150 hektar ladang kelapa sawit di Nenasi terbakar

150 hektar ladang kelapa sawit di Nenasi terbakar | Awani Skip to main content Search LIVE Video Malaysia Dunia Politik Hiburan Bisnes Sukan Rancangan Gaya Hidup Lain-Lain Teknologi Podcast Select language BM | EN Search Live Log in Dunia Thailand dapat kebenaran Iran untuk kapal tangki minyak lalu Selat Hormuz Malaysia Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini Dunia Iran lantik Mohammad Bagher Zolghadr sebagai ketua keselamatan tertinggi Advertisement Malaysia 150 hektar ladang kelapa sawit di Nenasi terbakar Bernama 24/03/2026 | 21:45 MYT Sebuah lagi ladang kelapa sawit di Nenasi, Pekan, terbakar sejak semalam dengan luas kebakaran meliputi kawasan 150 hektar. – Foto Sinar Harian KUANTAN: Sebuah lagi ladang kelapa sawit di Nenasi, Pekan, terbakar sejak semalam dengan luas kebakaran meliputi kawasan 150 hektar.Timbalan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang Wan Ahmad Fadillah Wan Abdul Rahman berkata pihaknya berjaya mengawal kebakaran di ladang keseluruhan seluas 500 hektar itu.Advertisement “Setakat ini, kebakaran di 48 hektar kawasan telah berjaya dipadamkan. Operasi pemadaman dibahagikan kepada dua kumpulan menggunakan satu unit pam angkut dengan dua aliran sepanjang 91.4 meter yang mendapatkan sumber air terbuka,” katanya dalam kenyataan hari ini.Beliau berkata pihaknya telah mengemukakan permohonan bantuan Unit Udara Bomba bagi mempercepat operasi pemadaman berikutan cabaran kekangan akses ke lokasi kebakaran yang menyukarkan pergerakan jentera dan anggota.Wan Ahmad Fadillah berkata pada masa sama, pasukan bomba turut menjalankan operasi pemadaman kebakaran di ladang kelapa sawit di Kampung Jemeri, Kuala Rompin melibatkan kawasan seluas kira-kira 292 hektar yang memasuki hari kedua operasi.“Sebanyak 6.07 hektar kawasan terbakar berjaya dipadamkan manakala operasi pemadaman di kawasan baki yang dianggarkan kira-kira 286 hektar dijalankan menggunakan satu unit pam angkut dengan hos sepanjang 182.8 meter serta dua pancutan air,” katanya.Secara keseluruhan, beliau berkata operasi pemadaman melibatkan 28 anggota daripada Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Nenasi dan BBP Kuala Rompin bersama beberapa aset termasuk jentera Light Fire Rescue Tender (LFRT), kenderaan pacuan empat roda serta lori sokongan.“Setakat ini, tiada mangsa dilaporkan terjejas,” katanya sambil menasihati orang ramai supaya tidak melakukan pembakaran terbuka, sentiasa mematuhi arahan pihak berkuasa serta segera melaporkan sebarang kejadian kebakaran melalui talian kecemasan 999.– BERNAMA  Topic Berkaitan #ladang kelapa sawit #terbakar #Nenasi #JBPM Pahang Must Watch Video Cara lain mengikuti berita kami Baca Artikel Penuh Berita Terkini Dunia Thailand dapat kebenaran Iran untuk kapal tangki minyak lalu Selat Hormuz 14 minutes ago Malaysia Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini 15 minutes ago Dunia Iran lantik Mohammad Bagher Zolghadr sebagai ketua keselamatan tertinggi 44 minutes ago Dunia Konflik Asia Barat: Filipina isytihar darurat tenaga gangguan bekalan minyak 55 minutes ago Malaysia Malaysia akan main peranan proaktif sumbang penyelesaian konflik di Asia Barat – MKN 1 hour ago Malaysia Lelaki ditahan disyaki curi kabel TM 2 hours ago Advertisement NEWSLETTER Dapatkan Berita Terkini Berita, sorotan utama, dan segala dari Awani terus ke peti masuk anda. E-mel anda Close LAMAN HIBURAN LAIN POLISI PRIVASI TERMA PENGGUNAAN IKLAN BERSAMA KAMI PELABUR © 2026 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved. Gempak Dapatkan cerita gosip artis & berita hiburan terkini, serta program tempatan Awani Dapatkan berita hari ini dan berita terkini Malaysia, Dunia, Sukan, Hiburan, Teknologi, Gaya Hidup, Automotif, Politik, Foto, Video dan Siaran Langsung TV Xuan Astro’s Chinese channel programme updates, events, celebrity trends, entertainment Hotspot Mandarin news and infotainment platform that takes you to the leading topics Stadium Astro Catch the latest news and updates on local and global sporting events Ulagam Indian entertainment, events hub highlighting Indian top shows and news Rojak Daily Featuring Entertainment, Lifestyle and Kaw!, Malay video section and more Njoi Choose and pay for what you watch with our prepaid service, NJOI. Syok Enjoy Malaysia`s best radio, videos, podcasts, prizes and more! Get SYOK, everything got! Sooka Watch TV shows you sooka online or via app for FREE! Astro Rewards Exclusive privileges and promotions for Astro Subscribers

Tinggalkan Balasan

Alamat email Anda tidak akan dipublikasikan. Ruas yang wajib ditandai *