PuTERA35: Pro Solar pacu usahawan bumiputera dalam tenaga hijau

PuTERA35: Pro Solar pacu usahawan bumiputera dalam tenaga hijau | Awani Skip to main content Search LIVE Video Malaysia Dunia Politik Hiburan Bisnes Sukan Rancangan Gaya Hidup Lain-Lain Teknologi Podcast Select language BM | EN Search Live Log in [Terkini] Umat Islam di Malaysia sambut Aidilfitri Sabtu Malaysia 15 kes berkaitan cuaca panas dilaporkan tahun ini, satu kes kematian libatkan kanak-kanak Malaysia Trafik ke Lembah Klang dijangka bertambah mulai tengah hari, PLUS aktifkan 30 lokasi "Smart Lane" Malaysia Kedai perabot di Bukit Bintang musnah dalam kebakaran malam tadi Advertisement Malaysia PuTERA35: Pro Solar pacu usahawan bumiputera dalam tenaga hijau Astro AWANI 23/03/2026 | 10:15 MYT Secara keseluruhannya, program Pro Solar dilihat sebagai platform strategik dalam memperkasa usahawan Bumiputera serta memperluas penyertaan mereka dalam industri tenaga boleh baharu yang semakin penting pada masa hadapan. KUALA LUMPUR: Program khas Pro Solar di bawah inisiatif PUTERA35 oleh Majlis Amanah Rakyat dilihat membuka peluang baharu kepada usahawan Bumiputera untuk menceburi industri tenaga boleh baharu yang semakin berkembang.Inisiatif ini merupakan sebahagian daripada usaha MARA dalam melahirkan usahawan berkemahiran tinggi dalam sektor berimpak tinggi, khususnya tenaga hijau, selari dengan agenda pembangunan ekonomi Bumiputera jangka panjang.Advertisement Pengarah Pejabat MARA Negeri Melaka, Shah Zulmizan Safar, berkata program tersebut memberi tumpuan kepada industri “high growth, high value” yang mempunyai potensi besar tetapi masih kurang diterokai.Menurut beliau, ramai usahawan berminat untuk menceburi bidang solar, namun berdepan kekangan modal dan kurang pendedahan teknikal.“Program Pro Solar ini dirangka secara menyeluruh merangkumi latihan, kemahiran teknikal serta peluang kepada usahawan untuk terlibat secara langsung dalam industri, termasuk pemasangan dan penyelenggaraan sistem solar,” katanya.Tambah beliau, program ini juga memberi ruang kepada usahawan Bumiputera untuk membina perniagaan dalam sektor tenaga lestari yang semakin mendapat permintaan.Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Litar Abadi Engineering (M) Sdn Bhd, Muhammad Hamzi Rusli, berkata syarikatnya turut memainkan peranan dalam memperkukuh ekosistem industri melalui pembangunan bakat tempatan.Menurutnya, peluang latihan dan pekerjaan diberikan kepada lepasan institusi TVET termasuk kolej dan institut di bawah MARA, sebelum diserap sebagai kakitangan tetap atau kontrak berdasarkan prestasi.“Selain itu, kami turut menyediakan latihan berkaitan tenaga boleh baharu, khususnya solar, serta bekerjasama dengan institusi pendidikan bagi meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai kepentingan tenaga hijau,” jelasnya.Usaha ini bukan sahaja membantu melahirkan tenaga kerja mahir, malah memberi pendedahan kepada masyarakat tentang bagaimana penggunaan solar dapat menjimatkan kos dan menyokong pembangunan mampan negara.Secara keseluruhannya, program Pro Solar dilihat sebagai platform strategik dalam memperkasa usahawan Bumiputera serta memperluas penyertaan mereka dalam industri tenaga boleh baharu yang semakin penting pada masa hadapan.Mereka berkata demikian dalam program PuTERA35.  Topic Berkaitan #MARA #Putera35 #pro solar #tenaga boleh baharu #usahawan bumiputera Must Watch Video Cara lain mengikuti berita kami Baca Artikel Penuh Berita Terkini Malaysia 15 kes berkaitan cuaca panas dilaporkan tahun ini, satu kes kematian libatkan kanak-kanak 6 minutes ago Malaysia Trafik ke Lembah Klang dijangka bertambah mulai tengah hari, PLUS aktifkan 30 lokasi "Smart Lane" 20 minutes ago Malaysia Kedai perabot di Bukit Bintang musnah dalam kebakaran malam tadi 35 minutes ago Malaysia PuTERA35: Pro Solar pacu usahawan bumiputera dalam tenaga hijau 50 minutes ago Malaysia 15 kawasan di semenanjung berada pada status cuaca panas tahap satu dan dua – MetMalaysia 1 hour ago Malaysia Pemangku Sultan Johor, Onn Hafiz zahir ucapan tahniah keputeraan rasmi Agong 1 hour ago Advertisement NEWSLETTER Dapatkan Berita Terkini Berita, sorotan utama, dan segala dari Awani terus ke peti masuk anda. E-mel anda Close LAMAN HIBURAN LAIN POLISI PRIVASI TERMA PENGGUNAAN IKLAN BERSAMA KAMI PELABUR © 2026 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved. Gempak Dapatkan cerita gosip artis & berita hiburan terkini, serta program tempatan Awani Dapatkan berita hari ini dan berita terkini Malaysia, Dunia, Sukan, Hiburan, Teknologi, Gaya Hidup, Automotif, Politik, Foto, Video dan Siaran Langsung TV Xuan Astro’s Chinese channel programme updates, events, celebrity trends, entertainment Hotspot Mandarin news and infotainment platform that takes you to the leading topics Stadium Astro Catch the latest news and updates on local and global sporting events Ulagam Indian entertainment, events hub highlighting Indian top shows and news Rojak Daily Featuring Entertainment, Lifestyle and Kaw!, Malay video section and more Njoi Choose and pay for what you watch with our prepaid service, NJOI. Syok Enjoy Malaysia`s best radio, videos, podcasts, prizes and more! Get SYOK, everything got! Sooka Watch TV shows you sooka online or via app for FREE! Astro Rewards Exclusive privileges and promotions for Astro Subscribers

Tinggalkan Balasan

Alamat email Anda tidak akan dipublikasikan. Ruas yang wajib ditandai *