Bekalan makanan asas mencukupi bagi sambutan Tahun Baharu Cina, Ramadan – KPKM | Awani Skip to main content Search LIVE Video Malaysia Dunia Politik Hiburan Bisnes Sukan Rancangan Gaya Hidup Lain-Lain Teknologi Podcast Select language BM | EN Search Live Log in Malaysia Murid 12 tahun berjaya selamatkan rakan hampir lemas Malaysia Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini Malaysia KTMB tawar 20 peratus diskaun ETS sempena Tahun Baharu Cina, Ramadan Advertisement Malaysia Bekalan makanan asas mencukupi bagi sambutan Tahun Baharu Cina, Ramadan – KPKM Bernama 14/02/2026 | 20:41 MYT KPKM komited dalam memastikan ketersediaan bekalan makanan negara berada pada tahap optimum bagi menampung keperluan domestik sepanjang musim perayaan. – Gambar fail PUTRAJAYA: Sumber pengeluaran bekalan barangan makanan asas seperti telur, daging ayam dan lembu, ikan, sayur-sayuran dan buah-buahan di seluruh negara adalah stabil dan mencukupi menjelang perayaan Tahun Baharu Cina dan bulan Ramadan.Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) memaklumkan tumpuan diberikan kepada pengurusan dan pemerkasaan pada peringkat sumber pengeluaran bagi memastikan kesinambungan bekalan sentiasa terjamin meskipun terdapat jangkaan peningkatan permintaan yang tinggi. Advertisement “KPKM komited dalam memastikan ketersediaan bekalan makanan negara berada pada tahap optimum bagi menampung keperluan domestik sepanjang musim perayaan ini,” menurut KPKM dalam kenyataan hari ini.Bermula dari 1 Jan 2026 hingga 8 Feb lepas, sebanyak 478 program Jualan Agro Madani (JAM) telah dianjurkan di seluruh negara. Melalui program JAM, rakyat dapat membeli barangan keperluan asas yang terpilih pada harga 10 hingga 30 peratus lebih rendah berbanding harga pasaran setempat, menurut KPKM.Bersempena dengan Tahun Baharu Cina, Ramadan dan Pra-Syawal (Februari dan Mac 2026), Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) bakal menganjurkan 572 program JAM di seluruh negara melibatkan 430 program di outlet peruncitan FAMA dan 142 program di premis kerajaan dan kawasan perumahan terpilih.”Jualan ini menawarkan bekalan sayur, buah, ikan, telur, barangan runcit dan keperluan lain dengan harga yang lebih rendah untuk membantu meringankan beban kos sara hidup pengguna bersempena dengan musim perayaan dan Ramadan, serta kerajaan akan memastikan setiap rakyat mendapat akses kepada bekalan makanan yang mencukupi sepanjang tempoh perayaan tanpa kebimbangan terhadap isu ketersediaan bekalan di pasaran,” menurut KPKM.– BERNAMA Topic Berkaitan #KPKM #musim perayaan #bekalan #pasaran #makanan #Tahun Baharu Cina #Ramadan Must Watch Video Cara lain mengikuti berita kami Baca Kisah Penuh Berita Terkini Malaysia Murid 12 tahun berjaya selamatkan rakan hampir lemas 9 minutes ago Malaysia Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini 21 minutes ago Malaysia KTMB tawar 20 peratus diskaun ETS sempena Tahun Baharu Cina, Ramadan 40 minutes ago Malaysia SPRM tekankan kemahiran kendali senjata api hadapi operasi berisiko tinggi 1 hour ago Malaysia Eksesais Desert Tiger perkukuh kerjasama pertahanan Malaysia-UAE 3 hours ago Malaysia Ambil kesempatan tingkat martabat diri sepanjang Ramadan – PM Anwar 3 hours ago Advertisement NEWSLETTER Dapatkan Berita Terkini Berita, sorotan utama, dan segala dari Awani terus ke peti masuk anda. E-mel anda Close LAMAN HIBURAN LAIN POLISI PRIVASI TERMA PENGGUNAAN IKLAN BERSAMA KAMI PELABUR © 2026 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved. Gempak Dapatkan cerita gosip artis & berita hiburan terkini, serta program tempatan Awani Dapatkan berita hari ini dan berita terkini Malaysia, Dunia, Sukan, Hiburan, Teknologi, Gaya Hidup, Automotif, Politik, Foto, Video dan Siaran Langsung TV Xuan Astro’s Chinese channel programme updates, events, celebrity trends, entertainment Hotspot Mandarin news and infotainment platform that takes you to the leading topics Stadium Astro Catch the latest news and updates on local and global sporting events Ulagam Indian entertainment, events hub highlighting Indian top shows and news Rojak Daily Featuring Entertainment, Lifestyle and Kaw!, Malay video section and more Njoi Choose and pay for what you watch with our prepaid service, NJOI. Syok Enjoy Malaysia`s best radio, videos, podcasts, prizes and more! Get SYOK, everything got! Sooka Watch TV shows you sooka online or via app for FREE! Astro Rewards Exclusive privileges and promotions for Astro Subscribers
Bekalan makanan asas mencukupi bagi sambutan Tahun Baharu Cina, Ramadan – KPKM
