Ella teruja, bakal tunai umrah bersama 12 staf pada bulan Syawal

Ella teruja, bakal tunai umrah bersama 12 staf pada bulan Syawal | Awani Skip to main content Search LIVE Video Malaysia Dunia Politik Hiburan Bisnes Sukan Rancangan Gaya Hidup Lain-Lain Teknologi Podcast Select language BM | EN Search Live Log in [Terkini] Umat Islam di Malaysia sambut Aidilfitri Sabtu Malaysia Kanak-kanak ditemukan lemas, rakan masih hilang ketika mandi air terjun Malaysia Kanak-kanak lelaki 10 tahun korban terbaharu rabies di Sarawak Dunia Lapangan Terbang Soekarno-Hatta Indonesia kekal 10 terbaik dunia bagi perkhidmatan Imigresen Advertisement Hiburan Ella teruja, bakal tunai umrah bersama 12 staf pada bulan Syawal Gempak 21/03/2026 | 18:30 MYT Ella memilih untuk mengerjakan umrah kerana mahu mengisi sambutan lebaran kali ini dengan ibadah yang lebih bermakna. – Gempak AIDILFITRI tahun ini merupakan sambutan yang berbeza buat Ratu Rock negara, Ella apabila bakal menunaikan ibadah umrah pada Syawal ini.Menurut Ella atau nama sebenarnya Nor Zila Aminuddin, dia memilih untuk mengerjakan umrah kerana mahu mengisi sambutan lebaran kali ini dengan ibadah yang lebih bermakna.Advertisement “Tahun ini saya akan beraya secara sederhana di Muar, Johor dan kemudiannya kami akan mengerjakan umrah sebelum kami ke Doha, Qatar untuk buat showcase di sana.“Ini adalah kali pertama kami mengerjakan umrah dalam Syawal dan pastinya saya teruja, apatah lagi kali ini saya turut membawa pasukan produksi konsert saya terdahulu, bersama.“Tak pernah lagi kami pergi mengerjakan umrah bersama seluruh pasukan saya. Jadi insya-Allah perancangan kali ini dipermudahkan,” katanya kepada Gempak.Lebih manis, Ella bakal menunaikan umrah bersama kira-kira 12 orang staf dari dia pasukan produksinya.“Alang-alang kami dapat peluang ada show di sana, jadi kami beli tiket penerbangan ke Jeddah juga tapi kami tak boleh lama sangat di Jeddah kerana rasanya ia akan ditutup untuk memberi fokus pada jemaah haji pula.“Insya-Allah kami akan meluangkan masa lebih kurang dua hingga tiga hari di Mekah dan empat hari di Madinah. Kemudiannya kami akan terus ke Qatar, tapi di Qatar kami tak pakai band kami, kami menggunakan band di sana,” katanya.Dalam perkembangan lain, Ella dijadualkan bakal mengadakan persembahan solo di Qatar pada 26 April namun ia bergantung dengan perkembangan konflik di Asia Barat. — Gempak  Topic Berkaitan #Ella #tunai umrah #syawal #showcase Must Watch Video Cara lain mengikuti berita kami Baca Artikel Penuh Berita Terkini Malaysia Kanak-kanak ditemukan lemas, rakan masih hilang ketika mandi air terjun 2 minutes ago Malaysia Kanak-kanak lelaki 10 tahun korban terbaharu rabies di Sarawak 32 minutes ago Dunia Lapangan Terbang Soekarno-Hatta Indonesia kekal 10 terbaik dunia bagi perkhidmatan Imigresen 1 hour ago Dunia AS “hampir capai” objektif di Iran, pertimbang kurangkan operasi ketenteraan – Trump 1 hour ago Malaysia Guan Eng henti kenyataan awam isu cukai tanah Pulau Pinang 2 hours ago Malaysia MOTAC mulakan konsultasi dengan MoF tangani kesan kenaikan diesel – Tiong 2 hours ago Advertisement NEWSLETTER Dapatkan Berita Terkini Berita, sorotan utama, dan segala dari Awani terus ke peti masuk anda. E-mel anda Close LAMAN HIBURAN LAIN POLISI PRIVASI TERMA PENGGUNAAN IKLAN BERSAMA KAMI PELABUR © 2026 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved. Gempak Dapatkan cerita gosip artis & berita hiburan terkini, serta program tempatan Awani Dapatkan berita hari ini dan berita terkini Malaysia, Dunia, Sukan, Hiburan, Teknologi, Gaya Hidup, Automotif, Politik, Foto, Video dan Siaran Langsung TV Xuan Astro’s Chinese channel programme updates, events, celebrity trends, entertainment Hotspot Mandarin news and infotainment platform that takes you to the leading topics Stadium Astro Catch the latest news and updates on local and global sporting events Ulagam Indian entertainment, events hub highlighting Indian top shows and news Rojak Daily Featuring Entertainment, Lifestyle and Kaw!, Malay video section and more Njoi Choose and pay for what you watch with our prepaid service, NJOI. Syok Enjoy Malaysia`s best radio, videos, podcasts, prizes and more! Get SYOK, everything got! Sooka Watch TV shows you sooka online or via app for FREE! Astro Rewards Exclusive privileges and promotions for Astro Subscribers

Tinggalkan Balasan

Alamat email Anda tidak akan dipublikasikan. Ruas yang wajib ditandai *