KPDN Johor siasat kes isi RON95 dalam tong plastik melebihi had di Skudai | Awani Skip to main content Search LIVE Video Malaysia Dunia Politik Hiburan Bisnes Sukan Rancangan Gaya Hidup Lain-Lain Teknologi Podcast Select language BM | EN Search Live Log in Malaysia Tahap kesiapsiagaan Malaysia anjur Sukan SEA 2027 hampir 80 peratus Sukan Ranking Harimau Malaya jatuh, Cklamovski kekal optimis Bisnes Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS susulan konflik Asia Barat mereda Advertisement Malaysia KPDN Johor siasat kes isi RON95 dalam tong plastik melebihi had di Skudai Bernama 24/03/2026 | 11:00 MYT Siasatan dijalankan susulan satu video tular di media sosial yang memaparkan sebuah kenderaan dipercayai melakukan perbuatan terbabit. – Gambar hiasan JOHOR BAHRU: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Johor sedang menyiasat kes pengisian petrol RON95 bersubsidi ke dalam tong plastik melebihi had yang dibenarkan di sebuah stesen minyak di sekitar Skudai, pada 21 Mac lepas.Pengarah KPDN Johor Lilis Saslinda Pornomo berkata siasatan dijalankan susulan satu video tular di media sosial yang memaparkan sebuah kenderaan dipercayai melakukan perbuatan terbabit.Advertisement Beliau berkata pemeriksaan telah dilakukan ke atas premis berkenaan, termasuk semakan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) serta rekod transaksi dan resit pembelian bagi tujuan pengesahan.“Hasil semakan awal mendapati terdapat dua transaksi pengisian petrol RON95, iaitu satu ke dalam tangki kenderaan dan satu lagi ke dalam tong plastik di bahagian but dengan kuantiti melebihi had yang dibenarkan oleh Pengawal Bekalan Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.Beliau berkata pasukan penguat kuasa turut menjalankan siasatan lanjut bersama pihak pengurusan stesen minyak terbabit serta memberi peringatan agar pematuhan peraturan dipertingkat bagi mengelakkan kejadian berulang.Lilis Saslinda berkata pihaknya juga akan mengambil tindakan susulan dengan mengesan pemilik kenderaan berkenaan untuk dipanggil bagi siasatan lanjut.“Sehubungan itu, satu tindakan kes telah diambil di bawah Subperaturan 12A, Peraturan-Peraturan Kawalan Bekalan 1974, Akta Kawalan Bekalan 1961 atas kesalahan disyaki melanggar arahan Pengawal Bekalan Malaysia,” katanya.Beliau berkata kes itu disiasat di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961, yang memperuntukkan denda tidak melebihi RM1 juta atau penjara sehingga tiga tahun atau kedua-duanya bagi individu, manakala bagi kesalahan kedua dan seterusnya, denda boleh mencecah RM3 juta atau penjara sehingga lima tahun atau kedua-duanya.Bagi syarikat, katanya, denda tidak melebihi RM2 juta boleh dikenakan, manakala bagi kesalahan berulang, denda boleh meningkat sehingga RM5 juta.Beliau turut menggesa orang ramai menyalurkan maklumat atau aduan melalui WhatsApp 019-848 8000, portal e-Aduan KPDN ([email protected]), talian 1-800-886-800 atau aplikasi Ez ADU KPDN.– BERNAMA Topic Berkaitan #KPDN #minyak #RON95 #tong plastik Must Watch Video Cara lain mengikuti berita kami Baca Artikel Penuh Berita Terkini Malaysia KPDN Johor siasat kes isi RON95 dalam tong plastik melebihi had di Skudai 2 minutes ago Malaysia Tahap kesiapsiagaan Malaysia anjur Sukan SEA 2027 hampir 80 peratus 17 minutes ago Sukan Ranking Harimau Malaya jatuh, Cklamovski kekal optimis 32 minutes ago Bisnes Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS susulan konflik Asia Barat mereda 46 minutes ago Malaysia Dua lelaki maut dalam kemalangan di Batu Kurau 1 hour ago Malaysia Trafik lancar di semua lebuh raya utama pagi ini 1 hour ago Advertisement NEWSLETTER Dapatkan Berita Terkini Berita, sorotan utama, dan segala dari Awani terus ke peti masuk anda. E-mel anda LAMAN HIBURAN LAIN POLISI PRIVASI TERMA PENGGUNAAN IKLAN BERSAMA KAMI PELABUR © 2026 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved. Gempak Dapatkan cerita gosip artis & berita hiburan terkini, serta program tempatan Awani Dapatkan berita hari ini dan berita terkini Malaysia, Dunia, Sukan, Hiburan, Teknologi, Gaya Hidup, Automotif, Politik, Foto, Video dan Siaran Langsung TV Xuan Astro’s Chinese channel programme updates, events, celebrity trends, entertainment Hotspot Mandarin news and infotainment platform that takes you to the leading topics Stadium Astro Catch the latest news and updates on local and global sporting events Ulagam Indian entertainment, events hub highlighting Indian top shows and news Rojak Daily Featuring Entertainment, Lifestyle and Kaw!, Malay video section and more Njoi Choose and pay for what you watch with our prepaid service, NJOI. Syok Enjoy Malaysia`s best radio, videos, podcasts, prizes and more! Get SYOK, everything got! Sooka Watch TV shows you sooka online or via app for FREE! Astro Rewards Exclusive privileges and promotions for Astro Subscribers
KPDN Johor siasat kes isi RON95 dalam tong plastik melebihi had di Skudai
