Konflik Asia Barat: Malaysia kekal pendirian pertikaian mesti ditangani melalui jalan damai – PM Anwar

Konflik Asia Barat: Malaysia kekal pendirian pertikaian mesti ditangani melalui jalan damai – PM Anwar | Awani Skip to main content Search LIVE Video Malaysia Dunia Politik Hiburan Bisnes Sukan Rancangan Gaya Hidup Lain-Lain Teknologi Podcast Select language BM | EN Search Live Log in Dunia Thailand dapat kebenaran Iran untuk kapal tangki minyak lalu Selat Hormuz Malaysia Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini Dunia Iran lantik Mohammad Bagher Zolghadr sebagai ketua keselamatan tertinggi Advertisement Malaysia Konflik Asia Barat: Malaysia kekal pendirian pertikaian mesti ditangani melalui jalan damai – PM Anwar Bernama 24/03/2026 | 20:48 MYT Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika mengadakan perbualan telefon bersama Putera Mahkota merangkap Perdana Menteri Bahrain Putera Salman Hamad Al Khalifa serta Presiden Emiriah Arab Bersatu (UAE) Sheikh Mohamed Zayed Al Nahyan hari ini. – Foto Facebook Anwar Ibrahim KUALA LUMPUR: Malaysia kekal berpendirian bahawa segala pertikaian di Asia Barat mesti ditangani melalui jalan damai bagi meredakan ketegangan yang kian meruncing di rantau berkenaan.Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata dialog, diplomasi dan kerjasama erat antara negara adalah satu-satunya jalan bagi meredakan ketegangan dan mengembalikan kestabilan, selaras dengan tuntutan kemanusiaan serta prinsip keadilan sejagat.Advertisement Beliau menyatakan perkara itu menerusi hantaran di Facebook selepas mengadakan perbualan telefon bersama Putera Mahkota merangkap Perdana Menteri Bahrain Putera Salman Hamad Al Khalifa serta Presiden Emiriah Arab Bersatu (UAE) Sheikh Mohamed Zayed Al Nahyan hari ini.”Saya menzahirkan keprihatinan mendalam terhadap ketegangan yang berlarutan serta implikasinya kepada keselamatan serantau dan kesejahteraan rakyat, di samping menyampaikan takziah atas kehilangan nyawa serta kerosakan harta benda akibat daripada serangan balas yang berlaku,” kata beliau.Selain membincangkan isu keselamatan serantau, Anwar berkata beliau dan kedua-dua pemimpin berkenaan turut saling bertukar ucapan Aidilfitri serta mendoakan kesejahteraan, keamanan dan kemakmuran buat rakyat di negara masing-masing.Ketegangan serantau terus memuncak sejak Amerika Syarikat (AS) dan Israel melancarkan serangan bersama terhadap Iran pada 28 Feb lepas.Tehran bertindak balas dengan melancarkan serangan dron dan peluru berpandu yang menyasarkan Israel, serta Jordan, Iraq dan negara Teluk yang menempatkan aset ketenteraan AS, menyebabkan korban jiwa dan kerosakan infrastruktur selain mengganggu pasaran global dan sektor penerbangan.– BERNAMA Topic Berkaitan #konflik Asia Barat #malaysia #jalan damai #Perdana Menteri Anwar Ibrahim Must Watch Video Cara lain mengikuti berita kami Baca Artikel Penuh Berita Terkini Dunia Thailand dapat kebenaran Iran untuk kapal tangki minyak lalu Selat Hormuz 13 minutes ago Malaysia Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini 15 minutes ago Dunia Iran lantik Mohammad Bagher Zolghadr sebagai ketua keselamatan tertinggi 44 minutes ago Dunia Konflik Asia Barat: Filipina isytihar darurat tenaga gangguan bekalan minyak 55 minutes ago Malaysia Malaysia akan main peranan proaktif sumbang penyelesaian konflik di Asia Barat – MKN 1 hour ago Malaysia Lelaki ditahan disyaki curi kabel TM 2 hours ago Advertisement NEWSLETTER Dapatkan Berita Terkini Berita, sorotan utama, dan segala dari Awani terus ke peti masuk anda. E-mel anda Close LAMAN HIBURAN LAIN POLISI PRIVASI TERMA PENGGUNAAN IKLAN BERSAMA KAMI PELABUR © 2026 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved. Gempak Dapatkan cerita gosip artis & berita hiburan terkini, serta program tempatan Awani Dapatkan berita hari ini dan berita terkini Malaysia, Dunia, Sukan, Hiburan, Teknologi, Gaya Hidup, Automotif, Politik, Foto, Video dan Siaran Langsung TV Xuan Astro’s Chinese channel programme updates, events, celebrity trends, entertainment Hotspot Mandarin news and infotainment platform that takes you to the leading topics Stadium Astro Catch the latest news and updates on local and global sporting events Ulagam Indian entertainment, events hub highlighting Indian top shows and news Rojak Daily Featuring Entertainment, Lifestyle and Kaw!, Malay video section and more Njoi Choose and pay for what you watch with our prepaid service, NJOI. Syok Enjoy Malaysia`s best radio, videos, podcasts, prizes and more! Get SYOK, everything got! Sooka Watch TV shows you sooka online or via app for FREE! Astro Rewards Exclusive privileges and promotions for Astro Subscribers

Tinggalkan Balasan

Alamat email Anda tidak akan dipublikasikan. Ruas yang wajib ditandai *