Sindiket seludup pendatang tanpa izin guna laluan laut elak kawalan di Sungai Golok

Sindiket seludup pendatang tanpa izin guna laluan laut elak kawalan di Sungai Golok | Awani Skip to main content Search LIVE Video Malaysia Dunia Politik Hiburan Bisnes Sukan Rancangan Gaya Hidup Lain-Lain Teknologi Podcast Select language BM | EN Search Live Log in Malaysia Raja Permaisuri Agong kongsi nukilan blog mengenai perpaduan antara kaum di Malaysia Malaysia Murid 12 tahun berjaya selamatkan rakan hampir lemas Malaysia Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini Advertisement Malaysia Sindiket seludup pendatang tanpa izin guna laluan laut elak kawalan di Sungai Golok Bernama 14/02/2026 | 20:36 MYT Ahmad Radzi berkata, kawalan rapi dan penugasan berterusan di pos-pos kawalan PGA menyebabkan sindiket gagal membolosi sempadan, sekali gus mendorong mereka mengalihkan lokasi pendaratan. – Bernama KOTA BHARU: Sindiket penyeludupan pendatang tanpa izin dikesan mengubah modus operandi dengan menggunakan laluan laut dan mendarat di sepanjang Sungai Kelantan selepas kawalan keselamatan di Sungai Golok diperketat.Komander Briged Tenggara Pasukan Gerakan Am (PGA) SAC Ahmad Radzi Hussain berkata perubahan taktik itu dikesan susulan tindakan penguatkuasaan agresif di sepanjang Sungai Golok yang sebelum ini menjadi laluan utama melalui lorong tikus.Advertisement Beliau berkata kawalan rapi dan penugasan berterusan di pos-pos kawalan PGA menyebabkan sindiket gagal membolosi sempadan, sekali gus mendorong mereka mengalihkan lokasi pendaratan ke kawasan kampung terpencil di sepanjang Sungai Kelantan yang jauh daripada pemantauan pasukan keselamatan.”Pada ketika ini, kita dapati sindiket tidak lagi tertumpu kepada laluan biasa di Sungai Golok, mereka telah menukar modus operandi dengan menggunakan laluan laut sebelum memasuki Sungai Kelantan.”Penyeludup akan menggunakan bot untuk membawa pendatang tanpa izin ini melalui anak sungai di sepanjang Sungai Kelantan dan mendarat di kawasan yang kurang berpenduduk serta jauh dari pos kawalan PGA,” katanya ketika dihubungi pemberita hari ini.Beliau berkata setakat 1 Jan hingga semalam, PGA berjaya menahan 84 pendatang tanpa izin membabitkan 75 lelaki dan sembilan wanita dalam beberapa operasi berasingan di sekitar kawasan berkenaan.Ahmad Radzi berkata daripada jumlah itu, warga Myanmar mencatat tangkapan tertinggi, iaitu 31 orang (25 lelaki dan enam wanita); diikuti Bangladesh (19 lelaki); Thailand 17 orang (15 lelaki dan dua wanita); Nepal 10 orang (sembilan lelaki dan seorang wanita); India (empat lelaki); Indonesia (dua lelaki); serta Nigeria (seorang lelaki).”Kesemua mereka yang ditahan dipercayai masuk ke negara ini tanpa dokumen perjalanan sah dan kes disiasat mengikut Akta Imigresen 1959/63.”PGA akan terus memperkukuh rondaan darat dan air, selain meningkatkan risikan bagi mengekang sebarang cubaan sindiket mengeksploitasi laluan baharu,” katanya.– BERNAMA  Topic Berkaitan #pendatang tanpa izin #Sungai Kelantan #lorong tikus #PGA #modus operandi #Sungai Golok project Must Watch Video Cara lain mengikuti berita kami Baca Kisah Penuh Berita Terkini Malaysia Raja Permaisuri Agong kongsi nukilan blog mengenai perpaduan antara kaum di Malaysia 15 minutes ago Malaysia Murid 12 tahun berjaya selamatkan rakan hampir lemas 42 minutes ago Malaysia Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini 54 minutes ago Malaysia KTMB tawar 20 peratus diskaun ETS sempena Tahun Baharu Cina, Ramadan 1 hour ago Malaysia SPRM tekankan kemahiran kendali senjata api hadapi operasi berisiko tinggi 1 hour ago Malaysia Eksesais Desert Tiger perkukuh kerjasama pertahanan Malaysia-UAE 3 hours ago Advertisement NEWSLETTER Dapatkan Berita Terkini Berita, sorotan utama, dan segala dari Awani terus ke peti masuk anda. E-mel anda Close LAMAN HIBURAN LAIN POLISI PRIVASI TERMA PENGGUNAAN IKLAN BERSAMA KAMI PELABUR © 2026 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved. Gempak Dapatkan cerita gosip artis & berita hiburan terkini, serta program tempatan Awani Dapatkan berita hari ini dan berita terkini Malaysia, Dunia, Sukan, Hiburan, Teknologi, Gaya Hidup, Automotif, Politik, Foto, Video dan Siaran Langsung TV Xuan Astro’s Chinese channel programme updates, events, celebrity trends, entertainment Hotspot Mandarin news and infotainment platform that takes you to the leading topics Stadium Astro Catch the latest news and updates on local and global sporting events Ulagam Indian entertainment, events hub highlighting Indian top shows and news Rojak Daily Featuring Entertainment, Lifestyle and Kaw!, Malay video section and more Njoi Choose and pay for what you watch with our prepaid service, NJOI. Syok Enjoy Malaysia`s best radio, videos, podcasts, prizes and more! Get SYOK, everything got! Sooka Watch TV shows you sooka online or via app for FREE! Astro Rewards Exclusive privileges and promotions for Astro Subscribers

Tinggalkan Balasan

Alamat email Anda tidak akan dipublikasikan. Ruas yang wajib ditandai *