Gangguan perkhidmatan ETS, komuter Batu Caves-Pulau Sebang akibat talian terputus | Awani Skip to main content Search LIVE Video Malaysia Dunia Politik Hiburan Bisnes Sukan Rancangan Gaya Hidup Lain-Lain Teknologi Podcast Select language BM | EN Search Live Log in Dunia Serangan maut di Lubnan ragut 42 nyawa petugas perubatan Malaysia Malaysia gesa gencatan senjata diperluas merangkumi Lubnan – PM Anwar Malaysia Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini Advertisement Malaysia Gangguan perkhidmatan ETS, komuter Batu Caves-Pulau Sebang akibat talian terputus Bernama 25/03/2026 | 23:45 MYT KTMB memaklumkan penumpang tren ETS EP9537 dan EP9579 dari KL Sentral ke JB Sentral pula akan dibawa dengan bas dari KL Sentral dan stesen perantara untuk ke Stesen Gadut dan seterusnya menyambung perjalanan dengan tren ETS untuk ke destinasi. – Gambar KTMB KUALA LUMPUR: Operasi perkhidmatan tren elektrik (ETS) dan KTM Komuter laluan Batu Caves-Pulau Sebang-Batu Caves terjejas akibat kejadian alat talian atas (ATA) terputus di KM 434.423 di antara Stesen Batang Benar-Labu hari ini.Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) dalam kenyataan memaklumkan beberapa pelarasan operasi telah dilaksanakan berikutan insiden berkenaan.Advertisement “Perkhidmatan ETS EP9532 dari Johor Bahru (JB) Sentral ke Kuala Lumpur (KL) Sentral akan tamat di Stesen Seremban dan penumpang akan menaiki bas ke KL Sentral dan stesen perantara,” menurut kenyataan itu.KTMB memaklumkan penumpang tren ETS EP9537 dan EP9579 dari KL Sentral ke JB Sentral pula akan dibawa dengan bas dari KL Sentral dan stesen perantara untuk ke Stesen Gadut dan seterusnya menyambung perjalanan dengan tren ETS untuk ke destinasi.Bagi perkhidmatan KTM Komuter laluan Batu Caves-Pulau Sebang-Batu Caves, operasi tren yang terlibat ialah Tren Komuter No. 2047 dari Batu Caves ke Pulau Sebang, dan para penumpang akan dibawa dengan bas dari Stesen Batang Benar ke Stesen Seremban.Perkhidmatan tren Komuter No. 2049 (Batu Caves-Pulau Sebang) pula ditamatkan di Stesen Batang Benar dan penumpang akan diaturkan untuk meneruskan perjalanan menggunakan perkhidmatan bas.“Tren Komuter No. 2051 (Batu Caves–Pulau Sebang) akan ditamatkan di Stesen Labu dan penumpang akan diaturkan untuk meneruskan perjalanan menggunakan perkhidmatan bas.“Tren Komuter No. 2055 (Batu Caves-Pulau Sebang) akan ditamatkan di Stesen Bangi dan penumpang akan diaturkan untuk meneruskan perjalanan menggunakan perkhidmatan bas,” menurut kenyataan itu.Sehubungan dengan itu, perkhidmatan ETS dan KTM Komuter dari arah Pulau Sebang ke KL Sentral akan ditamatkan di Stesen Seremban, manakala perkhidmatan tren dari KL Sentral ke arah Pulau Sebang akan ditamatkan di Stesen Bangi sehingga dimaklumkan kelak.KTMB memaklumkan penumpang ETS yang terkesan dan tidak ingin meneruskan perjalanan boleh mendapat pemulangan tambang penuh di kaunter tiket dan pasukan teknikal kini sedang giat menjalankan kerja-kerja pemeriksaan dan pemulihan di lokasi kejadian bagi membolehkan perkhidmatan tren kembali beroperasi seperti biasa dalam kadar segera.“Para penumpang dinasihatkan untuk merancang perjalanan masing-masing serta mendapatkan maklumat terkini melalui saluran rasmi KTMB termasuk media sosial rasmi KTMB dan daripada kakitangan stesen yang bertugas,” menurut kenyataan itu.KTMB turut memohon maaf atas segala kesulitan yang dialami dan amat menghargai kesabaran serta kerjasama para penumpang sepanjang tempoh gangguan ini.– BERNAMA Topic Berkaitan #KTMB #ktm komuter #gangguan #Tren Must Watch Video Cara lain mengikuti berita kami Baca Artikel Penuh Berita Terkini Dunia Serangan maut di Lubnan ragut 42 nyawa petugas perubatan 13 minutes ago Malaysia Malaysia gesa gencatan senjata diperluas merangkumi Lubnan – PM Anwar 28 minutes ago Malaysia Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini 45 minutes ago Malaysia Polis tahan lelaki hina Nabi Muhammad SAW di Facebook 59 minutes ago Malaysia Gangguan perkhidmatan ETS, komuter Batu Caves-Pulau Sebang akibat talian terputus 59 minutes ago Dunia Arab Saudi arah pemegang visa terkandas tinggalkan negara itu sebelum 18 April 1 hour ago Advertisement NEWSLETTER Dapatkan Berita Terkini Berita, sorotan utama, dan segala dari Awani terus ke peti masuk anda. E-mel anda Close LAMAN HIBURAN LAIN POLISI PRIVASI TERMA PENGGUNAAN IKLAN BERSAMA KAMI PELABUR © 2026 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved. Gempak Dapatkan cerita gosip artis & berita hiburan terkini, serta program tempatan Awani Dapatkan berita hari ini dan berita terkini Malaysia, Dunia, Sukan, Hiburan, Teknologi, Gaya Hidup, Automotif, Politik, Foto, Video dan Siaran Langsung TV Xuan Astro’s Chinese channel programme updates, events, celebrity trends, entertainment Hotspot Mandarin news and infotainment platform that takes you to the leading topics Stadium Astro Catch the latest news and updates on local and global sporting events Ulagam Indian entertainment, events hub highlighting Indian top shows and news Rojak Daily Featuring Entertainment, Lifestyle and Kaw!, Malay video section and more Njoi Choose and pay for what you watch with our prepaid service, NJOI. Syok Enjoy Malaysia`s best radio, videos, podcasts, prizes and more! Get SYOK, everything got! Sooka Watch TV shows you sooka online or via app for FREE! Astro Rewards Exclusive privileges and promotions for Astro Subscribers
Gangguan perkhidmatan ETS, komuter Batu Caves-Pulau Sebang akibat talian terputus
