Trump ancam kerah ICE urus keselamatan lapangan terbang

Trump ancam kerah ICE urus keselamatan lapangan terbang | Awani Skip to main content Search LIVE Video Malaysia Dunia Politik Hiburan Bisnes Sukan Rancangan Gaya Hidup Lain-Lain Teknologi Podcast Select language BM | EN Search Live Log in [Terkini] Umat Islam di Malaysia sambut Aidilfitri Sabtu Malaysia Remaja lemas ketika mandi sungai bersama rakan Malaysia 200 warga asing diperiksa menerusi Ops 'Omnipresent' – JIM Selangor Dunia Iran dakwa sistem pertahanan udaranya tembak jatuh jet pejuang F-15 Advertisement Dunia Trump ancam kerah ICE urus keselamatan lapangan terbang Bernama 22/03/2026 | 17:19 MYT Trump memberi amaran bahawa langkah itu boleh bermula seawal Isnin dan akan merangkumi “penahanan serta-merta semua pendatang tanpa izin yang telah memasuki AS. – Reuters WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump membangkitkan kemungkinan mengerahkan agensi Penguatkuasaan Imigresen dan Kastam (ICE) untuk mengurus keselamatan di lapangan terbang negara itu susulan pertikaian pembiayaan dengan pembangkang daripada Parti Demokrat, lapor agensi berita Jerman (dpa).Dalam hantaran di platform Truth Social miliknya pada Sabtu, Trump berkata bahawa jika Parti Demokrat tidak “menandatangani perjanjian dengan segera untuk membolehkan negara kita, khususnya lapangan terbang kita, kembali BEBAS dan SELAMAT,” beliau akan mengarahkan ejen ICE “mengendalikan kawalan keselamatan seperti yang belum pernah dilihat sebelum ini.”Advertisement Trump memberi amaran bahawa langkah itu boleh bermula seawal Isnin dan akan merangkumi “penahanan serta-merta semua pendatang tanpa izin yang telah memasuki negara kita.”Latar belakang hantaran itu adalah pertikaian antara Parti Republikan dan Parti Demokrat mengenai pembiayaan bagi Jabatan Keselamatan Dalam Negeri, yang menyelia ICE.Beberapa undian mengenai pakej pembiayaan baharu gagal memperoleh majoriti diperlukan di Senat, menyebabkan sejak pertengahan Februari tiada asas perundangan untuk membayar beberapa perkhidmatan kecemasan tertentu seperti Pentadbiran Keselamatan Pengangkutan (TSA).Penumpang di lapangan terbang seperti Atlanta dan Houston terpaksa menunggu berjam-jam untuk pemeriksaan TSA dan terlepas penerbangan mereka walaupun telah memperuntukkan masa yang mencukupi. Akibat kebuntuan belanjawan itu, pegawai ketika ini tidak menerima gaji dan ramai mengambil cuti sakit.Di lapangan terbang AS, agensi Kastam dan Perlindungan Sempadan (CBP) bertanggungjawab terutamanya untuk pemeriksaan imigresen, manakala pemeriksaan keselamatan penumpang berada di bawah tanggungjawab TSA.– BERNAMA-dpa  Topic Berkaitan #Trump #ICE #lapangan terbang #pertikaian pembiayaan #Demokrat Must Watch Video Cara lain mengikuti berita kami Baca Artikel Penuh Berita Terkini Malaysia Remaja lemas ketika mandi sungai bersama rakan 50 minutes ago Malaysia 200 warga asing diperiksa menerusi Ops 'Omnipresent' – JIM Selangor 1 hour ago Dunia Iran dakwa sistem pertahanan udaranya tembak jatuh jet pejuang F-15 1 hour ago Dunia Konflik Asia Barat: UK tidak akan diheret ke kancah perang AS-Israel terhadap Iran 2 hours ago Dunia 6 disahkan maut dalam kemalangan helikopter di perairan Qatar 2 hours ago Malaysia Siasatan nahas masih berjalan, henti sebar spekulasi – Polis 3 hours ago Advertisement NEWSLETTER Dapatkan Berita Terkini Berita, sorotan utama, dan segala dari Awani terus ke peti masuk anda. E-mel anda Close LAMAN HIBURAN LAIN POLISI PRIVASI TERMA PENGGUNAAN IKLAN BERSAMA KAMI PELABUR © 2026 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved. Gempak Dapatkan cerita gosip artis & berita hiburan terkini, serta program tempatan Awani Dapatkan berita hari ini dan berita terkini Malaysia, Dunia, Sukan, Hiburan, Teknologi, Gaya Hidup, Automotif, Politik, Foto, Video dan Siaran Langsung TV Xuan Astro’s Chinese channel programme updates, events, celebrity trends, entertainment Hotspot Mandarin news and infotainment platform that takes you to the leading topics Stadium Astro Catch the latest news and updates on local and global sporting events Ulagam Indian entertainment, events hub highlighting Indian top shows and news Rojak Daily Featuring Entertainment, Lifestyle and Kaw!, Malay video section and more Njoi Choose and pay for what you watch with our prepaid service, NJOI. Syok Enjoy Malaysia`s best radio, videos, podcasts, prizes and more! Get SYOK, everything got! Sooka Watch TV shows you sooka online or via app for FREE! Astro Rewards Exclusive privileges and promotions for Astro Subscribers

Tinggalkan Balasan

Alamat email Anda tidak akan dipublikasikan. Ruas yang wajib ditandai *