15 kawasan di semenanjung berada pada status cuaca panas tahap satu dan dua – MetMalaysia

15 kawasan di semenanjung berada pada status cuaca panas tahap satu dan dua – MetMalaysia | Awani Skip to main content Search LIVE Video Malaysia Dunia Politik Hiburan Bisnes Sukan Rancangan Gaya Hidup Lain-Lain Teknologi Podcast Select language BM | EN Search Live Log in [Terkini] Umat Islam di Malaysia sambut Aidilfitri Sabtu Malaysia Konflik Asia Barat: Sasaran ketibaan pelancong VM2026 masih dalam landasan positif Malaysia Polis dapatkan maklumat dakwaan sekumpulan individu cedera terkena mercun di Pendang Dunia Konflik Asia Barat: Israel lancar ‘gelombang serangan besar-besaran’ sasar infrastruktur kerajaan Iran Advertisement Malaysia 15 kawasan di semenanjung berada pada status cuaca panas tahap satu dan dua – MetMalaysia Astro AWANI 23/03/2026 | 10:00 MYT Sebanyak 14 kawasan di Semenanjung Malaysia berada pada tahap satu (berjaga-jaga). – Gambar hiasan KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) memaklumkan status cuaca panas di Padang Terap, Kedah berada pada tahap dua (gelombang haba) dengan suhu maksimum harian antara 37 hingga 40 darjah Celsius.MetMalaysia dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan sebanyak 14 kawasan di Semenanjung Malaysia berada pada tahap satu (berjaga-jaga) termasuk di seluruh Perlis serta kawasan Baling, Sik, Pendang, Pokok Sena, Kubang Pasu, Pulau Langkawi, Kuala Muda dan Bandar Baharu di Kedah.Advertisement Amaran sama turut dikeluarkan bagi kawasan Timur Laut (Pulau Pinang), Hulu Perak dan Kuala Kangsar (Perak), Jerantut (Pahang) dan Rembau (Negeri Sembilan).Menurut kenyataan itu, tahap gelombang haba ialah suhu maksimum harian yang berada antara 37 hingga 40 darjah Celsius sekurang-kurangnya selama tiga hari berturut-turut dan bagi tahap berjaga-jaga pula, suhu maksimum harian antara 35 hingga 37 darjah Celsius sekurang-kurangnya selama tiga hari berturut-turut.Untuk maklumat terkini status cuaca panas harian, orang ramai boleh merujuk https://www.met.gov.my/iklim/status-cuaca-panas/.Sementara itu menerusi hantaran di laman Facebook, MetMalaysia turut merakamkan ucapan Selamat Menyambut Hari Meteorologi Sedunia yang disambut hari ini dengan tema ‘Pemantauan Hari ini, Perlindungan Hari Esok’.Menurut jabatan itu, tema berkenaan menekankan kepentingan teknologi dan usaha pemantauan meteorologi yang tepat serta terkini dalam melindungi kehidupan dan alam sekitar untuk generasi akan datang.“Melalui pemantauan cuaca yang dilakukan hari ini, kita dapat membuat ramalan yang lebih berkesan, mengeluarkan amaran awal serta mengambil tindakan pantas bagi mengurangkan risiko bencana alam dan kesan perubahan iklim.MetMalaysia turut meraikan Ulang Tahun ke-68 keahlian Malaysia dalam Pertubuhan Meteorologi Sedunia (WHO), satu pencapaian yang mencerminkan komitmen negara dalam menyumbang kepada kerjasama global demi kesejahteraan masyarakat dan kelestarian bumi.Menerusi hantaran berasingan, Ketua Pengarah MetMalaysia Dr Mohd Hisham Mohd Anip merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada seluruh warga kerja jabatan itu yang berdedikasi serta memberi komitmen berterusan dalam melaksanakan pemantauan serta pelepasan belon cuaca setiap hari.“Dalam kesibukan tugas harian, ketika ramai sedang tidur diulit mimpi, warga MetMalaysia tetap teguh menjalankan amanah, memantau dan meramal cuaca demi memastikan keselamatan serta kesejahteraan negara sentiasa terpelihara,” katanya.Beliau turut merakamkan penghargaan istimewa kepada penyelidik cuaca dan iklim yang menyumbang kepada pemahaman tentang corak cuaca masa lalu sekali gus membimbing usaha ke arah masa depan yang lebih lestari. — BERNAMA   Topic Berkaitan #MetMalaysia #cuaca panas #gelombang panas #amaran Must Watch Video Cara lain mengikuti berita kami Baca Artikel Penuh Berita Terkini Malaysia Konflik Asia Barat: Sasaran ketibaan pelancong VM2026 masih dalam landasan positif 2 minutes ago Malaysia Polis dapatkan maklumat dakwaan sekumpulan individu cedera terkena mercun di Pendang 16 minutes ago Dunia Konflik Asia Barat: Israel lancar ‘gelombang serangan besar-besaran’ sasar infrastruktur kerajaan Iran 31 minutes ago Malaysia Konflik Asia Barat: Malaysia sertai rundingan IGWG6 WHO secara dalam talian 46 minutes ago Malaysia Orang ramai dinasihat kurangkan aktiviti luar rumah berikutan cuaca panas di Kedah 1 hour ago Malaysia 15 kes berkaitan cuaca panas dilaporkan tahun ini, satu kes kematian libatkan kanak-kanak 1 hour ago Advertisement NEWSLETTER Dapatkan Berita Terkini Berita, sorotan utama, dan segala dari Awani terus ke peti masuk anda. E-mel anda Close LAMAN HIBURAN LAIN POLISI PRIVASI TERMA PENGGUNAAN IKLAN BERSAMA KAMI PELABUR © 2026 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved. Gempak Dapatkan cerita gosip artis & berita hiburan terkini, serta program tempatan Awani Dapatkan berita hari ini dan berita terkini Malaysia, Dunia, Sukan, Hiburan, Teknologi, Gaya Hidup, Automotif, Politik, Foto, Video dan Siaran Langsung TV Xuan Astro’s Chinese channel programme updates, events, celebrity trends, entertainment Hotspot Mandarin news and infotainment platform that takes you to the leading topics Stadium Astro Catch the latest news and updates on local and global sporting events Ulagam Indian entertainment, events hub highlighting Indian top shows and news Rojak Daily Featuring Entertainment, Lifestyle and Kaw!, Malay video section and more Njoi Choose and pay for what you watch with our prepaid service, NJOI. Syok Enjoy Malaysia`s best radio, videos, podcasts, prizes and more! Get SYOK, everything got! Sooka Watch TV shows you sooka online or via app for FREE! Astro Rewards Exclusive privileges and promotions for Astro Subscribers

Tinggalkan Balasan

Alamat email Anda tidak akan dipublikasikan. Ruas yang wajib ditandai *