Polis tahan lelaki hina Nabi Muhammad SAW di Facebook | Awani Skip to main content Search LIVE Video Malaysia Dunia Politik Hiburan Bisnes Sukan Rancangan Gaya Hidup Lain-Lain Teknologi Podcast Select language BM | EN Search Live Log in Dunia Serangan maut di Lubnan ragut 42 nyawa petugas perubatan Malaysia Malaysia gesa gencatan senjata diperluas merangkumi Lubnan – PM Anwar Malaysia Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini Advertisement Malaysia Polis tahan lelaki hina Nabi Muhammad SAW di Facebook Bernama 25/03/2026 | 23:45 MYT Fadil berkata permohonan reman terhadap suspek telah dibenarkan selama tiga hari bermula hari ini hingga 27 Mac bagi membantu siasatan. – Gambar hiasan KUALA LUMPUR: Polis menahan seorang lelaki tempatan dipercayai terlibat dalam kes penghinaan terhadap Nabi Muhammad SAW menerusi hantaran di Facebook, baru-baru ini.Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Fadil Marsus berkata pihaknya menerima laporan berhubung hantaran tular berunsur penghinaan itu pada 1.30 pagi, Ahad lepas, yang dimuat naik oleh pemilik akaun menggunakan nama “Sakti Sakti Sakti”.Advertisement Beliau berkata susulan itu, sepasukan polis dari Balai Polis Butterworth menahan seorang lelaki berusia 47 tahun, pada 8.32 malam semalam di Butterworth, Pulau Pinang.“Turut dirampas sebuah telefon bimbit jenis Vivo 29T yang dipercayai digunakan untuk memuat naik kenyataan berkenaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.Beliau berkata permohonan reman terhadap suspek telah dibenarkan selama tiga hari bermula hari ini hingga 27 Mac bagi membantu siasatan.Kes disiasat mengikut Seksyen 298A Kanun Keseksaan kerana menyebabkan suasana tidak harmoni atau permusuhan atas alasan agama, Seksyen 505(c) Kanun Keseksaan kerana mengeluarkan kenyataan dengan niat mengapikan mana-mana golongan atau kaum, serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 berhubung penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian.Fadil turut menasihati orang ramai supaya tidak memuat naik atau berkongsi kandungan yang menyentuh sensitiviti agama, kaum dan institusi diraja (3R) me media sosial sehingga boleh menjejaskan keharmonian negara.“Tindakan tegas tanpa kompromi akan diambil terhadap mana-mana individu yang melanggar undang-undang,” katanya.– BERNAMA Topic Berkaitan #facebook #Nabi Muhammad SAW #PDRM #MEDIA SOSIAL Must Watch Video Cara lain mengikuti berita kami Baca Artikel Penuh Berita Terkini Dunia Serangan maut di Lubnan ragut 42 nyawa petugas perubatan 13 minutes ago Malaysia Malaysia gesa gencatan senjata diperluas merangkumi Lubnan – PM Anwar 28 minutes ago Malaysia Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini 45 minutes ago Malaysia Polis tahan lelaki hina Nabi Muhammad SAW di Facebook 59 minutes ago Malaysia Gangguan perkhidmatan ETS, komuter Batu Caves-Pulau Sebang akibat talian terputus 59 minutes ago Dunia Arab Saudi arah pemegang visa terkandas tinggalkan negara itu sebelum 18 April 1 hour ago Advertisement NEWSLETTER Dapatkan Berita Terkini Berita, sorotan utama, dan segala dari Awani terus ke peti masuk anda. E-mel anda Close LAMAN HIBURAN LAIN POLISI PRIVASI TERMA PENGGUNAAN IKLAN BERSAMA KAMI PELABUR © 2026 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved. Gempak Dapatkan cerita gosip artis & berita hiburan terkini, serta program tempatan Awani Dapatkan berita hari ini dan berita terkini Malaysia, Dunia, Sukan, Hiburan, Teknologi, Gaya Hidup, Automotif, Politik, Foto, Video dan Siaran Langsung TV Xuan Astro’s Chinese channel programme updates, events, celebrity trends, entertainment Hotspot Mandarin news and infotainment platform that takes you to the leading topics Stadium Astro Catch the latest news and updates on local and global sporting events Ulagam Indian entertainment, events hub highlighting Indian top shows and news Rojak Daily Featuring Entertainment, Lifestyle and Kaw!, Malay video section and more Njoi Choose and pay for what you watch with our prepaid service, NJOI. Syok Enjoy Malaysia`s best radio, videos, podcasts, prizes and more! Get SYOK, everything got! Sooka Watch TV shows you sooka online or via app for FREE! Astro Rewards Exclusive privileges and promotions for Astro Subscribers
Polis tahan lelaki hina Nabi Muhammad SAW di Facebook
