Ketua pendakwa ICC, Karim Khan bebas daripada tuduhan salah laku seksual

Ketua pendakwa ICC, Karim Khan bebas daripada tuduhan salah laku seksual | Awani Skip to main content Search LIVE Video Malaysia Dunia Politik Hiburan Bisnes Sukan Rancangan Gaya Hidup Lain-Lain Teknologi Podcast Select language BM | EN Search Live Log in [Terkini] Umat Islam di Malaysia sambut Aidilfitri Sabtu Dunia Harga minyak boleh cecah AS$150 setong jika perang berlanjutan 10 hari lagi – Pakar Dunia Pelampau penempatan Israel bakar rumah, kenderaan di al‑Funduqumiya, Tebing Barat Dunia Konflik Asia Barat: Israel tutup sekolah, larang perhimpunan besar Advertisement Dunia Ketua pendakwa ICC, Karim Khan bebas daripada tuduhan salah laku seksual Astro AWANI 22/03/2026 | 06:30 MYT Pembersihan nama Khan oleh panel hakim merupakan perkembangan besar dalam kes yang mengakibatkan ketidakpastian panjang di ICC sejak akhir tahun lalu. – Foto X/@IntlCrimCourt THE HAGUE: Ketua Pendakwa Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC), Karim Khan, telah dibersihkan daripada semua tuduhan salah laku seksual oleh panel tiga hakim selepas siasatan dalaman yang dijalankan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), lapor Middle East Eye dan disahkan melalui laporan Al Jazeera.Menurut empat sumber diplomatik yang membaca atau dimaklumkan mengenai laporan sulit itu, panel hakim berkenaan sebulat suara menyimpulkan bahawa dapatan oleh United Nations Office of Internal Oversight Services (OIOS) “tidak membuktikan sebarang salah laku atau pelanggaran tugas di bawah kerangka yang berkaitan.”Advertisement Laporan sulit itu dihantar kepada Bureau of the Assembly of States Parties (ASP) pada 9 Mac untuk tindakan lanjut.Di bawah peraturan ICC, sekiranya tiada salah laku dibuktikan, penyiasatan akan ditutup.Siasatan OIOS telah diperintahkan oleh ketua ASP pada November 2024 selepas seorang anggota pejabat Khan tampil mengemukakan tuduhan salah laku seksual.Pada Ogos tahun lalu, seorang wanita kedua mendakwa bahawa Khan telah menyalahgunakan kuasa ketika beliau bekerja di bawah pendakwa tersebut, menggambarkan perlakuannya sebagai “serangan berterusan” ketika bercakap kepada The Guardian.Khan menafikan semua tuduhan berkenaan dan mengambil cuti secara sukarela daripada tugasnya pada Mei sambil menunggu keputusan siasatan.Sejak itu, timbalan-timbalan pendakwa bertanggungjawab mengendalikan pejabatnya.ASP telah bermesyuarat pada Isnin lalu untuk membincangkan laporan berkenaan dan mempunyai 30 hari untuk membuat penilaian awal.Khan juga akan diberi tempoh 30 hari untuk memberi maklum balas sebelum keputusan akhir dibuat.Khan enggan mengulas mengenai laporan tersebut, menurut sumber media.Tuduhan salah laku ini timbul ketika pejabat Khan sedang menjalankan beberapa penyiasatan penting.Ini termasuk:1. Dakwaan jenayah perang oleh pegawai Israel di GazaKhan telah memohon waran tangkap terhadap Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu dan bekas Menteri Pertahanan, Yoav Gallant, berhubung “tanggungjawab jenayah” dalam dakwaan jenayah perang dan jenayah terhadap kemanusiaan di Gaza.2. Dakwaan jenayah perang oleh Rusia di UkraineKhan turut memohon waran tangkap terhadap Presiden Rusia Vladimir Putin dan beberapa pegawai Rusia berhubung dakwaan pemindahan secara tidak sah kanak-kanak Ukraine ketika perang berterusan.Pembersihan nama Khan oleh panel hakim merupakan perkembangan besar dalam kes yang mengakibatkan ketidakpastian panjang di ICC sejak akhir tahun lalu.Sumber diplomatik menyebut bahawa siasatan tersebut meninggalkan ICC dalam “keadaan tergantung” kerana kedudukan Khan yang tidak menentu dan kebocoran tuduhan kepada media.Jika ASP secara rasmi menerima penemuan itu, siasatan akan ditutup dan Khan dijangka kembali memimpin pejabat pendakwa ICC secara penuh.  Topic Berkaitan #Karim Khan #tuduhan salah laku seksual #ICC #PBB Must Watch Video Cara lain mengikuti berita kami Baca Artikel Penuh Berita Terkini Dunia Harga minyak boleh cecah AS$150 setong jika perang berlanjutan 10 hari lagi – Pakar 12 minutes ago Dunia Pelampau penempatan Israel bakar rumah, kenderaan di al‑Funduqumiya, Tebing Barat 27 minutes ago Dunia Konflik Asia Barat: Israel tutup sekolah, larang perhimpunan besar 42 minutes ago Dunia Konflik Asia Barat: Iran beri amaran serangan balas terhadap infrastruktur tenaga, air 57 minutes ago Dunia Konflik Asia Barat: IRGC dakwa serang beberapa bandar Israel dan pangkalan tentera di Teluk 1 hour ago Malaysia Amaran cuaca panas tahap dua di Padang Terap, Kedah 1 hour ago Advertisement NEWSLETTER Dapatkan Berita Terkini Berita, sorotan utama, dan segala dari Awani terus ke peti masuk anda. E-mel anda Close LAMAN HIBURAN LAIN POLISI PRIVASI TERMA PENGGUNAAN IKLAN BERSAMA KAMI PELABUR © 2026 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved. Gempak Dapatkan cerita gosip artis & berita hiburan terkini, serta program tempatan Awani Dapatkan berita hari ini dan berita terkini Malaysia, Dunia, Sukan, Hiburan, Teknologi, Gaya Hidup, Automotif, Politik, Foto, Video dan Siaran Langsung TV Xuan Astro’s Chinese channel programme updates, events, celebrity trends, entertainment Hotspot Mandarin news and infotainment platform that takes you to the leading topics Stadium Astro Catch the latest news and updates on local and global sporting events Ulagam Indian entertainment, events hub highlighting Indian top shows and news Rojak Daily Featuring Entertainment, Lifestyle and Kaw!, Malay video section and more Njoi Choose and pay for what you watch with our prepaid service, NJOI. Syok Enjoy Malaysia`s best radio, videos, podcasts, prizes and more! Get SYOK, everything got! Sooka Watch TV shows you sooka online or via app for FREE! Astro Rewards Exclusive privileges and promotions for Astro Subscribers

Tinggalkan Balasan

Alamat email Anda tidak akan dipublikasikan. Ruas yang wajib ditandai *