OnePlus dijangka hentikan operasi global seawal April 2026 | Awani Skip to main content Search LIVE Video Malaysia Dunia Politik Hiburan Bisnes Sukan Rancangan Gaya Hidup Lain-Lain Teknologi Podcast Select language BM | EN Search Live Log in Malaysia PDRM kekal benteng utama pertahan keamanan negara – KPN Dunia Menteri Luar Iran, Malaysia bincang hubungan, perkembangan terkini konflik Asia Barat Dunia Australia bantah rancangan Israel duduki selatan Lubnan Advertisement Teknologi OnePlus dijangka hentikan operasi global seawal April 2026 Astro AWANI 25/03/2026 | 11:11 MYT Antara faktor yang mendorong potensi pengecilan operasi itu termasuk krisis kekurangan bekalan memori (RAM) dan storan global yang meningkatkan kos pengeluaran. -Gambar Amanz SHENZHEN: Spekulasi mengenai kemungkinan penutupan operasi global jenama telefon pintar OnePlus kembali hangat berikutan laporan yang mendakwa syarikat itu mungkin menghentikan pasaran antarabangsa seawal April 2026.Menurut Amanz yang memetik laporan 9to5Google, sumber dalaman mengesahkan OnePlus dijangka menamatkan operasi di beberapa wilayah utama termasuk sebahagian besar Eropah dan Amerika Utara.Advertisement Langkah itu dilihat bertujuan membolehkan syarikat memfokuskan semula strategi kepada pasaran China, manakala pasaran India dilaporkan akan beralih kepada peranti segmen mampu milik dan pertengahan.Ketidaktentuan mengenai masa depan jenama berkenaan memuncak susulan peletakan jawatan CEO OnePlus India, Robin Liu, yang disahkan syarikat.Liu dilaporkan kembali ke China selepas diminta melaporkan diri kepada CEO Realme, Sky Li, di bawah penstrukturan semula Oppo.Antara faktor yang mendorong potensi pengecilan operasi itu termasuk krisis kekurangan bekalan memori (RAM) dan storan global yang meningkatkan kos pengeluaran.Beberapa pengeluar lain seperti ASUS juga dilaporkan tidak akan melancarkan model baharu tahun ini, menunjukkan cabaran besar yang dihadapi jenama bersaiz kecil untuk kekal bersaing tanpa menanggung kerugian.Walaupun laporan mengenai penutupan terus diperkatakan, OnePlus North America dan Eropah setakat ini menegaskan operasi harian masih berjalan seperti biasa dengan jaminan sokongan selepas jualan serta kemas kini perisian untuk pengguna. Topic Berkaitan #OnePlus #penutupan operasi #telefon pintar China #Robin Liu #Sky Li #Realme #pasaran global #industri telefon pintar Must Watch Video Cara lain mengikuti berita kami Baca Artikel Penuh Berita Terkini Malaysia PDRM kekal benteng utama pertahan keamanan negara – KPN few seconds ago Dunia Menteri Luar Iran, Malaysia bincang hubungan, perkembangan terkini konflik Asia Barat 12 minutes ago Dunia Australia bantah rancangan Israel duduki selatan Lubnan 13 minutes ago Malaysia Cuaca panas berpanjangan boleh jejas kesihatan – KKM 28 minutes ago Dunia Presiden Jerman tegaskan serangan AS-Israel terhadap Iran langgar undang‑undang antarabangsa 35 minutes ago Dunia 'Umpama berunding dengan diri sendiri' – Tehran sindir usaha gencatan senjata AS 48 minutes ago Advertisement NEWSLETTER Dapatkan Berita Terkini Berita, sorotan utama, dan segala dari Awani terus ke peti masuk anda. E-mel anda Close LAMAN HIBURAN LAIN POLISI PRIVASI TERMA PENGGUNAAN IKLAN BERSAMA KAMI PELABUR © 2026 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved. Gempak Dapatkan cerita gosip artis & berita hiburan terkini, serta program tempatan Awani Dapatkan berita hari ini dan berita terkini Malaysia, Dunia, Sukan, Hiburan, Teknologi, Gaya Hidup, Automotif, Politik, Foto, Video dan Siaran Langsung TV Xuan Astro’s Chinese channel programme updates, events, celebrity trends, entertainment Hotspot Mandarin news and infotainment platform that takes you to the leading topics Stadium Astro Catch the latest news and updates on local and global sporting events Ulagam Indian entertainment, events hub highlighting Indian top shows and news Rojak Daily Featuring Entertainment, Lifestyle and Kaw!, Malay video section and more Njoi Choose and pay for what you watch with our prepaid service, NJOI. Syok Enjoy Malaysia`s best radio, videos, podcasts, prizes and more! Get SYOK, everything got! Sooka Watch TV shows you sooka online or via app for FREE! Astro Rewards Exclusive privileges and promotions for Astro Subscribers
OnePlus dijangka hentikan operasi global seawal April 2026
