Guan Eng henti kenyataan awam isu cukai tanah Pulau Pinang | Awani Skip to main content Search LIVE Video Malaysia Dunia Politik Hiburan Bisnes Sukan Rancangan Gaya Hidup Lain-Lain Teknologi Podcast Select language BM | EN Search Live Log in [Terkini] Umat Islam di Malaysia sambut Aidilfitri Sabtu Malaysia Kanak-kanak ditemukan lemas, rakan masih hilang ketika mandi air terjun Malaysia Kanak-kanak lelaki 10 tahun korban terbaharu rabies di Sarawak Dunia Lapangan Terbang Soekarno-Hatta Indonesia kekal 10 terbaik dunia bagi perkhidmatan Imigresen Advertisement Malaysia Guan Eng henti kenyataan awam isu cukai tanah Pulau Pinang Sinar Harian 21/03/2026 | 19:00 MYT Beliau berkata, keputusan itu dibuat bagi memberi ruang kepada perbincangan melibatkan Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke Siew Fook dan Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow. – Gambar fail/Bernama SHAH ALAM: Ahli Parlimen Bagan, Lim Guan Eng akan menghentikan sementara semua kenyataan awam berhubung isu kenaikan cukai tanah di Pulau Pinang sehingga satu mesyuarat tiga pihak diadakan.Beliau berkata, keputusan itu dibuat bagi memberi ruang kepada perbincangan melibatkan Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke Siew Fook dan Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow sebagai usaha mencari penyelesaian terbaik terhadap isu berkenaan.Advertisement Menurutnya, beliau menghargai keprihatinan serta inisiatif Menteri Pengangkutan yang mengatur pertemuan tersebut susulan kontroversi kenaikan cukai tanah di negeri itu tahun melibatkan peningkatan sebahagiannya lebih 3,000 kali ganda.”Sejak cadangan kenaikan ini dikemukakan tahun lalu, saya telah menggunakan semua mekanisme dalaman bersama kerajaan negeri dan Ketua Menteri sebelum menyuarakan ketidaksetujuan secara terbuka.”Sehingga mesyuarat antara kami bertiga diadakan, saya tidak akan membuat sebarang kenyataan awam atau mengadakan sidang media bagi pihak pemilik tanah yang terjejas akibat kenaikan ini,” katanya menerusi hantaran di laman Facebook pada Sabtu.Sebelum ini Anthony dilapor akan mengatur pertemuan antara Kon Yeow dan Guan Eng, bagi menyelesaikan pertikaian berterusan mengenai kadar cukai tanah baharu di negeri ini.Beliau berkata, kepimpinan pusat parti amat bimbang dengan pertelingkahan terbuka dua pemimpin itu yang disifatkan sebagai tidak sihat serta tidak sesuai, terutama dalam keadaan ketidakpastian geopolitik dan ekonomi semasa.Dalam pada itu, Guan Eng memberi jaminan bahawa pejabat Parlimennya di Bagan serta pejabat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Air Putih akan terus beroperasi seperti biasa bagi membantu pemilik tanah terlibat.Jelasnya, bantuan yang disediakan termasuk proses membuat rayuan terhadap kenaikan cukai tanah serta membantu mengisi borang rayuan.”Setakat ini, kedua-dua pejabat saya telah membantu sehingga 800 pemilik tanah,” ujarnya. — Sinar Harian Topic Berkaitan #Lim Guan Eng #cukai tanah #pulau pinang #ANTHONY LOKE Must Watch Video Cara lain mengikuti berita kami Baca Artikel Penuh Berita Terkini Malaysia Kanak-kanak ditemukan lemas, rakan masih hilang ketika mandi air terjun 2 minutes ago Malaysia Kanak-kanak lelaki 10 tahun korban terbaharu rabies di Sarawak 32 minutes ago Dunia Lapangan Terbang Soekarno-Hatta Indonesia kekal 10 terbaik dunia bagi perkhidmatan Imigresen 1 hour ago Dunia AS “hampir capai” objektif di Iran, pertimbang kurangkan operasi ketenteraan – Trump 1 hour ago Malaysia Guan Eng henti kenyataan awam isu cukai tanah Pulau Pinang 2 hours ago Malaysia MOTAC mulakan konsultasi dengan MoF tangani kesan kenaikan diesel – Tiong 2 hours ago Advertisement NEWSLETTER Dapatkan Berita Terkini Berita, sorotan utama, dan segala dari Awani terus ke peti masuk anda. E-mel anda Close LAMAN HIBURAN LAIN POLISI PRIVASI TERMA PENGGUNAAN IKLAN BERSAMA KAMI PELABUR © 2026 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved. Gempak Dapatkan cerita gosip artis & berita hiburan terkini, serta program tempatan Awani Dapatkan berita hari ini dan berita terkini Malaysia, Dunia, Sukan, Hiburan, Teknologi, Gaya Hidup, Automotif, Politik, Foto, Video dan Siaran Langsung TV Xuan Astro’s Chinese channel programme updates, events, celebrity trends, entertainment Hotspot Mandarin news and infotainment platform that takes you to the leading topics Stadium Astro Catch the latest news and updates on local and global sporting events Ulagam Indian entertainment, events hub highlighting Indian top shows and news Rojak Daily Featuring Entertainment, Lifestyle and Kaw!, Malay video section and more Njoi Choose and pay for what you watch with our prepaid service, NJOI. Syok Enjoy Malaysia`s best radio, videos, podcasts, prizes and more! Get SYOK, everything got! Sooka Watch TV shows you sooka online or via app for FREE! Astro Rewards Exclusive privileges and promotions for Astro Subscribers
Guan Eng henti kenyataan awam isu cukai tanah Pulau Pinang
