Konflik Asia Barat: "Tiada penilaian" UK menjadi sasaran Iran – PM Britain | Awani Skip to main content Search LIVE Video Malaysia Dunia Politik Hiburan Bisnes Sukan Rancangan Gaya Hidup Lain-Lain Teknologi Podcast Select language BM | EN Search Live Log in Malaysia Aliran trafik lebuh raya utama menghala ibu negara sesak malam ini Politik Pengasas PKR dakwa Rafizi Ramli menteri paling gagal Sukan Cabaran menggunung menanti jurulatih hoki baharu kebangsaan Advertisement Dunia Konflik Asia Barat: "Tiada penilaian" UK menjadi sasaran Iran – PM Britain Bernama 23/03/2026 | 21:00 MYT Perdana Menteri United Kingdom (UK) Keir Starmer pada Isnin berkata tiada sebarang penilaian bahawa UK menjadi sasaran Iran susulan perkembangan ketenteraan terkini di rantau itu. LONDON: Perdana Menteri United Kingdom (UK) Keir Starmer pada Isnin berkata tiada sebarang penilaian bahawa UK menjadi sasaran Iran susulan perkembangan ketenteraan terkini di rantau itu, lapor Anadolu Ajansi (AA) memetik media tempatan.Ketika bercakap kepada penyiar, Starmer berkata kerajaan sentiasa menilai potensi ancaman namun memberi jaminan bahawa risikan semasa tidak menunjukkan UK berada dalam keadaan berisiko.Advertisement Kenyataan Starmer dibuat selepas tentera Israel mendakwa pada Sabtu bahawa Iran kini mempunyai “peluru berpandu yang boleh sampai ke London, Paris atau Berlin.” Peluru berpandu Iran perlu menempuh jarak kira-kira 4,345 kilometer (km) untuk sampai ke London.Dakwaan itu, yang dikongsi di platform media sosial X, dibuat susulan laporan bahawa Iran telah melancarkan peluru berpandu balistik ke arah pangkalan tentera AS-UK di Diego Garcia, terletak kira-kira 3,782 km dari pantai selatan Iran, namun tidak berjaya mengenainya.Apabila ditanya sama ada UK berada dalam jangkauan peluru berpandu Iran selepas cubaan serangan itu, Starmer berkata kerajaan menjalankan penilaian “sepanjang masa bagi memastikan keselamatan kita, dan tiada penilaian bahawa kita menjadi sasaran dengan cara itu sama sekali.”Beliau turut menekankan keperluan untuk meredakan ketegangan di Asia Barat, sambil menambah bahawa penting untuk mempertahankan kepentingan serta nyawa rakyat Britain “tanpa diheret ke dalam kancah peperangan.”Perdana menteri Britain itu mengesahkan bahawa satu mesyuarat tergempar Cobra akan diadakan bagi membincangkan kesan lebih luas konflik berkenaan, khususnya terhadap kewangan isi rumah.Mesyuarat Cobra menghimpunkan menteri kanan dan pegawai kerajaan bagi menyelaras tindak balas terhadap krisis besar.Starmer berkata “kebanyakan rakyat” bimbang mengenai konflik itu sendiri serta kesannya terhadap mereka dan keluarga masing-masing.“Dan hari ini kita meneliti kesan ekonomi, dan saya meminta supaya setiap langkah yang tersedia kepada kerajaan bagi menangani kos sara hidup dibincangkan dalam mesyuarat Cobra,” katanya kepada pemberita.Beliau menambah bahawa Bank of England dan badan lain turut akan menghadiri mesyuarat itu, sambil menegaskan beliau mahu memastikan kerajaan “melakukan segala yang kami mampu” untuk mengurangkan tekanan kos sara hidup.– BERNAMA-ANADOLU Topic Berkaitan #konflik Asia Barat #Iran #United Kingdom #Keir Starmer Must Watch Video Cara lain mengikuti berita kami Baca Artikel Penuh Berita Terkini Malaysia Aliran trafik lebuh raya utama menghala ibu negara sesak malam ini 5 minutes ago Politik Pengasas PKR dakwa Rafizi Ramli menteri paling gagal 17 minutes ago Sukan Cabaran menggunung menanti jurulatih hoki baharu kebangsaan 1 hour ago Malaysia Mercun bola letup: Tujuh cedera, lelaki ditahan di Pendang 1 hour ago Malaysia Polis siasat dakwaan kes cabul di Terminal Bersepadu Selatan 1 hour ago Dunia Konflik Asia Barat: "Tiada penilaian" UK menjadi sasaran Iran – PM Britain 1 hour ago Advertisement NEWSLETTER Dapatkan Berita Terkini Berita, sorotan utama, dan segala dari Awani terus ke peti masuk anda. E-mel anda LAMAN HIBURAN LAIN POLISI PRIVASI TERMA PENGGUNAAN IKLAN BERSAMA KAMI PELABUR © 2026 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved. Gempak Dapatkan cerita gosip artis & berita hiburan terkini, serta program tempatan Awani Dapatkan berita hari ini dan berita terkini Malaysia, Dunia, Sukan, Hiburan, Teknologi, Gaya Hidup, Automotif, Politik, Foto, Video dan Siaran Langsung TV Xuan Astro’s Chinese channel programme updates, events, celebrity trends, entertainment Hotspot Mandarin news and infotainment platform that takes you to the leading topics Stadium Astro Catch the latest news and updates on local and global sporting events Ulagam Indian entertainment, events hub highlighting Indian top shows and news Rojak Daily Featuring Entertainment, Lifestyle and Kaw!, Malay video section and more Njoi Choose and pay for what you watch with our prepaid service, NJOI. Syok Enjoy Malaysia`s best radio, videos, podcasts, prizes and more! Get SYOK, everything got! Sooka Watch TV shows you sooka online or via app for FREE! Astro Rewards Exclusive privileges and promotions for Astro Subscribers
Konflik Asia Barat: "Tiada penilaian" UK menjadi sasaran Iran – PM Britain
