Konflik Asia Barat: Ben-Gvir rayu penduduk Israel tabah hadapi tindak balas Iran | Awani Skip to main content Search LIVE Video Malaysia Dunia Politik Hiburan Bisnes Sukan Rancangan Gaya Hidup Lain-Lain Teknologi Podcast Select language BM | EN Search Live Log in [Terkini] Umat Islam di Malaysia sambut Aidilfitri Sabtu Malaysia Remaja lemas ketika mandi sungai bersama rakan Malaysia 200 warga asing diperiksa menerusi Ops 'Omnipresent' – JIM Selangor Dunia Iran dakwa sistem pertahanan udaranya tembak jatuh jet pejuang F-15 Advertisement Dunia Konflik Asia Barat: Ben-Gvir rayu penduduk Israel tabah hadapi tindak balas Iran Agensi 22/03/2026 | 17:40 MYT “Peperangan ini harus diteruskan untuk mencapai kemenangan,” kata Ben-Gvir kepada pemberita pada pagi Ahad. – Gambar fail/Reuters. ARAD: Pemimpin kontroversi, Itamar Ben Gvir, menyeru warga Israel untuk tabah menghadapi serangan Republik Islam Iran.Beliau, yang juga Menteri Keselamatan Israel, turut mengingatkan warga bahawa ia sedang menghadapi perang, lapor Reuters.Advertisement “Saya hadir untuk memberi sokongan dan kekuatan kepada warga Israel. Mereka (Iran) cuba mengancam kita, namun penting diingatkan bahawa kita sedang berperang. “Peperangan ini harus diteruskan untuk mencapai kemenangan,” katanya ketika ditemui pemberita semasa lawatan di Arad hari ini.Lawatan itu diadakan susulan serangan peluru berpandu Iran di bandar tersebut dan wilayah Dimona pada malam Sabtu, yang menyebabkan lebih 100 penduduk cedera.Jabatan Kesihatan Israel mengesahkan lebih 70 penduduk di Arad cedera akibat insiden terbaharu, termasuk 10 cedera parah dan 61 lagi cedera ringan.Untuk rekod, Dimona merupakan kawasan yang dikawal ketat dan menempatkan fasiliti nuklear Israel.Kor Revolusi Pengawal Islam Iran (IRGC) berkata Iran melancarkan serangan itu susulan Amerika Syarikat (AS) menyerang fasiliti pengayaan uranium di Natanz pada 21 Mac.Kakitangan bomba Israel turut mengesahkan sistem pertahanan gagal memintas peluru berpandu, menyebabkan dua peluru berpandu balistik dengan kepala peledak seberat ratusan kilogram mendarat terus, mengakibatkan kerosakan serta kecederaan.Iran melancarkan serangan ke atas Israel selepas rejim Zionis dan sekutunya, AS, menyerang bertali arus beberapa wilayah di Iran, yang menyebabkan lebih 25,000 ribu rakyat negara itu cedera sejak 28 Februari lalu. – Agensi Topic Berkaitan #israel #Ben-Gvir #penduduk Israel #konflik Asia Barat Must Watch Video Cara lain mengikuti berita kami Baca Artikel Penuh Berita Terkini Malaysia Remaja lemas ketika mandi sungai bersama rakan 50 minutes ago Malaysia 200 warga asing diperiksa menerusi Ops 'Omnipresent' – JIM Selangor 1 hour ago Dunia Iran dakwa sistem pertahanan udaranya tembak jatuh jet pejuang F-15 1 hour ago Dunia Konflik Asia Barat: UK tidak akan diheret ke kancah perang AS-Israel terhadap Iran 2 hours ago Dunia 6 disahkan maut dalam kemalangan helikopter di perairan Qatar 2 hours ago Malaysia Siasatan nahas masih berjalan, henti sebar spekulasi – Polis 3 hours ago Advertisement NEWSLETTER Dapatkan Berita Terkini Berita, sorotan utama, dan segala dari Awani terus ke peti masuk anda. E-mel anda Close LAMAN HIBURAN LAIN POLISI PRIVASI TERMA PENGGUNAAN IKLAN BERSAMA KAMI PELABUR © 2026 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved. Gempak Dapatkan cerita gosip artis & berita hiburan terkini, serta program tempatan Awani Dapatkan berita hari ini dan berita terkini Malaysia, Dunia, Sukan, Hiburan, Teknologi, Gaya Hidup, Automotif, Politik, Foto, Video dan Siaran Langsung TV Xuan Astro’s Chinese channel programme updates, events, celebrity trends, entertainment Hotspot Mandarin news and infotainment platform that takes you to the leading topics Stadium Astro Catch the latest news and updates on local and global sporting events Ulagam Indian entertainment, events hub highlighting Indian top shows and news Rojak Daily Featuring Entertainment, Lifestyle and Kaw!, Malay video section and more Njoi Choose and pay for what you watch with our prepaid service, NJOI. Syok Enjoy Malaysia`s best radio, videos, podcasts, prizes and more! Get SYOK, everything got! Sooka Watch TV shows you sooka online or via app for FREE! Astro Rewards Exclusive privileges and promotions for Astro Subscribers
Konflik Asia Barat: Ben-Gvir rayu penduduk Israel tabah hadapi tindak balas Iran
