Malaysia akan main peranan proaktif sumbang penyelesaian konflik di Asia Barat – MKN | Awani Skip to main content Search LIVE Video Malaysia Dunia Politik Hiburan Bisnes Sukan Rancangan Gaya Hidup Lain-Lain Teknologi Podcast Select language BM | EN Search Live Log in Dunia Thailand dapat kebenaran Iran untuk kapal tangki minyak lalu Selat Hormuz Malaysia Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini Dunia Iran lantik Mohammad Bagher Zolghadr sebagai ketua keselamatan tertinggi Advertisement Malaysia Malaysia akan main peranan proaktif sumbang penyelesaian konflik di Asia Barat – MKN Farhan Hakimi 24/03/2026 | 23:00 MYT Sidang MKN Khas hari ini juga akan disusuli oleh Mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) Khas esok yang juga akan dipengerusikan oleh Perdana Menteri. – Foto AP KUALA LUMPUR: Malaysia akan memainkan peranan proaktif untuk menyumbang kepada penyelesaian konflik yang berlaku di Asia Barat.Majlis Keselamatan Negara (MKN) dalam satu kenyataan berkata perkara itu dibincangkan dalam Sidang MKN Khas yang menumpukan perhatian kepada konflik itu, dipengerusikan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini.Susulan itu Perdana Menteri, Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan dan ketua-ketua agensi keselamatan sedang berhubung rapat dengan rakan sejawat mereka.”Sebagai contoh, pada hari ini, Perdana Menteri telah mengadakan perbualan telefon dengan pemimpin-pemimpin New Zealand, Jepun, Bahrain dan Emiriah Arab Bersatu.”Kecuali Israel, Malaysia mempunyai hubungan yang baik dengan kesemua pemain utama dalam isu ini; pendirian konsisten, berkecuali dan sikap berterus-terang juga membuat Malaysia dihormati,” ujar kenyataan tersebut.Tambah MKN, Malaysia menyambut baik perkembangan mutakhir yang menyaksikan kesemua pihak terbabit untuk menghentikan serangan selama lima hari. “Ruang ini harus digunakan untuk mengadakan rundingan secara serius dan ikhlas,” kata MKN.Jelas kenyataan itu, mesyuarat turut mengambil maklum bahawa perkembangan terbaru ini telah menyebabkan penyusutan harga minyak antarabangsa.”Walau bagaimanapun, Malaysia harus terus bersiap sedia untuk menghadapi situasi konflik yang berpanjangan yang akan membawa implikasi ekonomi bukan hanya kepada Malaysia, tetapi dunia secara keseluruhannya. “Kerajaan Malaysia akan mengambil pendekatan menyeluruh dan terselaras untuk menangani keadaan ini,” tambah kenyataan itu.Sidang MKN Khas hari ini juga antara lain membincangkan isu-isu yang terkait termasuklah isu keselamatan seperti aktiviti agensi perisikan di Malaysia, pencegahan aktiviti peneludupan bahan api dan juga keadaan pasukan pengaman Malaysia (MALBATT) yang kini bertugas di Lubnan.Ia akan disusuli oleh Mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) Khas esok yang juga akan dipengerusikan oleh Perdana Menteri.Tegas MKN, kerajaan sentiasa mengambil pendekatan proaktif untuk memastikan keselamatan negara sentiasa terpelihara dan kebajikan rakyat sentiasa terbela sewaktu keadaan mencabar ini. Advertisement Topic Berkaitan #Iran #Asia Barat #mkn #anwar ibrahim Must Watch Video Cara lain mengikuti berita kami Baca Artikel Penuh Berita Terkini Dunia Thailand dapat kebenaran Iran untuk kapal tangki minyak lalu Selat Hormuz 13 minutes ago Malaysia Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini 15 minutes ago Dunia Iran lantik Mohammad Bagher Zolghadr sebagai ketua keselamatan tertinggi 44 minutes ago Dunia Konflik Asia Barat: Filipina isytihar darurat tenaga gangguan bekalan minyak 55 minutes ago Malaysia Malaysia akan main peranan proaktif sumbang penyelesaian konflik di Asia Barat – MKN 1 hour ago Malaysia Lelaki ditahan disyaki curi kabel TM 2 hours ago Advertisement NEWSLETTER Dapatkan Berita Terkini Berita, sorotan utama, dan segala dari Awani terus ke peti masuk anda. E-mel anda Close LAMAN HIBURAN LAIN POLISI PRIVASI TERMA PENGGUNAAN IKLAN BERSAMA KAMI PELABUR © 2026 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved. Gempak Dapatkan cerita gosip artis & berita hiburan terkini, serta program tempatan Awani Dapatkan berita hari ini dan berita terkini Malaysia, Dunia, Sukan, Hiburan, Teknologi, Gaya Hidup, Automotif, Politik, Foto, Video dan Siaran Langsung TV Xuan Astro’s Chinese channel programme updates, events, celebrity trends, entertainment Hotspot Mandarin news and infotainment platform that takes you to the leading topics Stadium Astro Catch the latest news and updates on local and global sporting events Ulagam Indian entertainment, events hub highlighting Indian top shows and news Rojak Daily Featuring Entertainment, Lifestyle and Kaw!, Malay video section and more Njoi Choose and pay for what you watch with our prepaid service, NJOI. Syok Enjoy Malaysia`s best radio, videos, podcasts, prizes and more! Get SYOK, everything got! Sooka Watch TV shows you sooka online or via app for FREE! Astro Rewards Exclusive privileges and promotions for Astro Subscribers
Malaysia akan main peranan proaktif sumbang penyelesaian konflik di Asia Barat – MKN
