour ago Malaysia MOTAC mulakan konsultasi dengan MoF tangani kesan kenaikan diesel – Tiong 1 hour ago Hiburan Ella teruja, bakal tunai umrah bersama 12 staf pada bulan Syawal 1 hour ago Malaysia Polis buru tiga suspek pecah masuk rumah 1 hour ago Advertisement NEWSLETTER Dapatkan Berita Terkini Berita, sorotan utama, dan segala dari Awani terus ke peti masuk anda. E-mel anda Close LAMAN HIBURAN LAIN POLISI PRIVASI TERMA PENGGUNAAN IKLAN BERSAMA KAMI PELABUR © 2026 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved. Gempak Dapatkan cerita gosip artis & berita hiburan terkini, serta program tempatan Awani Dapatkan berita hari ini dan berita terkini Malaysia, Dunia, Sukan, Hiburan, Teknologi, Gaya Hidup, Automotif, Politik, Foto, Video dan Siaran Langsung TV Xuan Astro’s Chinese channel programme updates, events, celebrity trends, entertainment Hotspot Mandarin news and infotainment platform that takes you to the leading topics Stadium Astro Catch the latest news and updates on local and global sporting events Ulagam Indian entertainment, events hub highlighting Indian top shows and news Rojak Daily Featuring Entertainment, Lifestyle and Kaw!, Malay video section and more Njoi Choose and pay for what you watch with our prepaid service, NJOI. Syok Enjoy Malaysia`s best radio, videos, podcasts, prizes and more! Get SYOK, everything got! Sooka Watch TV shows you sooka online or via app for FREE! Astro Rewards Exclusive privileges and promotions for Astro Subscribers

Tinggalkan Balasan

Alamat email Anda tidak akan dipublikasikan. Ruas yang wajib ditandai *