Malaysia sambut baik tawaran Pakistan anjur dialog AS-Iran

Malaysia sambut baik tawaran Pakistan anjur dialog AS-Iran | Awani Skip to main content Search LIVE Video Malaysia Dunia Politik Hiburan Bisnes Sukan Rancangan Gaya Hidup Lain-Lain Teknologi Podcast Select language BM | EN Search Live Log in Dunia Serangan maut di Lubnan ragut 42 nyawa petugas perubatan Malaysia Malaysia gesa gencatan senjata diperluas merangkumi Lubnan – PM Anwar Malaysia Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini Advertisement Dunia Malaysia sambut baik tawaran Pakistan anjur dialog AS-Iran Bernama 25/03/2026 | 21:45 MYT Perdana Menteri berkata sebarang rundingan perlu dilaksanakan bersandarkan kepada niat yang tulus, komitmen jelas untuk menamatkan konflik, dan bukannya sekadar mengawal tempo konflik untuk kelebihan taktikal. – Gambar Facebook Anwar Ibrahim KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyambut baik tawaran Pakistan untuk menganjurkan dialog antara Amerika Syarikat (AS) dan Iran, yang disifatkan bertepatan pada masanya dan konstruktif ketika ketegangan yang kian meruncing.Dalam sebuah video dimuat naik menerusi Facebook hari ini, Anwar memuji rakan sejawatnya Shehbaz Sharif serta pemimpin negara-negara lain termasuk Oman, yang tampil membantu mempermudah usaha diplomasi.Advertisement “Hubungan Pakistan dengan pihak berkepentingan serta kedudukannya sebagai suara yang dipercayai dalam dunia Islam meletakkan negara itu berada pada kedudukan kukuh untuk membantu mewujudkan syarat bagi rundingan yang bermakna,” kata beliau.Perdana Menteri berkata Malaysia menyokong inisiatif itu serta mengharapkan AS dan Iran akan turut menyambut baik usaha itu.“… ia menunjukkan bahawa masih terdapat ruang bagi diplomasi. Ruang itu perlu diambil serius seperti yang sewajarnya,” kata beliau.Perdana Menteri berkata sebarang rundingan perlu dilaksanakan bersandarkan kepada niat yang tulus, komitmen jelas untuk menamatkan konflik, dan bukannya sekadar mengawal tempo konflik untuk kelebihan taktikal.“Masyarakat antarabangsa sudah menyaksikan terlalu banyak gencatan senjata yang sekadar berfungsi sebagai jeda dan bukannya penyelesaian. Rantau berkenaan sewajarnya menerima sesuatu yang lebih kekal,” kata beliau.Anwar berkata walaupun Malaysia menegaskan sekali lagi hak Iran untuk mempertahankan kedaulatannya di bawah undang-undang antarabangsa, terutamanya berdepan serangan Israel yang berterusan di negara itu dan Lubnan, beliau menyeru semua pihak supaya bertenang.Beliau berkata ini bagi memastikan rakyat dan infrastruktur negara jiran, khususnya negara Teluk, tidak terjerumus ke dalam kancah konflik yang bukan pilihan mereka.“Negara-negara Teluk, rantau berkenaan dan dunia mempunyai banyak kepentingan dari segi ekonomi, sosial dan kestabilan jangka panjang, dan rakyat mereka tidak seharusnya menanggung akibat daripada keputusan yang dibuat di tempat lain,” kata beliau.Perdana Menteri juga menyuarakan kebimbangan mengenai penerapan peraturan antarabangsa berasaskan peraturan yang tidak sekata, dan menegaskan bahawa undang-undang antarabangsa tidak boleh digunakan secara terpilih.“(Undang-undang antarabangsa) tidak boleh melindungi satu pihak daripada akauntabiliti dan menafikan hak pihak lain untuk mempertahankan diri. Kredibilitinya bergantung kepada konsistensi,” kata beliau.Anwar berkata beliau baru-baru ini mengadakan perbincangan dengan pemimpin Majlis Kerjasama Teluk, Turkiye, Mesir, Indonesia, Jepun, Pakistan dan rakan kongsi lain untuk memahami situasi dengan lebih baik dan mencari penyelesaian untuk menamatkan ketegangan.“Malaysia akan terus menyokong setiap usaha yang murni demi untuk keadilan dan mewujudkan  keamanan yang berkekalan,” kata beliau.– BERNAMA Topic Berkaitan #dialog #Asia Barat #konflik #rundingan Must Watch Video Cara lain mengikuti berita kami Baca Artikel Penuh Berita Terkini Dunia Serangan maut di Lubnan ragut 42 nyawa petugas perubatan 18 minutes ago Malaysia Malaysia gesa gencatan senjata diperluas merangkumi Lubnan – PM Anwar 33 minutes ago Malaysia Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini 50 minutes ago Malaysia Polis tahan lelaki hina Nabi Muhammad SAW di Facebook 1 hour ago Malaysia Gangguan perkhidmatan ETS, komuter Batu Caves-Pulau Sebang akibat talian terputus 1 hour ago Dunia Arab Saudi arah pemegang visa terkandas tinggalkan negara itu sebelum 18 April 1 hour ago Advertisement NEWSLETTER Dapatkan Berita Terkini Berita, sorotan utama, dan segala dari Awani terus ke peti masuk anda. E-mel anda Close LAMAN HIBURAN LAIN POLISI PRIVASI TERMA PENGGUNAAN IKLAN BERSAMA KAMI PELABUR © 2026 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved. Gempak Dapatkan cerita gosip artis & berita hiburan terkini, serta program tempatan Awani Dapatkan berita hari ini dan berita terkini Malaysia, Dunia, Sukan, Hiburan, Teknologi, Gaya Hidup, Automotif, Politik, Foto, Video dan Siaran Langsung TV Xuan Astro’s Chinese channel programme updates, events, celebrity trends, entertainment Hotspot Mandarin news and infotainment platform that takes you to the leading topics Stadium Astro Catch the latest news and updates on local and global sporting events Ulagam Indian entertainment, events hub highlighting Indian top shows and news Rojak Daily Featuring Entertainment, Lifestyle and Kaw!, Malay video section and more Njoi Choose and pay for what you watch with our prepaid service, NJOI. Syok Enjoy Malaysia`s best radio, videos, podcasts, prizes and more! Get SYOK, everything got! Sooka Watch TV shows you sooka online or via app for FREE! Astro Rewards Exclusive privileges and promotions for Astro Subscribers

Tinggalkan Balasan

Alamat email Anda tidak akan dipublikasikan. Ruas yang wajib ditandai *