El Nino berintensiti kuat diramal landa dunia termasuk Malaysia – Pakar

El Nino berintensiti kuat diramal landa dunia termasuk Malaysia – Pakar | Awani Skip to main content Search LIVE Video Malaysia Dunia Politik Hiburan Bisnes Sukan Rancangan Gaya Hidup Lain-Lain Teknologi Podcast Select language BM | EN Search Live Log in [Terkini] Umat Islam di Malaysia sambut Aidilfitri Sabtu Malaysia Konflik Asia Barat: Sasaran ketibaan pelancong VM2026 masih dalam landasan positif Malaysia Polis dapatkan maklumat dakwaan sekumpulan individu cedera terkena mercun di Pendang Dunia Konflik Asia Barat: Israel lancar ‘gelombang serangan besar-besaran’ sasar infrastruktur kerajaan Iran Advertisement Malaysia El Nino berintensiti kuat diramal landa dunia termasuk Malaysia – Pakar Astro AWANI 23/03/2026 | 09:30 MYT Fenomena El Nino berintensiti kuat dijangka kembali melanda dunia termasuk Malaysia. – Gambar hiasan SHAH ALAM: Fenomena El Nino berintensiti kuat dijangka kembali melanda dunia termasuk Malaysia, sekitar pertengahan tahun ini dengan kebarangkalian melebihi 70 peratus dan meningkat sehingga 80 hingga 90 peratus menjelang penghujung 2026.Felo Akademi Sains Malaysia, Profesor Fredolin Tajudin Tangang berkata, berdasarkan ramalan Pusat Ramalan Iklim di Amerika Syarikat, fenomena itu dijangka bermula sekitar Julai hingga Ogos.Advertisement Menurutnya, ia berkembang sehingga penghujung tahun dan awal 2027 sebelum beransur lemah pada Mac hingga April dan berakhir sekitar Mei tahun depan.Fredolin berkata, ketika ini Malaysia berada di penghujung musim Monsun Timur Laut yang lazimnya berakhir pada hujung Mac sebelum memasuki fasa peralihan monsun pada April dan Mei.“Fasa peralihan monsun ini biasanya membawa keadaan cuaca yang didominasi sistem perolakan tempatan yang menyebabkan ribut petir dan hujan lebat dalam tempoh singkat serta berpotensi mencetuskan banjir kilat, khususnya di pantai barat Semenanjung Malaysia.“Dalam tempoh ini juga, keadaan cuaca negara dipengaruhi oleh fenomena Ayunan Madden-Julian (MJO) yang boleh menyebabkan cuaca panas apabila perolakan terhalang, sekali gus mengurangkan pembentukan awan dan hujan,” katanya kepada Sinar Harian.Menurut Fredolin, keadaan panas yang berlaku ketika ini terutama di utara Semenanjung Malaysia adalah disebabkan dominasi tekanan atmosfera tinggi susulan fasa perolakan terhalang MJO di rantau Asia Tenggara.“Situasi ini meningkatkan pancaran matahari ke permukaan bumi dan mengurangkan proses penyejukan melalui penyejatan, sekali gus berpotensi mencetuskan gelombang haba.”Namun keadaan ini biasanya bersifat sementara dan berubah dalam tempoh satu hingga dua minggu,” ujarnya.Dalam pada itu, beliau berkata dunia kini berada di fasa terakhir fenomena La Nina yang bermula sejak pertengahan 2025 sebelum beralih kepada keadaan neutral dalam sistem ayunan El Nino–Southern Oscillation (ENSO).Jelasnya, ENSO merupakan ayunan semula jadi hasil interaksi atmosfera dan lautan di Lautan Pasifik yang berlaku secara kitaran antara El Nino, La Nina dan neutral setiap dua hingga lima tahun.“Fenomena El Nino berupaya meningkatkan suhu global seperti yang berlaku pada 2024 apabila suhu dunia mencecah 1.55 darjah Celsius berbanding paras pra-perindustrian, sekali gus menjadikannya tahun terpanas.“Walaupun suhu global menurun sedikit pada 2025 akibat pengaruh La Niña, ia masih merupakan tahun ketiga paling panas berikutan kesan pemanasan global yang berterusan,” ujarnya.Sehubungan itu, beliau berpandangan kebarangkalian 2026 menjadi tahun terpanas baharu adalah tinggi sekiranya El Nino kembali dengan intensiti kuat. – Sinar Harian    Topic Berkaitan #El Nino #cuaca panas #monsun timur laut #La Nina Must Watch Video Cara lain mengikuti berita kami Baca Artikel Penuh Berita Terkini Malaysia Konflik Asia Barat: Sasaran ketibaan pelancong VM2026 masih dalam landasan positif 2 minutes ago Malaysia Polis dapatkan maklumat dakwaan sekumpulan individu cedera terkena mercun di Pendang 16 minutes ago Dunia Konflik Asia Barat: Israel lancar ‘gelombang serangan besar-besaran’ sasar infrastruktur kerajaan Iran 30 minutes ago Malaysia Konflik Asia Barat: Malaysia sertai rundingan IGWG6 WHO secara dalam talian 46 minutes ago Malaysia Orang ramai dinasihat kurangkan aktiviti luar rumah berikutan cuaca panas di Kedah 1 hour ago Malaysia 15 kes berkaitan cuaca panas dilaporkan tahun ini, satu kes kematian libatkan kanak-kanak 1 hour ago Advertisement NEWSLETTER Dapatkan Berita Terkini Berita, sorotan utama, dan segala dari Awani terus ke peti masuk anda. E-mel anda Close LAMAN HIBURAN LAIN POLISI PRIVASI TERMA PENGGUNAAN IKLAN BERSAMA KAMI PELABUR © 2026 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved. Gempak Dapatkan cerita gosip artis & berita hiburan terkini, serta program tempatan Awani Dapatkan berita hari ini dan berita terkini Malaysia, Dunia, Sukan, Hiburan, Teknologi, Gaya Hidup, Automotif, Politik, Foto, Video dan Siaran Langsung TV Xuan Astro’s Chinese channel programme updates, events, celebrity trends, entertainment Hotspot Mandarin news and infotainment platform that takes you to the leading topics Stadium Astro Catch the latest news and updates on local and global sporting events Ulagam Indian entertainment, events hub highlighting Indian top shows and news Rojak Daily Featuring Entertainment, Lifestyle and Kaw!, Malay video section and more Njoi Choose and pay for what you watch with our prepaid service, NJOI. Syok Enjoy Malaysia`s best radio, videos, podcasts, prizes and more! Get SYOK, everything got! Sooka Watch TV shows you sooka online or via app for FREE! Astro Rewards Exclusive privileges and promotions for Astro Subscribers

Tinggalkan Balasan

Alamat email Anda tidak akan dipublikasikan. Ruas yang wajib ditandai *