Ribut di Hawaii sebabkan kerugian AS$1 bilion, lebih 230 diselamatkan – Gabenor Josh Green | Awani Skip to main content Search LIVE Video Malaysia Dunia Politik Hiburan Bisnes Sukan Rancangan Gaya Hidup Lain-Lain Teknologi Podcast Select language BM | EN Search Live Log in [Terkini] Umat Islam di Malaysia sambut Aidilfitri Sabtu Malaysia 15 kes berkaitan cuaca panas dilaporkan tahun ini, satu kes kematian libatkan kanak-kanak Malaysia Trafik ke Lembah Klang dijangka bertambah mulai tengah hari, PLUS aktifkan 30 lokasi "Smart Lane" Malaysia Kedai perabot di Bukit Bintang musnah dalam kebakaran malam tadi Advertisement Dunia Ribut di Hawaii sebabkan kerugian AS$1 bilion, lebih 230 diselamatkan – Gabenor Josh Green Astro AWANI 23/03/2026 | 09:00 MYT Pemandangan udara menunjukkan deretan rumah yang rosak teruk akibat banjir kilat di Haleiwa, Hawaii. – Foto AP HONOLULU: Ribut berganda yang melanda Hawaii sejak minggu lalu telah menyebabkan kerosakan dianggarkan mencecah AS$1 bilion, menurut Gabenor Josh Green.Dua sistem ribut berturut-turut membawa sehingga 130cm hujan, mencetuskan banjir besar yang menenggelamkan sebahagian kawasan di pulau Oahu dengan air berlumpur.Advertisement Gabenor Green berkata lebih 230 orang berjaya diselamatkan, termasuk mereka yang terperangkap di kem dan di kawasan digenangi air.Beliau turut mengesahkan bahawa setakat ini tiada kematian dilaporkan.Operasi menyelamat turut melibatkan Pengawal Pantai, yang menarik mangsa hanyut di lautan.Beliau menambah bahawa White House berhubung rapat dengan pejabatnya dan menyifatkan pegawai persekutuan sebagai “sangat menyokong”.Pegawai tempatan berkata banjir kali ini adalah yang terburuk sejak tahun 2004.Beberapa amaran pemindahan dan amaran banjir kilat di Oahu mula ditarik balik pada pagi Ahad waktu tempatan.Namun, kawasan lain di Hawaii masih berdepan risiko.Sebahagian Lebuhraya Kuihelani di Maui ditutup sementara akibat arus air deras, namun dibuka semula tidak lama kemudian.Gabenor Green juga memberi amaran bahawa jumlah kerosakan sebenar masih belum diketahui dan orang ramai diminta berhati-hati.“Masih banyak kawasan dilanda banjir besar. Jangan memandu merentasi air dalam,” katanya.Beliau berkata daerah Maui dijangka menerima 20 hingga 25cm hujan tambahan dalam beberapa hari akan datang, dan menasihatkan orang ramai agar tidak berlayar antara pulau sementara ribut masih aktif.Hawaii National Guard kekal ditempatkan di Empangan Wahiawa berusia 120 tahun untuk memantau paras air selepas kebimbangan empangan itu mungkin melimpah, menyebabkan pemindahan penduduk berhampiran.Paras air dilaporkan stabil sepanjang hujung minggu.Mikey, seorang penduduk Wahiawa di Oahu, menceritakan detik cemas apabila air banjir memasuki rumahnya.“Sekitar 12.30 malam saya terjaga dan lantai sudah basah. Bila saya buka pintu bilik, air terus meluru masuk,” katanya.Air tersebut merosakkan pagar, pintu, dan memenuhi rumah sehingga paras setinggi dada.“Kami hilang segalanya,” tambahnya lagi.Pelakon terkenal Jason Momoa (Game of Thrones, Aquaman) turut berkongsi bahawa keluarganya terpaksa meninggalkan rumah mereka di North Shore Oahu akibat ribut tersebut.“Kami selamat buat masa ini, tetapi ramai yang tidak. Kirimkan kasih dan doa buat semua,” katanya dalam satu hantaran di Instagram Stories. Topic Berkaitan #RIBUT #Banjir #hujan lebat #Hawaii Must Watch Video Cara lain mengikuti berita kami Baca Artikel Penuh Berita Terkini Malaysia 15 kes berkaitan cuaca panas dilaporkan tahun ini, satu kes kematian libatkan kanak-kanak 6 minutes ago Malaysia Trafik ke Lembah Klang dijangka bertambah mulai tengah hari, PLUS aktifkan 30 lokasi "Smart Lane" 20 minutes ago Malaysia Kedai perabot di Bukit Bintang musnah dalam kebakaran malam tadi 36 minutes ago Malaysia PuTERA35: Pro Solar pacu usahawan bumiputera dalam tenaga hijau 51 minutes ago Malaysia 15 kawasan di semenanjung berada pada status cuaca panas tahap satu dan dua – MetMalaysia 1 hour ago Malaysia Pemangku Sultan Johor, Onn Hafiz zahir ucapan tahniah keputeraan rasmi Agong 1 hour ago Advertisement NEWSLETTER Dapatkan Berita Terkini Berita, sorotan utama, dan segala dari Awani terus ke peti masuk anda. E-mel anda Close LAMAN HIBURAN LAIN POLISI PRIVASI TERMA PENGGUNAAN IKLAN BERSAMA KAMI PELABUR © 2026 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved. Gempak Dapatkan cerita gosip artis & berita hiburan terkini, serta program tempatan Awani Dapatkan berita hari ini dan berita terkini Malaysia, Dunia, Sukan, Hiburan, Teknologi, Gaya Hidup, Automotif, Politik, Foto, Video dan Siaran Langsung TV Xuan Astro’s Chinese channel programme updates, events, celebrity trends, entertainment Hotspot Mandarin news and infotainment platform that takes you to the leading topics Stadium Astro Catch the latest news and updates on local and global sporting events Ulagam Indian entertainment, events hub highlighting Indian top shows and news Rojak Daily Featuring Entertainment, Lifestyle and Kaw!, Malay video section and more Njoi Choose and pay for what you watch with our prepaid service, NJOI. Syok Enjoy Malaysia`s best radio, videos, podcasts, prizes and more! Get SYOK, everything got! Sooka Watch TV shows you sooka online or via app for FREE! Astro Rewards Exclusive privileges and promotions for Astro Subscribers
Ribut di Hawaii sebabkan kerugian AS$1 bilion, lebih 230 diselamatkan – Gabenor Josh Green
