15 kes berkaitan cuaca panas dilaporkan tahun ini, satu kes kematian libatkan kanak-kanak

15 kes berkaitan cuaca panas dilaporkan tahun ini, satu kes kematian libatkan kanak-kanak | Awani Skip to main content Search LIVE Video Malaysia Dunia Politik Hiburan Bisnes Sukan Rancangan Gaya Hidup Lain-Lain Teknologi Podcast Select language BM | EN Search Live Log in [Terkini] Umat Islam di Malaysia sambut Aidilfitri Sabtu Malaysia 15 kes berkaitan cuaca panas dilaporkan tahun ini, satu kes kematian libatkan kanak-kanak Malaysia Trafik ke Lembah Klang dijangka bertambah mulai tengah hari, PLUS aktifkan 30 lokasi "Smart Lane" Malaysia Kedai perabot di Bukit Bintang musnah dalam kebakaran malam tadi Advertisement Malaysia 15 kes berkaitan cuaca panas dilaporkan tahun ini, satu kes kematian libatkan kanak-kanak Bernama 23/03/2026 | 11:00 MYT Orang ramai perlu lebih peka, termasuk mengawasi tanda awal strok haba seperti pening berpanjangan, rasa dahaga yang luar biasa dan suhu badan yang semakin meningkat. – Foto Facebook/Dr Dzulkefly Ahmad PUTRAJAYA: Sebanyak 15 kes berkaitan cuaca panas dilaporkan setakat ini bagi 2026, termasuk tiga kes strok haba dan satu kes kematian melibatkan seorang kanak-kanak yang tertinggal dalam kenderaan, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad.Menerusi hantaran di laman Facebook rasminya hari ini, beliau berkata dalam cuaca panas melampau ketika ini orang ramai perlu lebih peka, termasuk mengawasi tanda awal strok haba seperti pening berpanjangan, rasa dahaga yang luar biasa dan suhu badan yang semakin meningkat.Advertisement “Sekiranya ada tanda-tanda ini, amalkan langkah-langkah pencegahan segera dengan mencari tempat yang teduh, banyakkan minum air kosong, dan sejukkan badan dengan segera,” katanya.Dzulkefly turut menggesa orang ramai agar jangan meninggalkan anak-anak atau sesiapa sahaja di dalam kenderaan tanpa pengawasan walaupun untuk seminit.“Bayi dan kanak-kanak, warga emas, pesakit kronik dan individu aktif di bawah cuaca panas merupakan antara golongan berisiko terdedah dengan strok haba,” katanya.Terbaharu, Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) memaklumkan status cuaca panas di Padang Terap, Kedah berada pada tahap dua (gelombang haba) dengan suhu maksimum harian antara 37 hingga 40 darjah Celsius.MetMalaysia dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan sebanyak 14 kawasan di Semenanjung Malaysia berada pada tahap satu (berjaga-jaga) termasuk di seluruh Perlis serta kawasan Baling, Sik, Pendang, Pokok Sena, Kubang Pasu, Pulau Langkawi, Kuala Muda dan Bandar Baharu di Kedah.Amaran sama turut dikeluarkan bagi kawasan Timur Laut (Pulau Pinang), Hulu Perak dan Kuala Kangsar (Perak), Jerantut (Pahang) dan Rembau (Negeri Sembilan).Menurut kenyataan itu, tahap gelombang haba ialah suhu maksimum harian yang berada antara 37 hingga 40 darjah Celsius sekurang-kurangnya selama tiga hari berturut-turut dan bagi tahap berjaga-jaga pula, suhu maksimum harian antara 35 hingga 37 darjah Celsius sekurang-kurangnya selama tiga hari berturut-turut.Untuk maklumat terkini status cuaca panas harian, orang ramai boleh merujuk https://www.met.gov.my/iklim/status-cuaca-panas/.– BERNAMA   Topic Berkaitan #cuaca panas #strok haba #dr dzulkefly ahmad #MetMalaysia Must Watch Video Cara lain mengikuti berita kami Baca Artikel Penuh Berita Terkini Malaysia 15 kes berkaitan cuaca panas dilaporkan tahun ini, satu kes kematian libatkan kanak-kanak 10 minutes ago Malaysia Trafik ke Lembah Klang dijangka bertambah mulai tengah hari, PLUS aktifkan 30 lokasi "Smart Lane" 25 minutes ago Malaysia Kedai perabot di Bukit Bintang musnah dalam kebakaran malam tadi 40 minutes ago Malaysia PuTERA35: Pro Solar pacu usahawan bumiputera dalam tenaga hijau 55 minutes ago Malaysia 15 kawasan di semenanjung berada pada status cuaca panas tahap satu dan dua – MetMalaysia 1 hour ago Malaysia Pemangku Sultan Johor, Onn Hafiz zahir ucapan tahniah keputeraan rasmi Agong 1 hour ago Advertisement NEWSLETTER Dapatkan Berita Terkini Berita, sorotan utama, dan segala dari Awani terus ke peti masuk anda. E-mel anda Close LAMAN HIBURAN LAIN POLISI PRIVASI TERMA PENGGUNAAN IKLAN BERSAMA KAMI PELABUR © 2026 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved. Gempak Dapatkan cerita gosip artis & berita hiburan terkini, serta program tempatan Awani Dapatkan berita hari ini dan berita terkini Malaysia, Dunia, Sukan, Hiburan, Teknologi, Gaya Hidup, Automotif, Politik, Foto, Video dan Siaran Langsung TV Xuan Astro’s Chinese channel programme updates, events, celebrity trends, entertainment Hotspot Mandarin news and infotainment platform that takes you to the leading topics Stadium Astro Catch the latest news and updates on local and global sporting events Ulagam Indian entertainment, events hub highlighting Indian top shows and news Rojak Daily Featuring Entertainment, Lifestyle and Kaw!, Malay video section and more Njoi Choose and pay for what you watch with our prepaid service, NJOI. Syok Enjoy Malaysia`s best radio, videos, podcasts, prizes and more! Get SYOK, everything got! Sooka Watch TV shows you sooka online or via app for FREE! Astro Rewards Exclusive privileges and promotions for Astro Subscribers

Tinggalkan Balasan

Alamat email Anda tidak akan dipublikasikan. Ruas yang wajib ditandai *