Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS susulan konflik Asia Barat mereda

Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS susulan konflik Asia Barat mereda | Awani Skip to main content Search LIVE Video Malaysia Dunia Politik Hiburan Bisnes Sukan Rancangan Gaya Hidup Lain-Lain Teknologi Podcast Select language BM | EN Search Live Log in Malaysia Penipuan dalam talian, tiga rakyat Malaysia ditahan di Kemboja Malaysia APMM perluas kawasan CARILAMAT penyelam hilang di perairan Pulau Tenggol Teknologi DJI saman Insta360, dakwa enam paten dicuri bekas jurutera Advertisement Bisnes Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS susulan konflik Asia Barat mereda Astro AWANI 24/03/2026 | 10:15 MYT Pada jam 8.01 pagi, ringgit mengukuh kepada 3.9200/9400 berbanding dolar AS. – Gambar hiasan KUALA LUMPUR: Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Selasa susulan sentimen risiko global bertambah baik selepas Presiden AS Donald Trump memberi petunjuk bahawa konflik Asia Barat mereda.Pada jam 8.01 pagi, ringgit mengukuh kepada 3.9200/9400 berbanding dolar AS daripada .3.9330/9415 ketika ditutup pada Khamis lepas.Advertisement Pasaran di Malaysia akan ditutup pada 20 Mac (Jumaat) dan 23 Mac (Isnin) sempena Hari Raya Aidilfitri.Rakan Kongsi Pengurusan SPI Asset Management, Stephen Innes berkata susulan langkah Trump itu, harga minyak mentah susut hampir 10 peratus, sekali gus mengurangkan tekanan kewangan ke atas pengimport minyak termasuk Malaysia, bagaimanapun, langkah tersebut masih terasa seperti pelepasan premium risiko berbanding peralihan keyakinan sepenuhnya, tambah beliau.“Jika pasaran benar-benar percaya pada penurunan yang berkekalan, kita akan melihat peningkatan lebih kukuh dan lebih mampan merentasi aset risiko dan penjualan dolar yang lebih mendalam. Sebaliknya, reaksi itu mendadak tetapi tidak lengkap, menunjukkan pelabur mengurangkan kedudukan defensif dolar AS berbanding keluar sepenuhnya daripadanya,” katanya kepada Bernama.Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd, Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata Indeks Dolar AS (DXY) merosot sebanyak 0.7 peratus kepada 98.95 berikutan lanjutan tarikh akhir serangan ke atas loji janakuasa Iran selama lima hari oleh Trump sebagai tindak balas kepada penutupan Selat Hormuz.”Hasilnya, ia adalah mod risiko dengan indeks ekuiti penanda aras seperti S&P 500 dan Nasdaq meningkat lebih daripada satu peratus di sebalik penurunan 11 peratus dalam harga minyak mentah Brent kepada US$99.94 setong. Oleh itu, mata wang tempatan berkemungkinan akan respons secara positif terhadap berita sedemikian, walaupun situasi semasa perang di Iran yang melanda ekonomi global berkemungkinan akan memastikan sentimen pasaran sentiasa terkawal,” katanya.Ringgit kebanyakannya rendah berbanding sekumpulan mata wang utama lain.Unit tempatan susut berbanding yen Jepun kepada 2.4733/4863 daripada 2.4716/4771 ketika ditutup pada Khamis, menguncup berbanding pound Britain kepada 5.2626/2895 daripada 5.2246/2359 dan berkurangan berbanding euro kepada 4.5499/5732 daripada 4.5139/5237 sebelumnya.Sementara itu, ringgit diniagakan bercampur-campur berbanding mata wang ASEAN.Unit domestik naik berbanding rupiah Indonesia kepada 230.6/231.9 daripada 231.4/232.0 pada penutupan Khamis dan menokok berbanding peso FIlipina kepada 6.50/6.54 daripada 6.54/6.56 sebelum itu.Bagaimanapun, ia susut berbanding dolar Singapura kepada 3.0735/0897 daripada 3.0671/0740 dan berkurangan berbanding baht Thailand kepada 12.0868/1556 daripada 11.9872/12.0204 sebelum itu.– BERNAMA   Topic Berkaitan #Ringgit #dolar AS #dagangan #mata wang asing Must Watch Video Cara lain mengikuti berita kami Baca Artikel Penuh Berita Terkini Malaysia Penipuan dalam talian, tiga rakyat Malaysia ditahan di Kemboja 1 minute ago Malaysia APMM perluas kawasan CARILAMAT penyelam hilang di perairan Pulau Tenggol 16 minutes ago Teknologi DJI saman Insta360, dakwa enam paten dicuri bekas jurutera 26 minutes ago Dunia Harga minyak Brent melebihi AS$100 ketika dakwaan rundingan AS–Iran dipertikai 31 minutes ago Malaysia Polis tahan pasangan terlibat perbuatan lucah di tanah perkuburan 46 minutes ago Dunia Sanae Takaichi umum Jepun akan guna sebahagian rizab minyak negara menjelang akhir Mac 1 hour ago Advertisement NEWSLETTER Dapatkan Berita Terkini Berita, sorotan utama, dan segala dari Awani terus ke peti masuk anda. E-mel anda Close LAMAN HIBURAN LAIN POLISI PRIVASI TERMA PENGGUNAAN IKLAN BERSAMA KAMI PELABUR © 2026 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved. Gempak Dapatkan cerita gosip artis & berita hiburan terkini, serta program tempatan Awani Dapatkan berita hari ini dan berita terkini Malaysia, Dunia, Sukan, Hiburan, Teknologi, Gaya Hidup, Automotif, Politik, Foto, Video dan Siaran Langsung TV Xuan Astro’s Chinese channel programme updates, events, celebrity trends, entertainment Hotspot Mandarin news and infotainment platform that takes you to the leading topics Stadium Astro Catch the latest news and updates on local and global sporting events Ulagam Indian entertainment, events hub highlighting Indian top shows and news Rojak Daily Featuring Entertainment, Lifestyle and Kaw!, Malay video section and more Njoi Choose and pay for what you watch with our prepaid service, NJOI. Syok Enjoy Malaysia`s best radio, videos, podcasts, prizes and more! Get SYOK, everything got! Sooka Watch TV shows you sooka online or via app for FREE! Astro Rewards Exclusive privileges and promotions for Astro Subscribers

Tinggalkan Balasan

Alamat email Anda tidak akan dipublikasikan. Ruas yang wajib ditandai *