Mercun bola letup: Tujuh cedera, lelaki ditahan di Pendang | Awani Skip to main content Search LIVE Video Malaysia Dunia Politik Hiburan Bisnes Sukan Rancangan Gaya Hidup Lain-Lain Teknologi Podcast Select language BM | EN Search Live Log in Malaysia Aliran trafik lebuh raya utama menghala ibu negara sesak malam ini Politik Pengasas PKR dakwa Rafizi Ramli menteri paling gagal Sukan Cabaran menggunung menanti jurulatih hoki baharu kebangsaan Advertisement Malaysia Mercun bola letup: Tujuh cedera, lelaki ditahan di Pendang Bernama 23/03/2026 | 21:23 MYT Polis menahan seorang lelaki tempatan berusia 21 tahun kerana disyaki bermain mercun bola sehingga menyebabkan tujuh individu, termasuk dirinya, cedera dalam kejadian di sebuah kampung di Tobiar, di Pendang, Jumaat lepas. – Foto hiasan ALOR SETAR: Polis menahan seorang lelaki tempatan berusia 21 tahun kerana disyaki bermain mercun bola sehingga menyebabkan tujuh individu, termasuk dirinya, cedera dalam kejadian di sebuah kampung di Tobiar, di Pendang, Jumaat lepas.Ketua Polis Daerah Pendang Supt Rodzi Abu Hassan berkata suspek ditahan oleh anggota Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pendang selepas pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian itu kira-kira 10 pagi tadi.Advertisement Beliau berkata hasil siasatan awal mendapati suspek mengaku bermain mercun bola bersama enam saudara lain sebagai persediaan menyambut Aidilfitri.“Ketika kejadian, mercun yang dinyalakan dipercayai masuk ke dalam plastik yang mengandungi mercun lain, menyebabkan letupan kuat.“Letupan itu mencederakan enam individu berusia antara 11 hingga 20 tahun yang berada berhampiran lokasi kejadian,” katanya dalam kenyataan hari ini.Rodzi berkata kesemua mangsa termasuk suspek mengalami kecederaan pada bahagian muka dan badan serta dirawat sebagai pesakit luar di Hospital Pendang.Beliau berkata seorang daripada mangsa bagaimanapun dirujuk ke Hospital Sultanah Bahiyah untuk rawatan lanjut selepas mengalami kecederaan serius pada mata.Katanya suspek akan direman bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 337 Kanun Keseksaan.Terdahulu, tular di Facebook beberapa gambar memaparkan individu yang cedera dengan kapsyen mendakwa berlaku “tragedi pakar bom” di Tobiar, Pendang.– BERNAMA Topic Berkaitan #Mercun bola #cedera #Pendang #ditahan Must Watch Video Cara lain mengikuti berita kami Baca Artikel Penuh Berita Terkini Malaysia Aliran trafik lebuh raya utama menghala ibu negara sesak malam ini 7 minutes ago Politik Pengasas PKR dakwa Rafizi Ramli menteri paling gagal 18 minutes ago Sukan Cabaran menggunung menanti jurulatih hoki baharu kebangsaan 1 hour ago Malaysia Mercun bola letup: Tujuh cedera, lelaki ditahan di Pendang 1 hour ago Malaysia Polis siasat dakwaan kes cabul di Terminal Bersepadu Selatan 1 hour ago Dunia Konflik Asia Barat: "Tiada penilaian" UK menjadi sasaran Iran – PM Britain 1 hour ago Advertisement NEWSLETTER Dapatkan Berita Terkini Berita, sorotan utama, dan segala dari Awani terus ke peti masuk anda. E-mel anda LAMAN HIBURAN LAIN POLISI PRIVASI TERMA PENGGUNAAN IKLAN BERSAMA KAMI PELABUR © 2026 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved. Gempak Dapatkan cerita gosip artis & berita hiburan terkini, serta program tempatan Awani Dapatkan berita hari ini dan berita terkini Malaysia, Dunia, Sukan, Hiburan, Teknologi, Gaya Hidup, Automotif, Politik, Foto, Video dan Siaran Langsung TV Xuan Astro’s Chinese channel programme updates, events, celebrity trends, entertainment Hotspot Mandarin news and infotainment platform that takes you to the leading topics Stadium Astro Catch the latest news and updates on local and global sporting events Ulagam Indian entertainment, events hub highlighting Indian top shows and news Rojak Daily Featuring Entertainment, Lifestyle and Kaw!, Malay video section and more Njoi Choose and pay for what you watch with our prepaid service, NJOI. Syok Enjoy Malaysia`s best radio, videos, podcasts, prizes and more! Get SYOK, everything got! Sooka Watch TV shows you sooka online or via app for FREE! Astro Rewards Exclusive privileges and promotions for Astro Subscribers
Mercun bola letup: Tujuh cedera, lelaki ditahan di Pendang
