Nelayan tular isi minyak dalam tong ada permit sah – KPDN Pulau Pinang | Awani Skip to main content Search LIVE Video Malaysia Dunia Politik Hiburan Bisnes Sukan Rancangan Gaya Hidup Lain-Lain Teknologi Podcast Select language BM | EN Search Live Log in Malaysia PDRM kekal benteng utama pertahan keamanan negara – KPN Dunia Menteri Luar Iran, Malaysia bincang hubungan, perkembangan terkini konflik Asia Barat Dunia Australia bantah rancangan Israel duduki selatan Lubnan Advertisement Malaysia Nelayan tular isi minyak dalam tong ada permit sah – KPDN Pulau Pinang Bernama 25/03/2026 | 12:59 MYT KPDN berkata, semakan mendapati individu itu seorang nelayan dan mempunyai permit sah bagi pembelian bahan api mengikut peruntukan undang-undang. – Gambar/ Media sosial GEORGE TOWN: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Pulau Pinang mengesahkan tindakan seorang individu mengisi minyak ke dalam tong di sebuah stesen minyak di Jalan Tengah, Bayan Lepas yang tular di media sosial tidak melanggar undang-undang.Pengarahnya S. Jegan berkata semakan mendapati individu itu seorang nelayan dan mempunyai permit sah bagi pembelian bahan api mengikut peruntukan undang-undang dan tertakluk kepada had kuota yang telah ditetapkan.Advertisement “Sehubungan dengan itu, aktiviti pembelian minyak oleh individu tersebut mematuhi peraturan dan tidak melibatkan sebarang kesalahan,” katanya dalam kenyataan hari ini. Jegan berkata sepasukan pegawai penguat kuasa KPDN negeri telah ke lokasi kejadian bagi menjalankan siasatan lanjut serta mendapatkan maklumat terperinci berhubung insiden itu. Beliau berkata sebarang pembelian melebihi 20 liter ke dalam tong harus mendapatkan permit khas barang kawalan berjadual daripada KPDN dan lazimnya diberikan bagi kegunaan tertentu seperti pengoperasian jentera pertanian serta perikanan tertakluk kepada syarat ditetapkan.Bagaimanapun, Jegan berkata penjualan bahan api ke dalam bekas selain tangki asal kenderaan melebihi 20 liter tanpa permit yang sah ialah satu kesalahan dan akan dikenakan tindakan tegas di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961.Justeru, beliau berkata pihaknya menjalankan pemantauan berterusan di stesen minyak dan menasihatkan orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi atau menyebarkan maklumat tidak tepat sehingga boleh menimbulkan kekeliruan dalam kalangan masyarakat. Semalam, satu video berdurasi 1.01 minit tular di media sosial memaparkan seorang lelaki mengisi minyak ke dalam beberapa tong plastik di dalam keretanya di sebuah stesen minyak di Pulau Pinang.– BERNAMA Topic Berkaitan #video tular #KPDN Pulau Pinang #isi minyak dalam tong #kartel minyak Must Watch Video Cara lain mengikuti berita kami Baca Artikel Penuh Berita Terkini Malaysia PDRM kekal benteng utama pertahan keamanan negara – KPN few seconds ago Dunia Menteri Luar Iran, Malaysia bincang hubungan, perkembangan terkini konflik Asia Barat 11 minutes ago Dunia Australia bantah rancangan Israel duduki selatan Lubnan 12 minutes ago Malaysia Cuaca panas berpanjangan boleh jejas kesihatan – KKM 27 minutes ago Dunia Presiden Jerman tegaskan serangan AS-Israel terhadap Iran langgar undang‑undang antarabangsa 34 minutes ago Dunia 'Umpama berunding dengan diri sendiri' – Tehran sindir usaha gencatan senjata AS 47 minutes ago Advertisement NEWSLETTER Dapatkan Berita Terkini Berita, sorotan utama, dan segala dari Awani terus ke peti masuk anda. E-mel anda Close LAMAN HIBURAN LAIN POLISI PRIVASI TERMA PENGGUNAAN IKLAN BERSAMA KAMI PELABUR © 2026 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved. Gempak Dapatkan cerita gosip artis & berita hiburan terkini, serta program tempatan Awani Dapatkan berita hari ini dan berita terkini Malaysia, Dunia, Sukan, Hiburan, Teknologi, Gaya Hidup, Automotif, Politik, Foto, Video dan Siaran Langsung TV Xuan Astro’s Chinese channel programme updates, events, celebrity trends, entertainment Hotspot Mandarin news and infotainment platform that takes you to the leading topics Stadium Astro Catch the latest news and updates on local and global sporting events Ulagam Indian entertainment, events hub highlighting Indian top shows and news Rojak Daily Featuring Entertainment, Lifestyle and Kaw!, Malay video section and more Njoi Choose and pay for what you watch with our prepaid service, NJOI. Syok Enjoy Malaysia`s best radio, videos, podcasts, prizes and more! Get SYOK, everything got! Sooka Watch TV shows you sooka online or via app for FREE! Astro Rewards Exclusive privileges and promotions for Astro Subscribers
Nelayan tular isi minyak dalam tong ada permit sah – KPDN Pulau Pinang
