Ranhill SAJ dan Yes tawar penjimatan bil air, perluas capaian digital di Johor | Awani Skip to main content Search LIVE Video Malaysia Dunia Politik Hiburan Bisnes Sukan Rancangan Gaya Hidup Lain-Lain Teknologi Podcast Select language BM | EN Search Live Log in Malaysia PDRM kekal benteng utama pertahan keamanan negara – KPN Dunia Menteri Luar Iran, Malaysia bincang hubungan, perkembangan terkini konflik Asia Barat Dunia Australia bantah rancangan Israel duduki selatan Lubnan Advertisement Malaysia Ranhill SAJ dan Yes tawar penjimatan bil air, perluas capaian digital di Johor Amzar Alif 25/03/2026 | 12:20 MYT Pelanggan yang melanggan pelan Jalur Lebar Yes 5G Advanced akan menikmati baucar RM10.50 sebulan untuk bil air selama enam bulan pertama. – Gambar Yes JOHOR BAHRU: Ranhill SAJ bekerjasama dengan Yes memperkenalkan inisiatif baharu bagi membantu isi rumah di Johor mengurangkan kos sara hidup melalui penjimatan bil air, di samping memperluas capaian digital dalam kalangan pengguna.Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif Ranhill SAJ, Mohd Hedzir Hanafi berkata, kerjasama tersebut mencerminkan komitmen syarikat dalam menyokong kesejahteraan komuniti melalui pendekatan yang lebih menyeluruh dan berimpak tinggi.Advertisement “Peranan kami bukan sekadar membekalkan air terawat dan selamat, sebaliknya melalui kerjasama dengan Yes ini, kami dapat menawarkan penjimatan yang bermakna kepada isi rumah di Johor sambil menggalakkan penggunaan digital melalui aplikasi Ranhill SAJ,” katanya.Tambahnya, inisiatif tersebut merupakan langkah penting ke arah membina komuniti yang lebih berhubung serta memperkukuh ekosistem digital di negeri itu.Melalui kerjasama berkenaan, pelanggan yang melanggan pelan Jalur Lebar Yes 5G Advanced akan menikmati baucar RM10.50 sebulan untuk bil air selama enam bulan pertama, sekali gus menggabungkan keperluan asas utiliti dan ketersambungan digital dalam satu pakej nilai tambah.Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif YTL Communications, Wing K. Lee berkata kerjasama tersebut membuktikan perkhidmatan asas boleh digabungkan dengan teknologi digital bagi memberi manfaat langsung kepada masyarakat.“Sambungan internet yang boleh dipercayai kini menjadi satu keperluan untuk isi rumah dan melalui kerjasama dengan Ranhill SAJ ini, kami berbangga dapat membawa rangkaian 5G Advanced ke lebih banyak rumah di Johor sambil membantu keluarga menikmati penjimatan tambahan pada bil air mereka,” ujarnya. Image Pelanggan yang melanggan pelan Jalur Lebar Yes 5G Advanced akan menikmati baucar RM10.50 sebulan untuk bil air selama enam bulan pertama. – Gambar Yes Sebagai penyedia perkhidmatan air utama di Johor, Ranhill SAJ terus memainkan peranan penting dalam memastikan bekalan air yang selamat dan berterusan kepada lebih 1.8 juta isi rumah di negeri itu.Pada masa sama, akses internet berkelajuan tinggi dilihat semakin kritikal dalam menyokong keperluan pendidikan, pekerjaan serta komunikasi harian masyarakat masa kini.Melalui pelan yang ditawarkan, pengguna boleh menikmati perkhidmatan jalur lebar bermula RM68 sebulan bersama pelbagai manfaat tambahan termasuk peranti premium percuma serta langganan iQIYI selama setahun dengan nilai keseluruhan melebihi RM1,300.Penyelesaian WiFi rumah yang disediakan juga bersifat plug-and-play tanpa pemasangan berwayar, sekali gus memudahkan pengguna menikmati sambungan internet dengan lebih cepat dan praktikal.Selain penjimatan kos, pelanggan turut digalakkan memuat turun aplikasi Ranhill SAJ bagi memudahkan pengurusan akaun air, semakan bil serta mendapatkan maklumat perkhidmatan secara masa nyata.Inisiatif ini dijangka memperluas penyertaan rakyat dalam ekosistem digital selaras dengan aspirasi Johor sebagai negeri pintar dan berdaya saing.Orang ramai yang berminat boleh mendapatkan maklumat lanjut serta mendaftar melalui laman sesawang rasmi Yes atau mengunjungi kedai Yes terpilih di Johor. Topic Berkaitan #Ranhill SAJ #YES #Mohd Hedzir Hanafi #Jalur Lebar Yes 5G Advanced #Wing K. Lee Must Watch Video Cara lain mengikuti berita kami Baca Artikel Penuh Berita Terkini Malaysia PDRM kekal benteng utama pertahan keamanan negara – KPN few seconds ago Dunia Menteri Luar Iran, Malaysia bincang hubungan, perkembangan terkini konflik Asia Barat 11 minutes ago Dunia Australia bantah rancangan Israel duduki selatan Lubnan 12 minutes ago Malaysia Cuaca panas berpanjangan boleh jejas kesihatan – KKM 27 minutes ago Dunia Presiden Jerman tegaskan serangan AS-Israel terhadap Iran langgar undang‑undang antarabangsa 35 minutes ago Dunia 'Umpama berunding dengan diri sendiri' – Tehran sindir usaha gencatan senjata AS 47 minutes ago Advertisement NEWSLETTER Dapatkan Berita Terkini Berita, sorotan utama, dan segala dari Awani terus ke peti masuk anda. E-mel anda Close LAMAN HIBURAN LAIN POLISI PRIVASI TERMA PENGGUNAAN IKLAN BERSAMA KAMI PELABUR © 2026 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved. Gempak Dapatkan cerita gosip artis & berita hiburan terkini, serta program tempatan Awani Dapatkan berita hari ini dan berita terkini Malaysia, Dunia, Sukan, Hiburan, Teknologi, Gaya Hidup, Automotif, Politik, Foto, Video dan Siaran Langsung TV Xuan Astro’s Chinese channel programme updates, events, celebrity trends, entertainment Hotspot Mandarin news and infotainment platform that takes you to the leading topics Stadium Astro Catch the latest news and updates on local and global sporting events Ulagam Indian entertainment, events hub highlighting Indian top shows and news Rojak Daily Featuring Entertainment, Lifestyle and Kaw!, Malay video section and more Njoi Choose and pay for what you watch with our prepaid service, NJOI. Syok Enjoy Malaysia`s best radio, videos, podcasts, prizes and more! Get SYOK, everything got! Sooka Watch TV shows you sooka online or via app for FREE! Astro Rewards Exclusive privileges and promotions for Astro Subscribers
Ranhill SAJ dan Yes tawar penjimatan bil air, perluas capaian digital di Johor
